72 Batalion Kor Ordnans Diraja

72 Batalion Kor Ordnans Diraja 72 Batalion Kor Ordnans Diraja, Kem Kamunting, 34000 TAIPING, Perak

MAJLIS KHATAM QURAN, BERBUKA PUASA DAN QIAMULAIL PASUKAN 72 BATALION KOR ORDNANS DIRAJATAIPING, 12 Mac 26 - Sebagai sala...
19/03/2026

MAJLIS KHATAM QURAN, BERBUKA PUASA DAN QIAMULAIL PASUKAN 72 BATALION KOR ORDNANS DIRAJA

TAIPING, 12 Mac 26 - Sebagai salah satu inisiatif pihak pasukan 72 BOD dalam memperkasa nilai spiritual dan mengimarahkan bulan Ramadan, program Ihya’ Ramadan telah dianjurkan dengan merangkumi beberapa aktiviti utama, iaitu Majlis Khatam Al-Quran, Majlis Berbuka Puasa, dan Majlis Qiamullail.

Majlis dimulakan dengan ketibaan Pegawai Memerintah Pasukan 72 BOD, Lt Kol Manan bin Husin, yang disambut oleh para pegawai, anggota Lain-Lain Pangkat (LLP), serta kakitangan awam. Aktiviti Majlis Khatam Al-Quran dilaksanakan sebagai simbolik penutup bacaan Al-Quran sepanjang bulan Ramadan, menekankan kepentingan membaca, menghayati, dan mengamalkan kandungan Al-Quran dalam kehidupan seharian.

Seterusnya, Majlis Berbuka Puasa diadakan bagi mewujudkan suasana silaturahim yang erat antara semua anggota pasukan, dalam suasana penuh keberkatan dan kegembiraan. Selepas berbuka, para hadirin menunaikan solat Isya’ berjemaah, diikuti dengan pelaksanaan solat sunat Tarawih menandakan pengisian ibadah malam secara sempurna. Seusai solat, semua dijemput untuk menikmati jamuan moreh.

Majlis diteruskan dengan pelaksanaan Qiamullail, memberi peluang kepada semua anggota untuk menghidupkan malam dengan ibadah seperti solat sunat, doa, dan munajat kepada Allah SWT. Program malam ini diakhiri dengan jamuan sahur dan solat Subuh berjemaah, menandakan tamatnya siri aktiviti spiritual yang penuh makna dan keberkatan.

Dengan pelaksanaan program ini, diharapkan seluruh warga 72 BOD sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT serta dikurniakan keselamatan, keberkatan, dan kesejahteraan sepanjang perjalanan hidup, khususnya ketika menunaikan ibadah dan aktiviti harian.


PEMERIKSAAN KENDERAAN SEMPENA CUTI HARI RAYA AIDIL FITRI PASUKAN 72 BATALION KOR ORDNANS DIRAJATAIPING, 11 Mac 26 – Kepr...
19/03/2026

PEMERIKSAAN KENDERAAN SEMPENA CUTI HARI RAYA AIDIL FITRI PASUKAN 72 BATALION KOR ORDNANS DIRAJA

TAIPING, 11 Mac 26 – Keprihatinan terhadap kebajikan dan keselamatan anggota terus menjadi keutamaan apabila, Lt Kol Manan bin Husin, telah menyempurnakan Pemeriksaan Kenderaan sempena cuti Hari Raya Aidilfitri yang diadakan di tempat parkir hadapan Kem Kamunting 72 BOD.

Program ini telah disertai oleh 3 pegawai dan 54 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP). Pemeriksaan dijalankan bertujuan memastikan kenderaan persendirian anggota berada dalam keadaan selamat serta mematuhi piawaian keselamatan sebelum mereka memulakan perjalanan pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga tercinta.
Sepanjang pemeriksaan, beberapa aspek keselamatan telah diberi penekanan termasuk:

- Keadaan fizikal kenderaan
- Kelengkapan keselamatan
- Dokumentasi berkaitan

Langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan pihak pengurusan pasukan dalam memastikan warga pasukan sentiasa mengutamakan keselamatan ketika memandu, khususnya sepanjang musim perayaan yang lazimnya menyaksikan peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya.

Diharapkan seluruh warga 72 BOD sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT serta dikurniakan keselamatan sepanjang perjalanan pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga tersayang.


