Kawasan Rukun Tetangga Taman Kaya

Kawasan Rukun Tetangga Taman Kaya Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kawasan Rukun Tetangga Taman Kaya, Public Service, Taman kaya, Taiping.

*BERKONGSI REZEKI DALAM BULAN RAMADAN - PROGRAM MEMASAK DAN MENGEDAR BUBUR LAMBUK ISTIMEWA*Alhamdulillah. KRT Taman Kaya...
26/03/2025

*BERKONGSI REZEKI DALAM BULAN RAMADAN - PROGRAM MEMASAK DAN MENGEDAR BUBUR LAMBUK ISTIMEWA*

Alhamdulillah. KRT Taman Kaya telah selesai mengadakan program memasak dan menghadiahkan bubur lambuk kepada para peniaga dan pengunjung bazar Ramadan di Taman Kaya.

Pengerusi dan Jawatankuasa KRT ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada YB Hj. Rahim Ismail, ADUN Changkat Jering yang sudi hadir ke bazar Ramadan untuk bertanya khabar dan sama² membantu mengedarkan bubur lambuk kepada masyarakat di sini.

Kami juga mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan penghargaan kepada YB atas sumbangan wang tunai untuk menjayakan program.

Terima kasih juga diucapkan kepada AJK KRT Pengkalan dan anggota Jiran Wanita Taman Kaya yang turut membantu.

Semoga kita dapat lagi bekerjasama untuk menjayakan program² lain pada masa akan datang.

*KRT Untuk Semua*

*HARI TERBUKA KOMUNITI MADANI*Pejabat Penerangan Daerah LMS melalui Komuniti Madani Pekan Simpang dengan kerjasama KRT Z...
11/07/2024

*HARI TERBUKA KOMUNITI MADANI*

Pejabat Penerangan Daerah LMS melalui Komuniti Madani Pekan Simpang dengan kerjasama KRT Zon 20 akan menganjurkan program di atas pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh: 14/7/2024 (Ahad)
Masa: 8:00 pagi - 1:00 tengahari
Tempat: Dewan Orang Ramai Taman Kaya

KRT yang terlibat secara langsung adalah KRT Taman Kaya, KRT Taman Aor Mesra, KRT Taman Pengkalan Aor dan KRT Pengkalan.

Agensi² Kerajaan/Badan Berkanun yang akan menyediakan khidmat kaunter adalah seperti berikut:

1. SSM
2. Tabung Haji
3. KWSP
4. PTPTN
5. Pejabat Belia & Sukan
6. LHDN
7. KKM (Pemeriksaan Kesihatan Percuma)

Sekian, terima kasih.

# *KRT4ALL*
# *KRT UNTUK SEMUA*

27/06/2024

KEMPEN PENGUMPULAN BARANGAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK TERPAKAI (E-WASTE)

Majlis Perbandaran Taiping (MPT) akan menganjurkan Kempen Pengumpulan Barangan Elektrik dan Elektronik Terpakai (E-Waste) bermula 27 JUN 2024 (KHAMIS)

E-Waste adalah sisa buangan yang terdiri daripada elektrik dan elektronik, dimana jika tidak diuruskan secara sistematik atau dibakar, ianya berpotensi mengeluarkan gas berbahaya yang boleh mengakibatkan kemusnahan alam dan memudaratkan kesihatan. Contoh barang E-Waste adalah Televisyen, Alat Penghawa Dingin, Peti Ais, Komputer Riba dan Pencetak.

Kempen akan dilancarkan di Perkarangan Lobi Dewan MPT Kamunting bermula 2.30 petang hingga 4.30 petang.

Orang awam termasuk sektor industri dan komuniti berhampiran dijemput untuk hadir dilokasi yang telah ditetapkan dengan membawa bersama barangan buangan elektronik yang hendak dilupuskan. Setiap barangan E-waste akan menerima token mengikut harga yang telah ditetapkan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.

Sekiranya memerlukan bantuan pengangkutan bagi membawa barang buangan, sila hubungi 05-8080777 sambungan Jabatan Perkhidmatan Bandar dan Kesihatan.

S**A, KOMEN DAN KONGSI KEPADA SEMUA
TERIMA KASIH SEMUA

27/06/2024
27/06/2024
23 Mac 2024 (Sabtu)PROGRAM GERAK RAHMAH  : JOM MASAK BUBUR LAMBUK PERPADUAN DAERAH LARUT MATANG SELAMA 20241 buah periuk...
23/03/2024

23 Mac 2024 (Sabtu)

PROGRAM GERAK RAHMAH : JOM MASAK BUBUR LAMBUK PERPADUAN DAERAH LARUT MATANG SELAMA 2024

1 buah periuk telah berjaya dimasak dan bubur lambuk untuk diagihkan kepada komuniti setempat dalam anggaran 350 bekas makanan.

Tahniah dan syabas kepada KRT Taman Kaya Taiping KRT lain yang telah bersama-sama menjayakan program ini.




07/03/2024
09/02/2024Program Pengagihan Juadah Sempena Sambutan🧧🧧🧧HARI RAYA CINA🧧🧧🧧Di KRT Taman Kaya Taiping.
04/03/2024

09/02/2024

Program Pengagihan Juadah Sempena Sambutan
🧧🧧🧧HARI RAYA CINA🧧🧧🧧
Di KRT Taman Kaya Taiping.

Address

Taman Kaya
Taiping
34000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kawasan Rukun Tetangga Taman Kaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category