Ameerah Kawasan Tambun - akt

Ameerah Kawasan Tambun - akt Ameerah, Muslimat Muda PAS

"Nikmat hidayah dan iman adalah hadiah terindah daripada Allah” 🎀Alhamdulillah, selesai Ukhti Vibes : Hati Itu Amanah. T...
27/07/2026

"Nikmat hidayah dan iman adalah hadiah terindah daripada Allah” 🎀

Alhamdulillah, selesai Ukhti Vibes : Hati Itu Amanah. Terima kasih kepada semua yang hadir dan meluangkan masa untuk menuntut ilmu bersama.

Perkongsian kali ini membawa kami menelusuri Surah Al-Hujurat ayat 14-18 tentang hakikat Islam dan Iman, serta sirah perjuangan Rasulullah SAW dalam menyampaikan dakwah.

Iman bukan sekadar pengakuan, tetapi keyakinan yang perlu dibuktikan melalui ketaatan, kesabaran dan pengorbanan dalam melaksanakan amanah yang diberikan oleh Allah SWT.

Semoga setiap ilmu yang diperoleh menjadi asbab untuk kita terus memperbaiki diri, menguatkan iman dan melangkah lebih dekat kepada-Nya ✨

Jumpa lagi di Ukhti Vibes akan datang! 😉


27/07/2026

Hati-hati belaka

🤍 GIRLS, JOM HEAL YOUR HEART 🤍Kadang-kadang kita sibuk jaga semua benda;📱 Telefon💼 Kerja👗 Penampilan💬 RelationshipTapi, ...
22/07/2026

🤍 GIRLS, JOM HEAL YOUR HEART 🤍

Kadang-kadang kita sibuk jaga semua benda;
📱 Telefon
💼 Kerja
👗 Penampilan
💬 Relationship

Tapi, bila kali terakhir kita betul-betul jaga hati?

Sebab hati yang tenang bukan datang daripada dunia yang sempurna tapi datang daripada hati yang sentiasa dekat dengan Allah ❤️

Jom luangkan pagi Ahad untuk recharge iman, dengar perkongsian yang menyentuh hati dan jumpa sisters yang sama-sama sedang belajar menjadi lebih baik. Tiada siapa yang sempurna, kita datang untuk saling menguatkan

Tak perlu tunggu hati baik baru nak datang. Sekarang pun dah boleh datang ☺️

Tag bestie, ajak adik, kakak, ibu atau datang sendiri. In shaa Allah, pulang nanti bukan sekadar bawa ilmu tapi bawa hati yang lebih tenang 🌸

📃 Register sini 👉🏻
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScQzBloak-tMiqMFbS-i3CcTMSWwjNMNpbY0TtmPLQ1WCvOMw/viewform

📞 Sebarang pertanyaan :
https://wa.link/2nwdmv

Jumpa Ahad ni!


Bila sembang pasal politik, ramai ingat cerita siapa menang, siapa kalah.Hakikatnya, anak muda lebih fikir…🎓 Lepas grad ...
22/07/2026

Bila sembang pasal politik, ramai ingat cerita siapa menang, siapa kalah.

Hakikatnya, anak muda lebih fikir…
🎓 Lepas grad nanti, senang ke nak dapat kerja yang setaraf dengan ijazah diterima?
🏠 Bila agaknya mampu beli rumah sendiri?

Inilah antara perkongsian yang kami, Ameerah Tambun bawa 'pulang' daripada ucapan perasmian YB Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah sempena Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Tambun kali ke-40 tempoh hari.

Bagi kami, Prof. Haim adalah antara pimpinan yang ramai anak muda kagumi.

Beliau begitu lantang memperjuangkan isu pendidikan, masa depan anak bangsa dan tadbir urus negara yang baik. Setiap perkongsian yang disampaikan memberi banyak perspektif, membuka mata dan menyuntik semangat kami untuk terus mendekati wanita muda di Kawasan Tambun.

Masa depan anak bangsa tak boleh kita serahkan kepada orang lain semata-mata. Anak muda, ayuh bersama PAS. Mari jadi sebahagian daripada perjuangan membina negara yang lebih baik, berintegriti dan menjaga kebajikan rakyat.

📸Simpan sini gambar kenangan kami bertugas dan hadir MAT PAS Tambun kali ke-40.


21/07/2026

Alhamdulillah.

Umpama anak-anak yang kehilangan sosok tubuh seorang ayah, kami semua sebuah keluarga yang masih berduka dengan pemergia...
21/07/2026

Umpama anak-anak yang kehilangan sosok tubuh seorang ayah, kami semua sebuah keluarga yang masih berduka dengan pemergiannya. Namun, jangan lupa pesanan allahyarham Ustaz Salleh, teruskan perjuangan ini…

Esok!
21/07/2026

Esok!

🇲🇾 Anak Muda penentu masa depan Negara.

REVOLUSI ANAK MUDA

Jom ikuti kupasan menarik bersama panel jemputan

🗣️ Saudari Ain Akmal
(PSU Ameerah Perak | Ketua Ameerah Kuala Kangsar | Akademi Influencer PAS)

🗓 22 Julai 2026 (Rabu)
⏰ 9.00 malam
📍 TikTok Live Ameerah Perak

Jangan lupa set reminder & share

20/07/2026
Sedih seorang sahabat, turut kami rasai bersama.🥹Salam takziah buat sahabat kami, Cik Sumayyah Ali, yang aktif dalam Mus...
04/07/2026

Sedih seorang sahabat, turut kami rasai bersama.🥹

Salam takziah buat sahabat kami, Cik Sumayyah Ali, yang aktif dalam Muslimat Muda PAS Tambun atas pemergian bonda tercinta, semalam.

Tiada kata yang mampu menghilangkan duka, namun kami berdoa semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan dan ketabahan kepada seluruh keluarga dalam menghadapi ujian ini.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarhamah, melapangkan kuburnya, mengurniakan rahmat yang luas serta menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman.

Daripada kami, Ameerah Tambun.

29/06/2026

💪🏻

Address

Tambun

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ameerah Kawasan Tambun - akt posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Ameerah Kawasan Tambun - akt:

Shortcuts

Share