10/06/2026
PERMOHONAN PENYERTAAN RERUAI PASAR RAKYAT ZOO TAIPING & NIGHT SAFARI
Zoo Taiping & Night Safari mempelawa para usahawan kecil dan sederhana, peniaga tempatan serta pengusaha produk kreatif untuk menyertai Pasar Rakyat Zoo Taiping & Night Safari yang akan diadakan secara berkala setiap bulan.
Program ini bertujuan memberi ruang kepada komuniti setempat untuk memasarkan produk dalam suasana yang lebih tersusun, selamat dan mesra pengunjung di samping memperkukuh daya tarikan pelancongan Zoo Taiping & Night Safari.
๐ Butiran Program:
โข Lokasi: Pavilion Zoo Taiping & Night Safari
โข Hari: Sabtu (setiap bulan)
โข Masa: 8.30 pagi โ 3.00 petang
โข Kadar sewaan: RM100.00 setiap tapak
โข Keluasan tapak: 10โ x 10โ
โข Penyertaan: Terhad kepada 20 peniaga bagi setiap sesi
๐ฆ Kategori jualan yang dibenarkan:
โข Kraftangan dan produk warisan
โข Makanan dan minuman tradisional
โข Produk kreatif dan inovatif
โข Bunga, tanaman hiasan dan landskap
โข Produk tempatan serta industri kecil
โ ๏ธ Makluman penting:
โข Permohonan adalah tertakluk kepada kelulusan pihak penganjur.
โข Pemilihan peserta dibuat berdasarkan kesesuaian produk, kepelbagaian jualan dan keutamaan peniaga tempatan.
โข Keutamaan diberikan kepada pemegang Lesen Penjaja Statik MPT yang sah.
โข Sila pastikan semua maklumat diisi dengan lengkap dan tepat sebelum menghantar permohonan.
๐
Tarikh tutup penyertaan: 19 Jun 2026 (Jumaat), 12.00 tengah hari
๐ Pendaftaran: https://forms.gle/ULuLk6jJBQzVZE5q7
Terima kasih atas sokongan anda dalam memeriahkan Pasar Rakyat Zoo Taiping & Night Safari.