Pejabat Pertanian Daerah Larut, Matang & Selama

Pejabat Pertanian Daerah Larut, Matang & Selama Page Rasmi Pejabat Pertanian Daerah Larut, Matang & Selama

LAWATAN PEMANTAUAN AUDIT NEGARA๐Ÿ—“๏ธ Tarikh: 3 Ogos 2026 (Isnin)๐Ÿ“ Tempat: Batu KurauTelah berlangsung Lawatan Pemantauan Au...
04/08/2026

LAWATAN PEMANTAUAN AUDIT NEGARA

๐Ÿ—“๏ธ Tarikh: 3 Ogos 2026 (Isnin)
๐Ÿ“ Tempat: Batu Kurau

Telah berlangsung Lawatan Pemantauan Audit Negara di Batu Kurau yang bertujuan meninjau pelaksanaan program, pematuhan terhadap prosedur kerja serta memastikan pengurusan dan pelaksanaan aktiviti di lapangan dilaksanakan dengan teratur dan berkesan.

Lawatan ini telah diketuai oleh:
Puan Hartini Binti Yusuf โ€“ Pegawai Pertanian Daerah
En. Mohd Nazri Bin Ab. Rahman โ€“ Penolong Pegawai Pertanian, Bahagian Operasi
En. Abdul Razak Bin Jamaluddin โ€“ Penolong Pegawai Pertanian Kawasan

Semoga lawatan pemantauan ini dapat memperkukuh tadbir urus, meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan serta memastikan setiap program dan aktiviti Jabatan Pertanian dilaksanakan mengikut piawaian yang ditetapkan.

Terima kasih kepada semua pegawai yang terlibat atas komitmen, kerjasama dan dedikasi dalam memastikan pelaksanaan tugas berjalan dengan lancar.

LAWATAN PEMANTAUAN BERSAMA BAHAGIAN BIOSEKURITI TUMBUHAN PARIT BUNTAR KE PROJEK TANAMAN CILI๐Ÿ—“๏ธ Tarikh: 4 Ogos 2026 (Sela...
04/08/2026

LAWATAN PEMANTAUAN BERSAMA BAHAGIAN BIOSEKURITI TUMBUHAN PARIT BUNTAR KE PROJEK TANAMAN CILI

๐Ÿ—“๏ธ Tarikh: 4 Ogos 2026 (Selasa)
๐Ÿ“ Tempat: Blok 1, Kampung Medan

Unit BBT Parit Buntar telah mengadakan lawatan ke projek tanaman cili fertigasi milik Encik Mugilan A/L Devadass di Blok 1, Kampung Medan.

Maklumat Projek
Tanaman: Cili Fertigasi
Bilangan Pokok: 5,900 pokok

Sepanjang lawatan ini, turut dilaksanakan juga pendaftaran GeoTanaman bagi projek berkenaan sebagai usaha memperkukuhkan pengurusan data sektor tanaman.

Lawatan ini telah disertai oleh En. Samsuri bin Antong Kadri selaku Pen.Pegawai Pertanian Kawasan bersama pegawai-pegawai daripada Unit BBT.

Semoga usaha ini dapat memperkukuhkan pembangunan sektor pertanian serta meningkatkan produktiviti dan pengurusan ladang yang lebih sistematik demi menjamin sekuriti makanan negara.

PROGRAM PERASMIAN & PENYERAHAN ANAK BENIH DURIAN 25 Jun 2026 | Arena Square, Kampung MasjidProgram Perasmian dan Penyera...
20/07/2026

PROGRAM PERASMIAN & PENYERAHAN ANAK BENIH DURIAN

25 Jun 2026 | Arena Square, Kampung Masjid

Program Perasmian dan Penyerahan Anak Benih Durian anjuran Jabatan Pertanian Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) telah berlangsung dengan jayanya dan disempurnakan oleh YBhg. Datoโ€™ Haji Mohamad Daud bin Haji Mohd Yusof, Pegawai Khas YAB Menteri Besar Perak bagi DUN Kubu Gajah.

Majlis turut dihadiri oleh Puan Hartini, Pegawai Pertanian Daerah Larut,Matang dan Selama,bersama para pegawai Pejabat Pertanian Daerah Larut Matang dan Selama dan para peserta yang terlibat.

Seramai 53 orang peserta telah menerima 636 pokok anak benih durian dalam program ini sebagai usaha Jabatan Pertanian untuk menggalakkan pembangunan tanaman durian, meningkatkan pengeluaran hasil pertanian serta memperkukuh ekonomi komuniti setempat.

