Pejabat Risda Daerah Negeri Sembilan Selatan

Pejabat Risda Daerah Negeri Sembilan Selatan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan GETAH ( RISDA)

17/08/2026

Pisau kecil, peranan besar. ๐ŸŒณ

Di tangan pekebun kecil, sebilah pisau toreh bukan sekadar alat. Ketajaman mata pisau dan kemahiran menoreh menentukan kelancaran susu getah, menjaga kesihatan pokok serta membantu menghasilkan kutipan yang berkualiti.

Dari satu torehan ke satu torehan, lahirlah hasil yang menjadi sumber pendapatan dan menyokong kesejahteraan keluarga pekebun kecil.

Kerana di sebalik setiap titisan susu getah, ada kemahiran, ketekunan dan rezeki yang diperjuangkan.



Pejabat RISDA Daerah Negeri Sembilan Selatan hari ini menerima kunjungan KRT Daerah Tampin dalam sesi penggunaan bilik m...
17/08/2026

Pejabat RISDA Daerah Negeri Sembilan Selatan hari ini menerima kunjungan KRT Daerah Tampin dalam sesi penggunaan bilik mesyuarat bagi pelaksanaan Mesyuarat KRT Daerah Tampin dan Mesyuarat Khas Program Malaysiaku Merdeka Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2026 oleh Pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Tampin.

Semoga kemudahan yang disediakan dapat membantu kelancaran urusan mesyuarat dan kerjasama antara agensi. ๐Ÿค

16/08/2026

Kita cuba p**a pakai pen dan kertas, ada sambutan ke tak?

๐Ÿ“ธ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Lensa anda mampu mengangkat kisah sebenar kehidupan pekebun kecil getah!

Sertai Pertandingan Fotografi Lensa Merdeka RISDA 2026 : โ€œDua Bingkai, Satu Maknaโ€.

Rakam DUA FOTO yang menggambarkan Semangat Kemerdekaan dan Kesejahteraan Pekebun Kecil dalam satu penceritaan yang kreatif serta bermakna.

Hadiah menarik menanti pemenang! Penyertaan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia.

๐Ÿ“… Tarikh penyertaan: 1 โ€“ 31 Ogos 2026 ๐Ÿ“ฒ

Imbas kod QR pada poster untuk menghantar penyertaan anda!
Ayuh, sertai sekarang! Biar gambar anda mengabadikan makna kemerdekaan dan kemakmuran desa! ๐Ÿ“ทโœจ

Baca Terma Dan Syarat di pautan hantaran asal >>> https://www.facebook.com/share/p/1DPie1YtcH/

16/08/2026
14/08/2026

๐‘ฑ๐‘ผ๐‘จ๐‘ณ๐‘จ๐‘ต ๐‘ฎ๐‘ฌ๐‘ป๐‘จ๐‘ฏ ๐‘ฉ๐‘ฌ๐‘น๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘ณ๐‘ถ๐‘ด๐‘ท๐‘ถ๐‘ฒ

Alhamdulillah! Sekali lagi jualan getah berkelompok di Depo Kg. Kenangan, Gemeh, Tangkak berjaya mencatatkan jumlah yang membanggakan

Tahniah dan syabas kepada semua pekebun kecil yang mengambil peluang menyertai jualan secara berkelompok.
Melalui jualan secara berkelompok, urusan pemasaran getah dapat dilaksanakan dengan lebih teratur, mudah dan dipercayai, di samping memberi manfaat kepada pekebun kecil.

Terima kasih atas kepercayaan dan kerjasama semua pekebun kecil. Semoga hasil usaha hari ini terus membawa rezeki dan manfaat kepada keluarga.







14/08/2026
TAKLIMAT & TUNJUK AJAR PELAKSANAAN RAWATAN PENYAKIT GETAH (RPG) PERINGKAT RISDA NEGERI SEMBILAN TAHUN 2026Hari ini, 12 O...
12/08/2026

TAKLIMAT & TUNJUK AJAR PELAKSANAAN RAWATAN PENYAKIT GETAH (RPG) PERINGKAT RISDA NEGERI SEMBILAN TAHUN 2026

Hari ini, 12 Ogos 2026, telah berlangsung sesi Taklimat dan Tunjuk Ajar Pelaksanaan Rawatan Penyakit Getah (RPG) Peringkat RISDA Negeri Sembilan Tahun 2026 bertempat di Kebun Getah Muda, Lot 40069, Jalan Gemencheh Air Kuning, Gemencheh, Negeri Sembilan.

