Majlis Perbandaran Taiping

  • Home
  • Majlis Perbandaran Taiping

Majlis Perbandaran Taiping Majlis Perbandaran Taiping (MPT) ditubuhkan pada 1hb September 1979 mengikut Akta Kerajaan Tempatan

Penafian: Kerajaan Malaysia dan Majlis Perbandaran Taiping tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

♻️ PROGRAM PUSAT KITAR SEMULA PANDU LALUMajlis Perbandaran Taiping melancarkan Program Pusat Kitar Semula Pandu Lalu seb...
13/08/2026

♻️ PROGRAM PUSAT KITAR SEMULA PANDU LALU

Majlis Perbandaran Taiping melancarkan Program Pusat Kitar Semula Pandu Lalu sebagai salah satu inisiatif untuk meningkatkan kesedaran dan penglibatan masyarakat dalam mengamalkan budaya kitar semula serta pengasingan sisa di punca.

Melalui program ini, orang awam berpeluang menghantar bahan-bahan yang boleh dikitar semula dengan lebih mudah dan cepat melalui konsep pandu lalu, tanpa perlu mengambil masa yang lama.

📍 LOKASI: Plaza Perbandaran Taiping
📅 HARI: Setiap hari Khamis
⏰ WAKTU: 2.30 petang – 4.30 petang

🚗 Cara mudah untuk bersama-sama menjaga alam sekitar:

1️⃣ Asingkan bahan kitar semula di rumah
2️⃣ Kumpulkan bahan yang telah diasingkan
3️⃣ Bahan di kitar semula hendaklah bersih dan dalam keadaan baik
4️⃣ Bawa ke lokasi Kitar Semula Pandu Lalu.
5️⃣ Serahkan kepada petugas yang bertugas.

🌱 Jangan biarkan bahan yang masih bernilai menjadi sisa.
Dengan mengamalkan kitar semula, kita dapat membantu mengurangkan jumlah sisa pepejal yang dihantar ke tapak pelupusan, di samping mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, sihat dan lestari.

Ayuh warga Taiping, jadikan kitar semula sebagai budaya dan amalan dalam kehidupan seharian.

Majlis Perbandaran Taiping
Taiping Lestari, Komuniti Sejahtera

Sebut Harga 14 Ogos 2026 ( Cadangan Kerja-Kerja Penyelenggaraan Pemangkasaan Dan Penebangan Pokok Teduhan Berisiko Di Ka...
13/08/2026

Sebut Harga 14 Ogos 2026 ( Cadangan Kerja-Kerja Penyelenggaraan Pemangkasaan Dan Penebangan Pokok Teduhan Berisiko Di Kawasan Majlis Perbandaran Taiping )
Tarikh Buka : 14 Ogos 2026
Tarikh Tutup : 20 Ogos 2026 (12:00 Tengah Hari)
Maklumat Lanjut : https://mptaiping.gov.my/index.php/informasi/tender-sebut-harga

OPERASI PENGUATKUASAAN TANAMAN HARAM & RIZAB TANAH LAPANG12 Ogos 2026 – Majlis Perbandaran Taiping (MPT) meneruskan pela...
12/08/2026

OPERASI PENGUATKUASAAN TANAMAN HARAM & RIZAB TANAH LAPANG

12 Ogos 2026 – Majlis Perbandaran Taiping (MPT) meneruskan pelaksanaan Operasi Penguatkuasaan Tanaman Haram dan Rizab Tanah Lapang di Taman Indah, Pengkalan Aor, Taiping. Ia adalah susulan isu pencerobohan dan aktiviti penanaman tanpa kebenaran di kawasan rizab lapang.

Sebelum tindakan pembersihan dijalankan, pihak Majlis terlebih dahulu telah mengadakan lawatan tapak serta menaikkan kain rentang sebagai pemberitahuan awal kepada penduduk setempat berhubung aktiviti pembersihan kebun persendirian yang diusahakan di kawasan rizab tersebut.

Di bawah Seksyen 80, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan bagi menghapuskan sebarang kacau ganggu dalam kawasan pentadbiran.

Sehubungan itu, tindakan tegas serta operasi seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa di lokasi-lokasi lain.

Langkah ini amat penting dalam memastikan pematuhan undang-undang di samping memelihara kesejahteraan, kebersihan dan keselamatan persekitaran awam khususnya di bandar Taiping.

📌 Peringatan Mesra Kepada Warga Taiping:
Orang awam adalah dinasihatkan agar tidak menjalankan sebarang aktiviti penanaman atau pencerobohan di kawasan rizab tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Kerjasama dan sokongan semua pihak amatlah dihargai dalam memastikan persekitaran bandar kita sentiasa teratur, bersih dan harmoni.

