Persiap Cawangan Taiping

Persiap Cawangan Taiping PERSATUAN ISTERI, ANAK DAN ANGGOTA SERTA KAKITANGAN WANITA PENJARA MALAYSIA

PROGRAM BICARA WANITA : “ENDEAVOUR FOR WANITA SYURGA”13 Ogos 2026 | 10.00 pagi | Dewan Budiman, Penjara TapahAlhamdulill...
13/08/2026

PROGRAM BICARA WANITA : “ENDEAVOUR FOR WANITA SYURGA”

13 Ogos 2026 | 10.00 pagi | Dewan Budiman, Penjara Tapah

Alhamdulillah, 5 Ahli PERSIAP Cawangan Taiping telah berkesempatan menghadiri Program Bicara Wanita “Endeavour For Wanita Syurga” anjuran PERSIAP Cawangan Institusi Penjara Tapah.

Program yang penuh pengisian dan inspirasi ini telah disampaikan oleh Ustazah Isfadiah Mohd Dusuki, dengan perkongsian yang begitu bermakna berkaitan peranan, kekuatan dan nilai seorang wanita dalam membina kehidupan yang diredai Allah SWT. 🤍

Bukan sekadar sebuah program, pertemuan ini menjadi ruang untuk menambah ilmu, menyuburkan ukhuwah serta menyuntik semangat agar setiap wanita terus melangkah dengan penuh ketabahan, keikhlasan dan istiqamah dalam mengejar redha serta syurga Allah SWT. 🌹

PERSIAP Cawangan Taiping merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada PERSIAP Cawangan Institusi Penjara Tapah atas jemputan dan penganjuran program yang sangat bermakna ini.

Semoga setiap ilmu yang dikongsikan menjadi bekalan, pedoman dan amal yang berpanjangan, serta mengeratkan lagi silaturahim antara warga PERSIAP.

🔥 READY… SET… BOWLING! 🔥🎳Strike sana, spare sini… yang penting happy & sporting! 😍💪🏻✨ PERTANDINGAN BOLING PERSIAP 2026 ✨...
13/08/2026

🔥 READY… SET… BOWLING! 🔥🎳

Strike sana, spare sini… yang penting happy & sporting! 😍💪🏻

✨ PERTANDINGAN BOLING PERSIAP 2026 ✨
📅 28 Ogos 2026 | Jumaat

Jom ahli PERSIAP! 💕
Bawa semangat, bawa geng & bawa winning spirit masing-masing! 🏆🎳

Tak kira pro atau baru nak belajar baling bola… yang penting turun padang dan enjoy! 😆❤️

🎳 STRIKE THE PINS, CREATE THE MEMORIES! 🎳

12/08/2026
01/08/2026
01/08/2026
01/08/2026
PROGRAM KOMUNITI KOREKTIF KAMPUNG ANGKAT MADANI & SEKOLAH ANGKAT MADANI JABATAN PENJARA MALAYSIA 2026(ZIARAH KASIH PUSPA...
27/07/2026

PROGRAM KOMUNITI KOREKTIF KAMPUNG ANGKAT MADANI & SEKOLAH ANGKAT MADANI JABATAN PENJARA MALAYSIA 2026

(ZIARAH KASIH PUSPANITA BERSAMA PERSIAP)

25 Julai 2026 – Dengan penuh rasa syukur, Program Komuniti Korektif Kampung Angkat Madani & Sekolah Angkat Madani Jabatan Penjara Malaysia 2026 (Ziarah Kasih PUSPANITA Bersama PERSIAP) telah berjaya dilaksanakan dalam suasana yang penuh mesra, harmoni dan sarat dengan nilai kemanusiaan di Masjid Jamek Pekan Tanjung Piandang, Perak.

Program ini telah diserikan dengan kehadiran YBhg. Datin Sri Hajah Rosnani binti Mohamed, Yang Dipertua PERSIAP Malaysia bersama YBhg. Datin Seri Datuk Norhayati binti Musa, Penaung PUSPANITA Kementerian Dalam Negeri serta isteri-isteri Ketua Jabatan dan agensi.

Antara pengisian utama program ialah Ziarah Kasih PUSPANITA bersama PERSIAP, yang menyaksikan rombongan berkunjung ke kediaman tiga penerima bagi menyampaikan sumbangan serta bertanya khabar dalam suasana penuh kasih sayang dan keprihatinan. Penerima yang diziarahi ialah:

* En. Khauri bin Haji Ghazali
* Puan Sanniah binti Chan
* Puan Salmiah binti Mat

Sepanjang kunjungan tersebut, YBhg. Datin Sri Hajah Rosnani binti Mohamed bersama YBhg. Datin Seri Datuk Norhayati binti Musa turut meluangkan masa beramah mesra dengan setiap penerima dan ahli keluarga mereka, di samping menyampaikan sedikit sumbangan sebagai tanda keprihatinan dan kasih sayang. Senyuman yang terukir jelas menggambarkan bahawa kehadiran dan perhatian yang diberikan amat bermakna buat mereka.

Program ini mencerminkan komitmen PUSPANITA dan PERSIAP dalam menyemai nilai ihsan, memperkukuhkan ukhuwah serta mendekatkan institusi dengan masyarakat. Semoga usaha murni ini terus menjadi inspirasi untuk menyebarkan kasih sayang, menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan dan mempereratkan hubungan silaturahim demi kesejahteraan bersama.

“Sesungguhnya, sebaik-baik manusia ialah mereka yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain.” 🤍

Address

Penjara Taiping
Taiping
34000

Telephone

+6058072177

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persiap Cawangan Taiping posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share