SK Timbou Tambunan

SK Timbou Tambunan PETI SURAT 75, 89657 TAMBUNAN, SABAH. (XBA1221)

AKTIVITI SEPANJANG BULAN OGOS1.     MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT SK TIMBOU TAHUN 2026 (3 OGOS 2...
30/08/2026

AKTIVITI SEPANJANG BULAN OGOS

1. MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT SK TIMBOU TAHUN 2026 (3 OGOS 2026, ISNIN)

2. PERTANDINGAN KARAOKE TAHAP 1 & 2 sempena SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT SK TIMBOU TAHUN 2026 (11 OGOS 2026,SELASA)

3. KARNIVAL PENDIDIKAN MADANI 2026 (13 OGOS 2026, KHAMIS)

4. MESYUARAT PENGURUSAN SEKOLAH BIL 3 / 2026 (17 OGOS 2026, ISNIN)

5. PERTANDINGAN ENSEMBEL REKORDR, FESTIVAL RANCAK SENI PERINGKAT DAERAH TAMBUNAN TAHUN 2026 (18 OGOS 2026, SELASA)

6. PELAKSANAAN PERTANDINGAN MEWARNA DI SEKOLAH MASING-MASING SEMPENA PERTANDINGAN MEWARNA POSTER SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT NEGERI SABAH 2026 (18 – 28 OGOS 2026 )

7. PERTANDINGAN ROKET AIR & MEMBINA MODEL JAMBATAN SEMPENA, PERTANDINGAN STEM SEKOLAH KEBANGSAAN PERINGKAT DAERAH TAMBUNAN TAHUN 2026 (19 OGOS 2026, RABU)

8. ROBOT BATTLE CHALLENGE SEMPENA, PERTANDINGAN STEM SEKOLAH KEBANGSAAN PERINGKAT DAERAH TAMBUNAN TAHUN 2026 (20 OGOS 2026, KHAMIS)

9. PERTANDINGAN MENDEKLAMASIKAN SAJAK & SYAIR SEMPENA BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT SK TIMBOU 2026 (21 OGOS 2026, JUMAAT)

10. POST TEST KEBERKESANAN INISIATIF PROGRAM SEKOLAH KU SIHAT STAIL KITA (SKSSK) (26 OGOS 2026, RABU)

11. SAMBUTAN HARI SABAH DAN KEMBARA MERDEKA TAHUN 2026 PERINGKAT DAERAH TAMBUNAN (27 OGOS 2026, KHAMIS)

12. TAKLIMAT GARIS PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH SELAMAT (GPPSS) & POLISI PERLINDUNGAN MURID (PPM) (28 OGOS 2026, JUMAAT)

SELAMAT BERCUTI SEMUAπŸ₯³Jaga kesihatan dan keselamatan☺️
28/08/2026

SELAMAT BERCUTI SEMUAπŸ₯³

Jaga kesihatan dan keselamatan☺️

AKTIVITI: TAKLIMAT GARIS PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH SELAMAT (GPPSS) & POLISI PERLINDUNGAN MURID (PPM)πŸ“… Tarikh: 28 Ogos 2...
28/08/2026

AKTIVITI: TAKLIMAT GARIS PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH SELAMAT (GPPSS) & POLISI PERLINDUNGAN MURID (PPM)

πŸ“… Tarikh: 28 Ogos 2026 (Jumaat)
πŸ—“ Hari: Jumaat
πŸ“ Tempat: Bilik Gerakan, SK Timbou
⏰ Masa: 10.30 pagi

πŸ‘₯ Taklimat GPPSS dan PPM telah dilaksanakan dengan penglibatan semua guru serta Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) SK Timbou bagi meningkatkan kefahaman berkaitan aspek keselamatan sekolah dan perlindungan murid.

🏫 Taklimat yang disampaikan oleh Encik Fredoline Stephen, Guru Besar SK Timbou ini bertujuan memastikan seluruh warga sekolah memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, kondusif dan terlindung demi kesejahteraan murid. ✨

πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨πŸ‡²πŸ‡Ύ AKU KASIH MALAYSIA! πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨πŸ‡²πŸ‡Ύβ€οΈπŸ€πŸ’™β€οΈπŸ€πŸ’™β€οΈπŸ€πŸ’™β€οΈπŸ€πŸ’™β€οΈπŸ€πŸ’™ Salam patriotik daripada warga SK Timbou!
28/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨πŸ‡²πŸ‡Ύ AKU KASIH MALAYSIA! πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨πŸ‡²πŸ‡Ύ

β€οΈπŸ€πŸ’™β€οΈπŸ€πŸ’™β€οΈπŸ€πŸ’™β€οΈπŸ€πŸ’™β€οΈπŸ€πŸ’™

Salam patriotik daripada warga SK Timbou!