Tiba-tiba terima notis tuntutan kompaun? Tentu anda panik.​​Jika sentiasa bergantung pada staf, perniagaan anda memang d...
11/08/2026

Tiba-tiba terima notis tuntutan kompaun? Tentu anda panik.​​

Jika sentiasa bergantung pada staf, perniagaan anda memang dalam bahaya!​

Dengan myPATIL Biz, anda akan terima pemberitahuan segera apabila perniagaan anda dikenakan kompaun dan peringatan tamat tempoh lesen.​​

Selesaikan dan bayar melalui telefon pintar anda, sebelum dikenakan tindakan mahkamah.​​

Jangan biarkan urusan perniagaan anda kelam-kabut.​​

Untuk Info Lanjut? — layari biz.mypatil.my

PROGRAM PERAK BEST 2026 @ TAIPING | “TAIPING LESTARI, KOMUNITI SEJAHTERA” Program Perak BEST 2026 @ Taiping telah berlan...
11/08/2026

PROGRAM PERAK BEST 2026 @ TAIPING | “TAIPING LESTARI, KOMUNITI SEJAHTERA”

Program Perak BEST 2026 @ Taiping telah berlangsung pada 8 Ogos 2026 bertemakan ‘Taiping Lestari, Komuniti Sejahtera’ yang memberi penekanan terhadap usaha memperkukuh kesedaran dan penglibatan masyarakat dalam aspek kebersihan, kesihatan awam, kitar semula serta kelestarian alam sekitar.

Program dimulakan dengan aktiviti plogging bersama pelajar sekolah di sekitar kawasan Zoo Taiping & Night Safari. Aktiviti ini bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif, malah menyemai kesedaran dalam kalangan generasi muda mengenai kepentingan menjaga kebersihan serta kelestarian persekitaran.

Turut diadakan pameran oleh agensi berkaitan yang menyediakan pelbagai informasi dan bahan kesedaran kepada peserta serta pengunjung berkaitan amalan kebersihan, kesihatan awam, pengurusan sisa, kitar semula dan pemeliharaan alam sekitar.

Pada program ini juga telah diadakan pelancaran Pusat Pandu Lalu Kitar Semula di Plaza Perbandaran Taiping yang disempurnakan oleh YB Ong Seng Guan, ADUN Pokok Assam. Pusat Pandu Lalu ini akan dibuka pada setiap hari Khamis bermula jam 2.30 petang hingga 4.30 petang. Inisiatif ini menjadi salah satu langkah ke arah memperkukuh budaya kitar semula serta menggalakkan masyarakat mengurus sisa secara lebih bertanggungjawab.

Pada majlis ini turut menyaksikan seramai 145 orang pengusaha premis makanan dan tandas awam terpilih menerima Anugerah Premis Makanan Bersih 2025 dan Anugerah Tandas Bersih 2025 sebagai penghargaan atas komitmen serta prestasi cemerlang dalam memastikan tahap kebersihan, keselesaan dan persekitaran yang kondusif kepada masyarakat.

MPT merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Perak atas sokongan serta peruntukan berjumlah RM22,000 bagi menjayakan Program Perak BEST 2026 @ Taiping.

Semoga inisiatif sebegini terus menjadi pemangkin kepada pembentukan komuniti yang lebih prihatin, bertanggungjawab dan cakna terhadap kebersihan serta kelestarian alam sekitar, selaras dengan aspirasi menjadikan Taiping sebagai sebuah bandar yang bersih, sihat, hijau dan lestari.

11/08/2026

SEBUT HARGA 14 OGOS 2026 ( PERKHIDMATAN MEMBERSIH TANDAS DAN BANGUNAN DI ZOO TAIPING & NIGHT SAFARI )

Tarikh dokumen dijual 14.08.2026 hingga 20.08.2026
Harga dokumen RM 35.00 senaskhah
Kaedah pembelian : Bayaran secara dalam talian (online)

Taklimat diwajibkan :
Tarikh : 14.08.2026 (Jumaat)
Masa : 10:00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Jabatan Zoo, Jabatan Zoo Taiping, Tingkat 1, Jalan Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping, Perak

Tarikh tutup : 20.08.2026 (Khamis)
Masa sebelum jam 12.00 Tengah hari
Tempat Peti Tender, Jabatan Perbendaharaan,Tingkat 1, MP Taiping

Maklumat Lanjut : https://mptaiping.gov.my/index.php/informasi/tender-sebut-harga