PERBARISAN PEMAKAIAN PANGKAT ANGGOTA LLP 72 BATALION KOR ORDNANS DIRAJATAIPING, 11 Mac 2026 – Pegawai Memerintah 72 Bata...
19/03/2026

PERBARISAN PEMAKAIAN PANGKAT ANGGOTA LLP 72 BATALION KOR ORDNANS DIRAJA

TAIPING, 11 Mac 2026 – Pegawai Memerintah 72 Batalion Kor Ordnans Diraja (72 BOD), Lt Kol Manan bin Husin, telah menyempurnakan Perbarisan Pemakaian Pangkat Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) yang berlangsung di Medan Perbarisan 72 BOD, Kem Kamunting. Perbarisan ini melibatkan 1 pegawai dan 108 anggota LLP. Acara dimulakan dengan ketibaan Pegawai Memerintah serta nyanyian lagu Kor.

Pemakaian pangkat pada kali ini melibatkan lima orang anggota LLP. Mereka yang terlibat ialah:

1. P/Sjn Muhamad Mustaqim bin Narzeri dinaikkan pangkat daripada Koperal ke P/Sjn.

2. P/Sjn Muhammad Abdul Aziz bin Mohammed dinaikkan pangkat daripada Koperal ke P/Sjn

3. P/Sjn Masitah binti Abdul Manan dinaikkan pangkat daripada Koperal ke P/Sjn.

4. LKpl Muhammad Aerowinfrey bin Jailis dinaikkan pangkat daripada LKpl ke P/Kpl.

5. P/Kpl Muhammad Ikhwan Hakimi bin Saad dinaikkan pangkat daripada LKpl ke P/Kpl.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar bersama Pegawai Memerintah 72 BOD serta para pegawai yang hadir. Pegawai Memerintah dan seluruh warga 72 BOD merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua anggota yang telah dinaikkan pangkat. Semoga penganugerahan ini menjadi pencetus semangat dan motivasi untuk terus berkhidmat dengan lebih cemerlang pada masa hadapan.


Pegawai Memerintah, Lt Kol Manan bin Husin serta warga 72 Batalion Kor Ordnans Diraja mengucapkan Selamat Memperingati P...
16/01/2026

Pegawai Memerintah, Lt Kol Manan bin Husin serta warga 72 Batalion Kor Ordnans Diraja mengucapkan Selamat Memperingati Peristiwa Israk dan Mikraj kepada seluruh umat Islam.

Peristiwa Israk Mikraj merupakan satu mukjizat besar yang mengandungi pengajaran mendalam, khususnya kewajipan menunaikan solat lima waktu sebagai tiang agama dan penghubung antara hamba dengan Penciptanya. Peristiwa ini juga menuntut kita untuk memperkukuhkan keimanan, memperbaiki akhlak serta melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan penuh disiplin, keikhlasan dan integriti.

Semoga dengan penghayatan Israk Mikraj ini, kita semua dapat mempertingkatkan kualiti ibadah, memperkukuh perpaduan, memperkukuhkan semangat berpasukan serta terus beriltizam untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang demi agama, bangsa dan negara.


Pegawai Memerintah, Lt Kol Manan bin Husin serta warga 72 Batalion Kor Ordnans Diraja mengucapkan Selamat Menyambut Hari...
12/01/2026

Pegawai Memerintah, Lt Kol Manan bin Husin serta warga 72 Batalion Kor Ordnans Diraja mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Rejimen Sempadan (RS) ke-18 kepada seluruh warga RS.

SETIA WASPADA


PEMAKAIAN PANGKAT LLP 72 BATALION KOR ORDNANS DIRAJA TAIPING, 8 Jan 2026 - Acara pemakaian pangkat diadakan di Medan Per...
09/01/2026

PEMAKAIAN PANGKAT LLP 72 BATALION KOR ORDNANS DIRAJA

TAIPING, 8 Jan 2026 - Acara pemakaian pangkat diadakan di Medan Perbarisan 72 Batalion Kor Ordnans Diraja yang disempurnakan oleh Yang Berbahagia Pegawai Memerintah Lt Kol Manan bin Husin.

1) 1154820 SSjn Abu Hassan bin Yahya Arif dinaikkan pangkat dari SSjn ke P/PW II

Pegawai Memerintah dan seluruh warga 72 BOD mengucapkan tahniah kepada anggota yang telah dinaikkan pangkat dan semoga dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan dengan jujur dan ikhlas.

Gambar oleh - Kpl Muhammad Khairul Anas bin Shamsudin


72 BOD kekal berdiri teguh sebagai tulang belakang Penggempur Halilintar.
06/01/2026

72 BOD kekal berdiri teguh sebagai tulang belakang Penggempur Halilintar.

AMANAH DIPIKUL, KEDAULATAN DIJUNJUNG

Divisyen Kedua Indantri Malaysia akan terus komited dalam menjalankan tanggungjawab demi kesejahteraan rakyat dan keamanan negara.


