Dewan Muslimat Pas Kawasan Tampin

Dewan Muslimat Pas Kawasan Tampin Official Page

TAMPIN – Sepanjang bulan Mei 2026, Lajnah Kebajikan Dewan Muslimat PAS Kawasan Tampin masih meneruskan aktiviti kebajika...
30/05/2026

TAMPIN – Sepanjang bulan Mei 2026, Lajnah Kebajikan Dewan Muslimat PAS Kawasan Tampin masih meneruskan aktiviti kebajikan dan ziarah sebagai tanda keprihatinan serta usaha menyantuni sahabat yang sedang diuji di samping memberi sokongan, semangat dan doa kepada mereka agar terus tabah serta diberikan kekuatan dalam menghadapi ujian Allah SWT.

Program yang dijalankan mencerminkan semangat ukhuwah, kasih sayang dan tanggungjawab sosial yang dianjurkan dalam Islam.

Firman Allah SWT, “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan dalam mengerjakan kebajikan dan ketakwaan.” (Al-Maidah: 2).

Semoga setiap sumbangan, tenaga dan masa yang dicurahkan menjadi amal soleh yang diterima Allah SWT serta memberi manfaat kepada masyarakat dan ummah seluruhnya.


TAMPIN, 16 Mei 2026 – Telah berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 29 Dewan Muslimat PAS Kawasan Tampin bertempat d...
16/05/2026

TAMPIN, 16 Mei 2026 – Telah berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 29 Dewan Muslimat PAS Kawasan Tampin bertempat di Madrasah Tahfiz Muhammad dalam suasana penuh harmoni dan semangat ukhuwah. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YDP PAS Kawasan Tampin dan menjadi medium penting dalam memperkukuhkan saf perjuangan, menyusun gerak kerja serta memperkasakan peranan muslimat dalam meneruskan agenda dakwah dan kebajikan di kawasan Tampin.

Dalam majlis yang sama, turut diadakan Pelancaran Pilihanraya DMPK Tampin yang telah dirasmikan oleh Puan Janira Ain sebagai simbolik permulaan gerak kerja pilihanraya yang lebih tersusun dan berfokus. Program ini diharapkan dapat menyuntik semangat serta memperkukuhkan iltizam seluruh Muslimat Tampin untuk terus istiqamah dan bersama-sama menggalas amanah perjuangan Islam demi agama, masyarakat dan ummah. 💚


Program Ziarah Kasih Ramadan pada 12 Mac 2026 di Kg Air Rawa dan Kg Sungai Salah, Gemencheh. Program ini merupakan anjur...
14/03/2026

Program Ziarah Kasih Ramadan pada 12 Mac 2026 di Kg Air Rawa dan Kg Sungai Salah, Gemencheh.

Program ini merupakan anjuran Lajnah Kebajikan Dewan Muslimat PAS Kawasan Tampin bagi menziarahi serta menyantuni masyarakat setempat dalam usaha menyemarakkan semangat kebersamaan dan keprihatinan sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Semoga usaha kecil ini dapat memberi kegembiraan serta meringankan beban mereka yang diziarahi. Mudah-mudahan segala amal kebajikan ini diterima dan diberkati oleh Allah SWT.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Telah berlangsung dengan jayanya Daurah Kitab P12K Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan Siri 1 pada 28 Februari yang dianj...
14/03/2026

Telah berlangsung dengan jayanya Daurah Kitab P12K Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan Siri 1 pada 28 Februari yang dianjurkan oleh LTP DMPN Negeri Sembilan dengan kerjasama DMPK Tampin di Madrasah Tahfiz Muhammadi, Kg Ulu Rokan, Gemencheh.

Program ini menghimpunkan para muslimat bagi menimba ilmu serta menghayati pengisian bermanfaat sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Semoga segala ilmu yang disampaikan memberi manfaat kepada para peserta serta menjadi asbab meningkatkan kefahaman dan penghayatan Islam dalam kehidupan seharian.

Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Semoga segala usaha dan pengorbanan diberkati Allah SWT.

Takbir, Allahu akbar!
10/02/2026

Takbir, Allahu akbar!

Tahniah & terima kasih JPrDMP Negeri Sembilan! ✨Prihatin Rakyat Mega  (DUN Gemencheh) telah berlangsung pada 7 Februari ...
08/02/2026

Tahniah & terima kasih JPrDMP Negeri Sembilan! ✨

Prihatin Rakyat Mega (DUN Gemencheh) telah berlangsung pada 7 Februari 2026, Sabtu dengan kerjasama:
- BPP Negeri Sembilan
- DMP Negeri Sembilan
- JPr Negeri Sembilan
- JPrDMP Negeri Sembilan
- JPrP Tampin
- JPrMP Tampin
- Jentera pilihan raya dari seluruh Negeri Sembilan

Program ini telah dirasmikan oleh YB Ustaz Mohd Fairuz Mohd Isa, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan.

PAS Kawasan Tampin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah atas sinergi serta kebersamaan yang jitu daripada semua pihak.

Semoga usaha ini menjadi langkah awal ke arah kejayaan yang lebih cemerlang buat PAS di Negeri Sembilan, insya-Allah. Mudah-mudahan usaha yang dilaksanakan hari ini membuka ruang kepada pencapaian yang lebih besar pada masa akan datang.

Sesungguhnya tanpa sokongan, bantuan serta doa tulus daripada sahabat-sahabat semua, tidak mudah untuk merealisasikan program yang begitu besar manfaatnya kepada masyarakat.

Sirru Ala Barakatillah!



Address

Tampin Village

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Muslimat Pas Kawasan Tampin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Dewan Muslimat Pas Kawasan Tampin:

Shortcuts

Share