18/07/2026
ππ Lawatan Pendidikan Tadika Kasih Ummi ππ
Perpustakaan Awam Taiping berbesar hati menerima kunjungan daripada murid-murid Tadika Kasih Ummi bagi mengikuti aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan dan penuh kreativiti.
Program dimulakan dengan sesi Bercerita Bersama Kak Masturah, yang berjaya menarik perhatian murid-murid melalui penyampaian cerita yang interaktif, menghiburkan serta sarat dengan nilai-nilai murni. Sesi ini turut membantu memupuk minat membaca dan menggalakkan imaginasi dalam kalangan kanak-kanak.
Seterusnya, murid-murid menyertai aktiviti kraf The Animal Mask, di mana mereka berpeluang menghasilkan topeng haiwan mengikut kreativiti masing-masing. Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan, malah dapat meningkatkan kemahiran motor halus, daya kreativiti dan keyakinan diri.
Program berlangsung dalam suasana yang ceria dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para guru serta murid-murid yang hadir.
Semoga lawatan seperti ini dapat terus memupuk budaya membaca, mengembangkan kreativiti dan menjadikan perpustakaan sebagai destinasi pembelajaran yang menyeronokkan untuk kanak-kanak.