07/12/2024
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua penyumbang yang telah memberikan sokongan kepada Misi Banjir Bersatu 2.0.
Dengan kerjasama anda, kami telah berjaya mengumpulkan pelbagai barangan keperluan asas yang akan disalurkan kepada mangsa banjir.
Barangan Yang Telah Disumbangkan:
✅ Sabun Buku: 150 pcs
✅ Ubat Gigi: 200 pcs
✅ Berus Gigi: 200 pcs
✅ Sardin Tin: 50 unit
✅ Minyak Masak: 2 karton
✅ Beras (10 Kg): 50 kapit
✅ Mineral: 200 botol
✅ Garam: 2 bundle
✅ Kicap Manis: 20 botol
✅ Maggi Hot Cup: 30 cup
✅ Jajan Kanak-Kanak: 30 paket
✅ Pampers Kanak-Kanak: 25 set
✅ Pampers Warga Emas: 25 set
Namun begitu, barangan keperluan asas untuk mangsa banjir masih belum mencukupi. Kami amat memerlukan sumbangan tambahan bagi memenuhi keperluan mendesak ini.
Barangan Yang Masih Diperlukan:
- Pampers (Warga emas & kanak-kanak)
- Makanan tin (Sardin, Tuna)
- Teh
- Gula
- Biskut
- Mihun
Setiap sumbangan anda amat bermakna untuk membantu meringankan beban mangsa banjir dan membawa sinar harapan kepada mereka yang terkesan.