TUAIAN KEBUN KOMUNITI BANDAR PKKoB MAJLIS PERBANDARAN TAIPING“Dari Kebun Kita, Untuk Komuniti Kita” Majlis Perbandaran T...
10/08/2026

TUAIAN KEBUN KOMUNITI BANDAR PKKoB MAJLIS PERBANDARAN TAIPING

“Dari Kebun Kita, Untuk Komuniti Kita”

Majlis Perbandaran Taiping (MPT) terus memperkasa inisiatif Kebun Komuniti Bandar melalui Pasukan Kebun Komuniti Bandar (PKKoB) dalam usaha menggalakkan amalan pertanian bandar, pemakanan sihat serta memperkukuh kerjasama dan semangat gotong-royong dalam kalangan warga kerja MPT.

JUMLAH KESELURUHAN HASIL TUAIAN: 28.3 KG
Hasil tuaian yang direkodkan terdiri daripada:

- Bayam Hijau – 15.7kg (55.51%)
- Sawi – 10.1kg (35.87%)
- Bayam Merah – 1.3kg (4.60%)
- Kailan – 1.1kg (3.96%)

Hasil tuaian ini kemudiannya melalui proses penuaian, penimbangan dan pembungkusan secara mesra alam sebelum diagihkan dan dijual kepada ahli-ahli PKKoB serta warga kerja MPT.

Inisiatif ini bukan sekadar menghasilkan tanaman segar, malah memberi impak positif dalam menggalakkan gaya hidup sihat, pemakanan seimbang, kelestarian alam sekitar, kerjasama antara jabatan, bahagian dan unit serta pemanfaatan ruang secara lestari.

Pelaksanaan Program PKKoB turut menyokong matlamat pembangunan mampan SDG 2, SDG 11, SDG 12, SDG 13 dan SDG 17, selaras dengan aspirasi MPT dalam memperkukuh komuniti dan menerajui pembangunan bandar yang lestari.

Syabas dan tahniah kepada semua jabatan, bahagian dan unit MPT yang telah memberikan komitmen serta menyumbang kepada kejayaan Program Kebun Komuniti Bandar.

Iklan Harta Penyewaan Majlis Perbandaran Taiping Bil. 10/2026(Tarikh Iklan: 10 hingga 21 Ogos 2026)Borang permohonan bol...
10/08/2026

Iklan Harta Penyewaan Majlis Perbandaran Taiping Bil. 10/2026
(Tarikh Iklan: 10 hingga 21 Ogos 2026)

Borang permohonan boleh didapati di Bahagian Pengurusan Harta, Majlis Perbandaran Taiping atau dimuat turun bersama maklumat berkaitan melalui pautan berikut:
https://tinyurl.com/ewh346ez

Tempoh permohonan adalah bermula 10 Ogos 2026 dan berakhir pada 21 Ogos 2026, jam 12.00 tengah hari.

Sebarang borang permohonan yang diterima selepas tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan diproses.

KENYATAAN MEDIA Perkembangan berhubung Status DAK di Zoo Tennoji, Osaka, Jepun.Yang DipertuaMajlis Perbandaran Taiping8 ...
08/08/2026

KENYATAAN MEDIA

Perkembangan berhubung Status DAK di Zoo Tennoji, Osaka, Jepun.

Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Taiping
8 Ogos 2026

TINDAKAN PENGELUARAN NOTIS KENDERAAN TERBIAR DI TAMAN KOTA JAYA, TAIPINGMajlis Perbandaran Taiping (MPT) telah menjalank...
07/08/2026

TINDAKAN PENGELUARAN NOTIS KENDERAAN TERBIAR DI TAMAN KOTA JAYA, TAIPING

Majlis Perbandaran Taiping (MPT) telah menjalankan tindakan pengeluaran notis terhadap kenderaan terbiar yang dikenal pasti di kawasan perumahan Taman Kota Jaya, Taiping.

Tindakan ini dilaksanakan dengan mengeluarkan notis di bawah Seksyen 46(3), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 [Akta 133] kepada pemilik atau pihak berkaitan bagi mengarahkan supaya halangan tersebut dipindahkan dari lokasi berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan.

Pelaksanaan tindakan ini bertujuan memastikan kawasan perumahan sentiasa bersih, selamat dan teratur, di samping mengelakkan gangguan kepada pengguna jalan raya serta penduduk setempat.

MPT menyeru orang ramai agar sentiasa memberikan kerjasama dengan tidak meninggalkan kenderaan yang tidak digunakan di kawasan awam. Sebarang aduan berkaitan kenderaan terbiar boleh disalurkan kepada MPT untuk tindakan lanjut.

Address


Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Perbandaran Taiping posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share