05/11/2025
LAWATAN KERJA PENGARAH PENJARA NEGERI SEMBILAN KE PEJABAT PAROL DAERAH TAMPIN
🔰MAKLUMAT LAWATAN
📍Tarikh : 03 November 2025 (Isnin)
📍Masa : 10:00 pagi – 12.00 tengah hari
📍Penglibatan : Kakitangan Pejabat Parol dan Komuniti Daerah Tampin, Pesalah PKW, ODP/OBB CSI dan Pihak Majikan (CSI)
1. Pada 03 November 2025 (Isnin) jam 10:00 pagi, Pejabat Parol Daerah Tampin telah menerima lawatan kerja dari Pengarah Penjara Negeri Sembilan, YDH PKK Talhah bin Hasim dan diiringi oleh Insp. Sanjevei a/l Krishnamoorthy. Kehadiran YDH PKK Talhah bin Hasim buat julung kalinya ini setelah menjalankan tugas Pengarah Penjara Negeri yang baharu. Ketibaan beliau telah disambut oleh KIP Hishamuddin bin Nasar bersama Insp. Penjara Muhammad Iqmal Muzamel bin Ya’akob serta anggota-anggota Pejabat Parol Daerah Tampin.
2. Lawatan kerja ini dimulakan dengan sesi taklimat perjalanan pengoperasian Pejabat Parol Daerah Tampin yang telah disampaikan oleh Pegawai Parol Daerah Tampin, KIP Hishamuddin bin Nasar di Bilik Mesyuarat PPD yang merangkumi sejarah PPD Tampin, pengurusan kakitangan, program CSI dan program Pemulihan Dalam Komunti (PDK) yang dilaksanakan di peringkat Parol Daerah Tampin. Beliau juga turut menyampaikan amanat tentang hala tuju Jabatan selaras dengan Visi dan Misi Jabatan dalam Pemulihan Dalam Komuniti.
3. Seterusnya, lawatan kerja diteruskan dengan membuat lawatan dan meninjau tapak cadangan bagi pembinaan Rumah Perantaraan (RP) Daerah Tampin baharu yang berada berhadapan dengan bangunan pejabat parol. Lawatan tapak ini bagi melihat kesesuaian penubuhan RP baharu di Daerah Tampin.
4. Kemudian YDH Pengarah Penjara Negeri Sembilan turut dibawa bagi meninjau pelaksanaan Pusat Kehadiran Wajib di Masjid Kariah Repah dimana pada masa kini terdapat (1) Pesalah PKW yang telah menjalani Perintah Kehadiran Wajib. Beliau turut berkesempatan menjalankan sesi bimbingan dan nasihat kepada Pesalah PKW agar menjadi orang yang berguna kepada keluarga dan masyarakat serta belajar menghayati ajaran agama Islam supaya tidak terjebak kepada perkara-perkara yang negatif pada masa hadapan.
5. Diakhiri sesi lawatan kerja, YDH Tuan Pengarah Negeri telah membuat lawatan kerja kepada pihak majikan (CSI) iaitu Syarikat Jaya Baraka Enterprise (Nasi Arab Aladdin Tampin). Pihak syarikat telah berbesar hati dan menyambut baik hasrat YDH Tuan Pengarah Negeri ke tempat mereka. Selain itu, YDH Tuan telah memberikan sesi intervensi berbentuk bimbingan dan nasihat kepada prospek yang diambil bekerja di syarikat ini.
Penjara Negeri Sembilan
Pejabat Pengarah Penjara Negeri - PPN N9