28/08/2026

AKU KASIH MALAYSIA! πŸ‡²πŸ‡Ύ

Semangat cinta akan negara terus mekar dalam jiwa warga SK Timbou.

Bersama kita raikan Malaysia dengan penuh bangga, perpaduan dan semangat patriotik! ❀️

28/08/2026

πŸ’ƒπŸŒŸ Bangga dengan anak-anak Sumoru Dance SK Timbou yang berjaya menyerlahkan bakat dan memeriahkan Sambutan Hari Sabah dan Kembara Merdeka 2026. Syabas semua!

AKTIVITI : SAMBUTAN HARI SABAH DAN KEMBARA MERDEKA TAHUN 2026 PERINGKAT DAERAH TAMBUNAN πŸ“… Tarikh: 27 Ogos 2026 (Khamis)πŸ—“...
28/08/2026

AKTIVITI : SAMBUTAN HARI SABAH DAN KEMBARA MERDEKA TAHUN 2026 PERINGKAT DAERAH TAMBUNAN

πŸ“… Tarikh: 27 Ogos 2026 (Khamis)
πŸ—“ Hari: Khamis
πŸ“ Tempat: Dewan Pisompuruan Square, Tambunan
⏰ Masa: 8.00 pagi – 2.00 petang

πŸ’ƒ Seramai 17 orang ahli Sumoru Dance SK Timbou telah terlibat dalam tarian sambut tamu serta persembahan tarian sempena Sambutan Hari Sabah dan Kembara Merdeka Tahun 2026 Peringkat Daerah Tambunan.

🌺 Penyertaan ini bukan sahaja memberi peluang kepada murid untuk menyerlahkan bakat dalam bidang seni tari, malah turut memupuk semangat patriotisme, keyakinan diri serta penghargaan terhadap warisan budaya dan tradisi masyarakat Sabah.

πŸ‘ Tahniah dan syabas kepada semua penari serta guru pengiring yang telah mengharumkan nama SK Timbou melalui persembahan yang penuh semangat dan memukau. Semoga pengalaman ini menjadi inspirasi kepada murid untuk terus cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum.

AKTIVITI : POST TEST KEBERKESANAN INISIATIF PROGRAM SEKOLAH KU SIHAT STAIL KITA (SKSSK) πŸ₯—πŸ“… Tarikh: 26 Ogos 2026 (Rabu)πŸ—“ ...
28/08/2026

AKTIVITI : POST TEST KEBERKESANAN INISIATIF PROGRAM SEKOLAH KU SIHAT STAIL KITA (SKSSK) πŸ₯—

πŸ“… Tarikh: 26 Ogos 2026 (Rabu)
πŸ—“ Hari: Rabu
πŸ“ Tempat: Kelas Tahun 4, SK Timbou
⏰ Masa: 8.30 pagi – 9.30 pagi
πŸ‘₯ Sasaran: 45 orang murid Tahap 2

πŸ“ Post Test Keberkesanan Inisiatif Program Sekolah Ku Sihat Stail Kita (SKSSK) telah dilaksanakan bagi menilai tahap keberkesanan program dalam meningkatkan pengetahuan murid mengenai amalan pemakanan sihat dan gaya hidup sihat.

Hasil pelaksanaan menunjukkan murid dapat memahami serta mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh berkaitan pemilihan makanan sihat dan amalan gaya hidup sihat. Program ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dengan penyertaan serta komitmen murid yang amat baik.

Semoga ilmu yang diperoleh dapat diamalkan dalam kehidupan seharian demi melahirkan generasi yang sihat, cergas dan berdaya saing.

27/08/2026
24/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨ Alunan syair dan deklamasi sajak bergema di Dewan Sumoru SK Timbou sempena Pertandingan Mendeklamasikan Sajak dan Syair Bulan Kebangsaan 2026.

Setiap bait yang disampaikan bukan sekadar kata-kata, tetapi lambang semangat patriotisme, keberanian dan kecintaan terhadap negara.

Syabas kepada semua peserta yang telah memberikan persembahan terbaik! πŸ‘πŸ₯³ Semoga semangat Bulan Kebangsaan terus mekar dalam jiwa setiap warga SK Timbou.

Address

SK Timbou, Peti Surat 75
Tambunan
89657

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Timbou Tambunan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share