Program ini memberi penekanan kepada pemahaman serta pelaksanaan kaedah rawatan penyakit getah yang betul dan berkesan di lapangan, khususnya dalam usaha memastikan tanaman getah terus berada pada tahap kesihatan dan produktiviti yang baik.

Sesi taklimat dan tunjuk ajar yang dikendalikan oleh RISDA Semaian dan Landskap Sdn. Bhd. (RSSB) turut menjadi platform penting untuk memperkukuh pengetahuan serta kemahiran warga kerja RISDA dalam menangani isu penyakit tanaman getah secara lebih sistematik.

Langkah di lapangan hari ini, demi memastikan setiap pokok getah terus memberi hasil dan setiap usaha pekebun kecil terus diperkasa. ๐ŸŒฑ

๐Ÿ† ANUGERAH KUALITI RISDA TAHUN 2025Anugerah Pengurusan Perkhidmatan Terbaik11 Ogos 2026 | SelasaAlhamdulillah, Pejabat R...
11/08/2026

๐Ÿ† ANUGERAH KUALITI RISDA TAHUN 2025

Anugerah Pengurusan Perkhidmatan Terbaik

11 Ogos 2026 | Selasa

Alhamdulillah, Pejabat RISDA Daerah Negeri Sembilan Selatan diberi peluang untuk mewakili Negeri Sembilan dalam sesi pembentangan Anugerah Kualiti RISDA Tahun 2025.

Pembentangan disampaikan oleh Mohd Harif bin Yahya, Pegawai RISDA Daerah Negeri Sembilan Selatan, bersama Puan Rozliza binti Mohamad.

Semoga perkongsian ini menjadi pengalaman yang baik dan memberi manfaat dalam usaha bersama meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan RISDA.

Terima kasih atas sokongan dan doa semua. ๐Ÿคฒ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐Ÿš€ KUMPULAN INOVASI PRD NEGERI SEMBILAN SELATAN ๐Ÿš€10 Ogos 2026 | Pertandingan Inovasi Peringkat RISDA Negeri Sembilan Tahu...
11/08/2026

๐Ÿš€ KUMPULAN INOVASI PRD NEGERI SEMBILAN SELATAN ๐Ÿš€

10 Ogos 2026 | Pertandingan Inovasi Peringkat RISDA Negeri Sembilan Tahun 2026

Alhamdulillah, Team Inovasi Pejabat RISDA Daerah Negeri Sembilan Selatan telah menghantar dua (2) penyertaan dalam Pertandingan Inovasi Peringkat RISDA Negeri Sembilan Tahun 2026 bagi kategori Pengurusan dan Teknikal.

๐Ÿ’ก INOVASI PENGURUSAN
๐Ÿ† Kump**an NOVA
๐Ÿ“Œ RisGO

๐Ÿ”ง INOVASI TEKNIKAL
๐Ÿ† Kump**an ADICITRA
๐Ÿ“Œ Less Smell

Penyertaan ini menjadi platform kepada warga PRD Negeri Sembilan Selatan untuk mengetengahkan idea, kreativiti dan penyelesaian inovatif dalam usaha memperkukuh penyampaian perkhidmatan serta meningkatkan kecekapan dan keberkesanan organisasi.

Lebih daripada sekadar pertandingan, inovasi adalah tentang berani mencuba, berani mengubah dan berani mencipta sesuatu yang lebih baik. ๐Ÿ’ช๐Ÿ”ฅ

Tahniah dan syabas kepada semua ahli kump**an yang telah memberikan komitmen, masa dan tenaga dalam merealisasikan idea masing-masing.

PRD NS Selatan โ€” Kita bukan sekadar bekerja, kita mencipta perubahan. ๐Ÿš€

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Inovasi Pemangkin Kemajuan
Bersama RISDA, Membangun Pekebun Menuju Masa Depan.










Address

KM1, Jalan SEREMBAN TAMPIN
Tampin Village
73000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+6064413830

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Risda Daerah Negeri Sembilan Selatan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Risda Daerah Negeri Sembilan Selatan:

Shortcuts

Share