29/07/2026
Alhamdulillah Ala Kulli Hal… Smart Synergy always Smart.. ☺️
𝗟𝗔𝗣𝗢𝗥𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗨𝗥𝗨𝗛𝗔𝗡: 𝗞𝗘𝗖𝗘𝗠𝗘𝗥𝗟𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗝𝗞𝗦𝗡𝗦 𝗗𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗧𝗔𝗦 𝗔𝗜𝗡𝟵 𝟮𝟬𝟮𝟲
Sabarudin bin Bidin | 28 Julai 2026
SEREMBAN – Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan (JKSNS) melakar pencapaian membanggakan menerusi penyertaan tiga tahun berturut-turut dalam Anugerah Inovasi Negeri Sembilan (AIN9), sebagai kesinambungan kecemerlangan Anugerah Inovasi JKSNS 2025. Pertandingan ini telah berlangsung dengan jayanya pada 27 hingga 28 Julai 2026 di Karisma 2, Arena Premier Hotel, Seremban.
Ketiga-tiga kumpulan JKSNS telah mempamerkan komitmen yang tinggi.
* The Settler (Unit Sulh) – Projek: Sulh Unifile Beraksi pada 27 Julai 2026 (5.20 petang – 6.00 petang). Diketuai oleh Puan Zailifah binti Rusly berserta 6 ahli: Tuan Mohd Rifaudin bin Abd Wahab, YBrs. Dr. Zulzaidi bin Mahmod, Tuan Safaruddin bin Urusli, Puan Siti Zaidah binti Husain, Puan Aqilah Syahirah binti Adam Tan, dan Encik Nur Ekshan bin Abu Kassim.
* Smart Synergy (MRS Tampin) – Projek: Hakam Pro Beraksi pada 28 Julai 2026 (8.30 pagi – 9.10 pagi). Diterajui oleh Puan Nurul Akmar binti Mohamad Hilmi bersama 7 ahli: Tuan Ahmad Hambali bin Mohamad Ali, Encik Mohd Jais bin Yaakub, Puan Nor Hafizah binti Baharudin, Puan Suzana binti Md Darus, Puan Siti Nor Sahira binti Ariffin, Puan Zainee binti Mohd Noor, dan Encik Shamsulakmar bin Abd Malek.
* Trans4max (MRS Seremban) – Projek: Wali-EZ Beraksi pada 28 Julai 2026 (4.40 petang – 5.20 petang). Diketuai oleh Tuan Khairil Hafiz bin Nazari bersama 8 ahli: YBrs. Dr. Zulzaidi bin Mahmod, Encik Mohamad Suhairi bin Rizan, Puan Nur’Aisyah binti Sharin, Puan Shusilawati binti Shamsudin, Puan Nur Syarabul Asyiqin binti Mohd Diah, Encik Zamrie bin Mohd, dan Encik Taufik bin Basal.
SEKALUNG PENGHARGAAN & HARAPAN
Unit Inovasi JKSNS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengurusan Tertinggi, khususnya YAA Dato' Ketua Hakim Syarie JKSNS dan Puan Ketua Pendaftar, atas kepercayaan dan sokongan berterusan. Terima kasih juga dititipkan kepada barisan penyelia dan semua pegawai terlibat yang sentiasa menjadi nadi kekuatan pasukan. Seluruh warga kerja JKSNS mendoakan keputusan terbaik buat pasukan AIN9 jabatan. Semoga beroleh kejayaan!