04/09/2026
PROGRAM MOBILISASI RAWATAN DAN PEMULIHAN TANPA SEMPADAN (MRT) SIRI 2/2026
๐
3 September 2026 (Khamis)
๐ 10.00 pagi โ 12.30 Tghri
๐ Bilik Datoโ Maharalela, Penjara Taiping, Perak
Penjara Taiping telah menerima kunjungan Pasukan Mobilisasi Rawatan dan Pemulihan Tanpa Sempadan (MRT) Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Perak bagi menjayakan Program Mobilisasi Rawatan dan Pemulihan Tanpa Sempadan (MRT) Siri 2/2026.
Program ini telah disertai oleh 39 orang prospek dengan penglibatan tiga (3) pegawai AADK Negeri Perak, iaitu:
* Puan Fadhilah binti Mokhtaruddin (PUSPEN Seri Iskandar)
* Encik Akhtar Bazlan bin Mohd Saimi (AADK Kerian)
* Encik Muhammad Fahmi bin Mohd Zaini (AADK Hulu Perak)
Objektif program adalah untuk meningkatkan kefahaman prospek mengenai syarat-syarat pengawasan selepas pembebasan serta memberi pendedahan berkaitan langkah-langkah pencegahan relapse (kembali kepada penyalahgunaan dadah). Program ini juga, memberi kefahaman dan kemahiran kepada prospek berkaitan Psikologi supaya terus kekal pulih selepas dibebaskan dari Penjara. Program seumpama ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan dalam memperkukuh proses pemulihan dan menyediakan prospek untuk kembali berfungsi secara positif dalam masyarakat.
Penjara Taiping merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada AADK Negeri Perak atas kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program ini. Diharapkan jalinan kerjasama strategik antara kedua-dua agensi akan terus diperkukuh demi melahirkan individu yang bebas daripada penyalahgunaan dadah serta mampu menjalani kehidupan yang lebih berkualiti selepas dibebaskan.