My Pengerang

My Pengerang Laman perkongsian pintar yg menghubungkan Majlis Perbandaran Pengerang bersama komuniti setempat.

01/06/2026
01/06/2026

Kerajaan Johor terus komited memastikan proses penyerahan Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 4 dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik, cekap dan mesra rakyat khususnya melibatkan golongan warga emas, suri rumah, orang kurang upaya (OKU) serta penerima yang lain yang berkeperluan khas.

Pelbagai langkah penambahbaikan dilaksanakan selepas mengambil kira pandangan, maklum balas dan pengalaman penerima di lapangan bagi memastikan urusan semakan serta penyaluran bantuan dapat berjalan dengan lebih lancar dan selesa. Ia secara tidak langsung mencerminkan keprihatinan Kerajaan Negeri dalam memastikan setiap bantuan yang disalurkan mampu memberi manfaat kepada rakyat serta dapat diterima dengan lebih mudah, cepat dan teratur oleh Bangsa Johor.

Untuk semakan jadual, sila rujuk Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim, JKM Negeri Johor - JKMNJ dan Pejabat-Pejabat Daerah.

Onn Hafiz Ghazi







Dirgahayu TuankuMerafak sembah ucapan setinggi-tingi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pe...
01/06/2026

Dirgahayu Tuanku

Merafak sembah ucapan setinggi-tingi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

“Pengerang Indah, Masyarakat Sejahtera”
“Kota Tinggi Mampan dan Berbudaya”

# SmartPengerang

31/05/2026
31/05/2026
Kadangkala, ketenangan hadir bukan kerana hidup tanpa ujian, tetapi kerana hati belajar menerima dengan sabar dan memili...
31/05/2026

Kadangkala, ketenangan hadir bukan kerana hidup tanpa ujian, tetapi kerana hati belajar menerima dengan sabar dan memilih kebaikan dalam setiap keadaan.

Semoga Hari Wesak membawa sinar kedamaian, kesejahteraan dan nilai kemanusiaan yang terus mekar dalam kehidupan kita.

Selamat Hari Wesak kepada semua yang meraikan.

NOTIS PEMAKLUMAN KERJA-KERJA MEMBAIKPULIH JALAN DAN LONGKANGDimaklumkan kepada penduduk dan pengguna jalan raya bahawa k...
30/05/2026

NOTIS PEMAKLUMAN KERJA-KERJA MEMBAIKPULIH JALAN DAN LONGKANG

Dimaklumkan kepada penduduk dan pengguna jalan raya bahawa kerja-kerja membaikpulih jalan dan longkang akan dilaksanakan di sebahagian Persiaran Bayu Damai serta persimpangan utama Taman Bayu Damai bermula 25 Mei 2026 hingga 5 Jun 2026.

Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mematuhi papan tanda keselamatan yang disediakan serta merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan sepanjang tempoh pelaksanaan kerja.

Majlis Perbandaran Pengerang memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku dan amat menghargai kesabaran serta kerjasama orang ramai demi memastikan kemudahan awam dapat ditambah baik untuk keselesaan bersama.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui talian 07-886 2648.

“Kota Tinggi Mampan dan Berbudaya”
“Pengerang Indah Masyarakat Sejahtera”

𝐈𝐁𝐀𝐃𝐀𝐇 𝐊𝐎𝐑𝐁𝐀𝐍 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 , 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐈 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐎𝐍𝐆𝐒𝐈 𝐑𝐄𝐙𝐄𝐊𝐈Alhamdulillah, Program Ibadah Korban tahun ini telah berja...
28/05/2026

𝐈𝐁𝐀𝐃𝐀𝐇 𝐊𝐎𝐑𝐁𝐀𝐍 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 , 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐈 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐎𝐍𝐆𝐒𝐈 𝐑𝐄𝐙𝐄𝐊𝐈

Alhamdulillah, Program Ibadah Korban tahun ini telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan sebanyak 9 ekor lembu dan 3 ekor kambing hasil kerjasama diantara Majlis Perbandaran Pengerang di bawah Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Perbandaran Pengerang, Ahli Majlis Zon 2 serta KunStudio.

Pelaksanaan ibadah korban ini bukan sahaja menghidupkan syiar Islam, malah menjadi medium mengeratkan ukhuwah serta semangat kebersamaan dalam kalangan semua pihak yang terlibat.

Daging korban telah diagihkan kepada golongan asnaf dan komuniti sekitar Bandar Penawar sebagai tanda keprihatinan dan usaha berkongsi rezeki bersama masyarakat.

Semoga segala amal kebajikan ini diterima serta membawa manfaat dan keberkatan kepada semua.

“Pengerang Indah, Masyarakat Sejahtera”
“Kota Tinggi Mampan dan Berbudaya”

Address

No 7, Jalan Kempas 1
Taman Desaru Utama
81930

Opening Hours

Monday 08:00 - 05:00
Tuesday 08:00 - 05:00
Wednesday 08:00 - 05:00
Thursday 08:00 - 05:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6078862692

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when My Pengerang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to My Pengerang:

Share