Parti Pribumi BERSATU Malaysia Bukit Gantang

Parti Pribumi BERSATU Malaysia Bukit Gantang Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian Bukit Gantang

30/07/2026
🌺 SELAMAT BERSIDANG 🌺Kepada seluruh Cawangan & Sayap Cawangan BERSATU di seluruh negara sempena Persidangan Cawangan Tah...
03/06/2026

🌺 SELAMAT BERSIDANG 🌺

Kepada seluruh Cawangan & Sayap Cawangan BERSATU di seluruh negara sempena Persidangan Cawangan Tahunan 2026 yang akan berlangsung mulai 1 Jun 2026 hingga 2 Ogos 2026.

Semoga persidangan kali ini berjalan lancar, dipermudahkan segala urusan serta menjadi medan memperkukuhkan semangat perjuangan, perpaduan dan muafakat demi agama, bangsa dan tanah air tercinta.

Teruskan melangkah seiring, memperkasa parti dan membawa suara rakyat dengan penuh amanah dan bermaruah.

Ikhlas daripada,
Dato’ Nolee Ashilin Binti Mohammed Radzi
Ketua Bahagian BERSATU Bukit Gantang






Pada pagi ini, telah berlangsung satu majlis penuh bermakna iaitu Majlis Korban Perdana dan Kenduri Rakyat Bersatu Perak...
28/05/2026

Pada pagi ini, telah berlangsung satu majlis penuh bermakna iaitu Majlis Korban Perdana dan Kenduri Rakyat Bersatu Perak yang bertempat di Padang Bola Taman Kota Jaya.

Majlis ini diadakan bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha, yang merupakan hari kebesaran umat Islam bagi memperingati nilai pengorbanan, keikhlasan, dan ketaatan.

Untuk program pada tahun ini, BERSATU Bahagian Bukit Gantang telah dipilih sebagai tuan rumah penganjuran, yang bertanggungjawab dalam menyelaras pelaksanaan program korban dan kenduri rakyat ini.

Pengerusi Badan Pimpinan BERSATU Negeri Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menegaskan bahawa dengan penganjuran program ini telah membuktikan BERSATU Negeri Perak tetap terus kukuh dengan kehadiran begitu ramai ahli dan pimpinan setiap bahagian di negeri Perak dalam ucapan perasmian oleh beliau sebentar tadi.

Program ini menyaksikan penduduk setempat turut berganding bahu menjalankan aktiviti gotong-royong, termasuk proses penyembelihan korban, melapah daging, serta penyediaan juadah untuk kenduri rakyat.

Suasana di padang bola tersebut begitu meriah dengan kehadiran begitu ramai ahli BERSATU yang hadir bukan sahaja untuk melaksanakan ibadah korban, tetapi juga untuk mengeratkan silaturahim dan semangat perpaduan dikalangan ahli.

Program seperti ini bukan sahaja mencerminkan nilai kebersamaan, malah turut membantu golongan yang memerlukan melalui agihan daging korban kepada penduduk setempat

Address

Taiping
34700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Parti Pribumi BERSATU Malaysia Bukit Gantang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Parti Pribumi BERSATU Malaysia Bukit Gantang:

Shortcuts

Share