Semoga bantuan yang disalurkan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para penerima dan menjadi pemangkin kepada pembangunan sektor pertanian yang lebih mampan di kawasan DUN Kubu Gajah.

โ€œPertanian Maju, Petani Sejahtera.โ€

14/07/2026
06/07/2026

KARNIVAL AGRO JABATAN PERTANIAN DAERAH LARUT MATANG DAN SELAMA 2026 ๐ŸŒฟ

๐Ÿ“… 14 โ€“ 15 Julai 2026 (Selasa & Rabu)
๐Ÿ•ฃ 8.30 Pagi โ€“ 5.00 Petang
๐Ÿ“ Caravan Park, Pejabat Pertanian Daerah Larut Matang dan Selama

๐ŸŒฑ Jom meriahkan Karnival Agro 2026!

Khamis | 2 Julai 2026Pusat Tunas Bakti, Taiping & Pejabat Pertanian Daerah Larut Matang dan SelamaProgram Bersama Tunas ...
06/07/2026

Khamis | 2 Julai 2026
Pusat Tunas Bakti, Taiping & Pejabat Pertanian Daerah Larut Matang dan Selama

Program Bersama Tunas Bakti Taiping

Alhamdulillah, telah berlangsung Program Kaedah Fertigasi dan Hidroponik Tanaman Sayuran yang melibatkan seramai 55 orang pelajar dan 20 orang staf dari Pusat Tunas Bakti Taiping.

Program ini telah dikendalikan oleh:
Hj.Noor Sham Bin Abdul Aziz,Penolong pegawai pertanian (Bahagian projek-projek Khas) dan En. Jafri bin Mohd Rashed,Penolong Pegawai Pertanian (Bahagian kualiti tanaman)

Selain sesi perkongsian ilmu dan pendedahan mengenai teknologi pertanian moden, para pelajar turut mengadakan lawatan kunjungan ke Pejabat Pertanian Daerah Larut Matang dan Selama bagi melihat sendiri peranan jabatan serta aplikasi pertanian yang dipraktikkan.

Semoga program ini dapat menyemai minat terhadap bidang pertanian, membuka minda peserta tentang peluang dalam sektor agromakanan, serta menjadi inspirasi ke arah melahirkan generasi yang lebih berilmu, berkemahiran dan berdaya saing.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini. Semoga jalinan kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARAPusat Herba Pertanian PerakDimaklumkan bahawa Pusat Herba Jabatan Pertanian Negeri Perak ditutu...
03/06/2026

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA
Pusat Herba Pertanian Perak

Dimaklumkan bahawa Pusat Herba Jabatan Pertanian Negeri Perak ditutup sementara sehingga dimaklumkan kelak.

Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul dan amat menghargai kesabaran serta kerjasama semua pengunjung. Penutupan ini adalah bagi memastikan urusan dan penyelenggaraan dapat dilaksanakan dengan lebih baik demi keselesaan pengunjung pada masa akan datang.

Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan kepada Pusat Herba Jabatan Pertanian Negeri Perak.

๐Ÿ™ Segala kesulitan amat dikesali.
Kerjasama dan kefahaman anda amat kami hargai.







21 Mei 2026 | Khamis | Pejabat Pertanian Daerah Larut Matang dan Selama. Kursus Pemprosesan Hasilan Roselle dan Buah-Bua...
26/05/2026

21 Mei 2026 | Khamis | Pejabat Pertanian Daerah Larut Matang dan Selama.

Kursus Pemprosesan Hasilan Roselle dan Buah-Buahan Kering

Seramai 25 orang peserta telah menyertai kursus anjuran Pejabat Pertanian Daerah Larut Matang dan Selama bagi memberi pendedahan berkaitan teknik pemprosesan hasil pertanian bernilai tambah khususnya roselle dan buah-buahan kering.

Program ini turut dikendalikan oleh Puan Zanariah Binti Mat Ramli,Penolong Pegawai Bahagian Industri Asas Tani bertujuan berkongsi ilmu, pengalaman serta teknik pemprosesan yang mampu membuka peluang kepada peserta dalam bidang keusahawanan agro makanan.

Usaha seperti ini bukan sahaja dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta, malah membantu memperkasa sektor pertanian tempatan ke arah penghasilan produk yang lebih berkualiti dan berdaya saing. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.















Address

Pejabat Pertanian Daerah Larut, Matang Dan Selama
Taiping
34000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6058072005

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pertanian Daerah Larut, Matang & Selama posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Pertanian Daerah Larut, Matang & Selama:

Shortcuts

Share