SAMBUTAN HARI KELUARGA 72 BATALION KOR ORDNANS DIRAJATELUK SENANGIN, 03 Januari 2026 – Pasukan 72 Batalion Kor Ordnans D...
04/01/2026

SAMBUTAN HARI KELUARGA 72 BATALION KOR ORDNANS DIRAJA

TELUK SENANGIN, 03 Januari 2026 – Pasukan 72 Batalion Kor Ordnans Diraja (72 BOD) telah menganjurkan Sambutan Hari Keluarga Pasukan bertempat di Pak Ya Chalet, Teluk Senangin. Bagi edisi kali ini, seramai 265 orang anggota serta ahli keluarga telah hadir bagi memeriahkan sambutan tersebut. Majlis telah dirasmikan oleh Lt Kol Manan bin Husin, Pegawai Memerintah 72 BOD.

Sambutan Hari Keluarga kali ini berlangsung dalam suasana yang meriah dengan pelbagai acara sukaneka yang dipertandingkan merangkumi kategori lelaki, wanita, berpasangan, berkumpulan serta kanak-kanak. Selain itu, majlis turut diserikan dengan acara cabutan bertuah yang mendapat sambutan menggalakkan daripada para hadirin.

Objektif utama penganjuran Hari Keluarga ini adalah untuk menghargai sokongan isteri dan keluarga yang sentiasa menjadi tulang belakang serta memberi komitmen tanpa berbelah bahagi kepada anggota yang berkhidmat di Pasukan 72 BOD.

Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang acara sukaneka yang dipertandingkan serta penyampaian cenderahati kepada ahli BAKAT yang menerima kehadiran cahaya mata.

Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengah hari.

Gambar oleh: Kpl Muhammad Khairul Anas bin Shamsudin


SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2026Pegawai Memerintah serta seluruh warga 72 Batalion Kor Ordnans Diraja dengan penuh takz...
31/12/2025

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2026

Pegawai Memerintah serta seluruh warga 72 Batalion Kor Ordnans Diraja dengan penuh takzim merakamkan ucapan Selamat Menyambut Tahun Baru 2026 kepada seluruh warga Kor Ordnans Diraja serta seluruh rakyat Malaysia.

Pegawai Memerintah, Lt Kol Manan bin Husin serta seluruh warga 72 Batalion Kor Ordnans Diraja mengucapkan Selamat Menyam...
24/12/2025

Pegawai Memerintah, Lt Kol Manan bin Husin serta seluruh warga 72 Batalion Kor Ordnans Diraja mengucapkan Selamat Menyambut Hari Natal kepada warga 72 BOD yang meraikannya.


𝐏𝐄𝐑𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐇𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐎𝐋𝐀 𝐉𝐀𝐑𝐈𝐍𝐆 𝐁𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐙𝐎𝐍 𝐓𝐀𝐈𝐏𝐈𝐍𝐆TAIPING, 6 Disember 2025 – Satu Perlawanan Persahabatan Bola Jaring...
06/12/2025

𝐏𝐄𝐑𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐇𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐎𝐋𝐀 𝐉𝐀𝐑𝐈𝐍𝐆 𝐁𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐙𝐎𝐍 𝐓𝐀𝐈𝐏𝐈𝐍𝐆

TAIPING, 6 Disember 2025 – Satu Perlawanan Persahabatan Bola Jaring BAKAT Zon Taiping telah berlangsung di Gelanggang Bola Jaring 72 Batalion Kor Ordnans Diraja (72 BOD) pada jam 0830H. Program ini melibatkan empat pasukan BAKAT dari sekitar Zon Taiping, iaitu BAKAT 72 BOD, 72 Wksp Div, 72 Bn KPD dan Mk Rajd 2 Div.

Perlawanan yang dijalankan secara liga ini bertujuan mengukuhkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kesukanan dalam kalangan ahli BAKAT. Semua perlawanan berlangsung dengan lancar dan berakhir pada jam 1215H.

Pertandingan persahabatan ini telah dimenangi oleh BAKAT Pasukan 72 Wksp Div. Program sebegini diharapkan dapat terus memperkukuh kerjasama dan ukhuwah antara BAKAT pasukan di Zon Taiping.


Address

72 Batalion Kor Ordnans Diraja, Kem Kamunting
Taiping
34000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when 72 Batalion Kor Ordnans Diraja posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share