PKMD Tampin

Call Directions

PKMD Tampin Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Tampin,
73000 Tampin,
Negeri Sembilan,
Malaysia. No.Tel: 06-4411646
No.Fax: 06-4431450

ADVOKASI: PROGRAM PELAKSANAAN HAND HOLDING SEKOLAH ANGKAT OLEH PASUKAN PERLINDUNGAN KANAK-KANAK (PPKK) DAERAH TAMPIN DAL...
08/08/2026

ADVOKASI: PROGRAM PELAKSANAAN HAND HOLDING SEKOLAH ANGKAT OLEH PASUKAN PERLINDUNGAN KANAK-KANAK (PPKK) DAERAH TAMPIN DALAM MEMPERKASAKAN KESEDARAN PERLINDUNGAN KANAK-KANAK

Program Advokasi: Pelaksanaan Hand Holding Sekolah Angkat oleh Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak (PPKK) Daerah Tampin merupakan satu inisiatif dalam memperkasakan kesedaran dan pengetahuan berkaitan perlindungan kanak-kanak dalam kalangan warga sekolah.

Melalui pelaksanaan konsep hand holding sekolah angkat, PPKK berperanan sebagai pemudah cara dan rakan strategik kepada pihak sekolah dalam menyampaikan maklumat, pendidikan perlindungan diri serta mengenal pasti kes-kes yang memerlukan intervensi awal.

Program ini telah dilaksanakan dalam dua siri, iaitu Siri 1 pada 10 Jun 2026 (Rabu) dan Siri 2 pada 8 Ogos 2026 (Sabtu) bertempat di SMK Tunku Besar Tampin. Program ini dianjurkan oleh Unit Pembangunan Kanak-Kanak Daerah Tampin dengan kerjasama Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak (PPKK) Daerah Tampin.

Majlis telah dirasmikan oleh Puan Noraziah binti Barudin, GPK HEM SMK Tunku Besar Tampin .

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan ibu bapa, penjaga, guru dan komuniti mengenai kepentingan perlindungan kanak-kanak. Selain itu, program turut memberi pendidikan perlindungan diri kepada kanak-kanak secara berkesan dan bersesuaian dengan peringkat umur, di samping menyampaikan maklumat berkaitan saluran bantuan dan aduan yang disediakan bagi memastikan kanak-kanak mendapat perlindungan sewajarnya.

Pengisian program telah disampaikan oleh Tuan Haji Hishamudin bin Md Yusof, Pengerusi PPKK Daerah Tampin dan Puan Hajah Norlela binti Hasan, Jawatankuasa PPKK Daerah Tampin. Perkongsian yang disampaikan memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan kepentingan menjaga keselamatan diri, mengenali situasi berisiko serta mendapatkan bantuan sekiranya berhadapan dengan sebarang bentuk ancaman atau isu perlindungan.

Program ini telah melibatkan seramai 77 orang pelajar asrama serta ahli Jawatankuasa PPKK Daerah Tampin.

Secara keseluruhannya, pelaksanaan program ini diharapkan dapat memperkukuhkan kerjasama antara PPKK dan pihak sekolah serta meningkatkan keupayaan warga sekolah dalam mengenal pasti dan mengambil tindakan awal terhadap isu-isu berkaitan perlindungan kanak-kanak.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan amanah,

Unit Pembangunan Kanak-Kanak
PKMD Daerah Tampin

JKMN Negeri Sembilan
Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak Negeri Sembilan
Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan

🔥PKMD TAMPIN x PPDK GEMENCHEH🔥📌Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Perkhidmatan Awam Kerajaan Negeri Sembilan...
23/07/2026

🔥PKMD TAMPIN x PPDK GEMENCHEH🔥

📌Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Perkhidmatan Awam Kerajaan Negeri Sembilan 2026📌

Tarikh : 21 hingga 23 Julai 2026 (Isnin-Rabu)
Tempat : Hotel Arena Premier, Seremban.
Anjuran : Pejabat Setiausaha Negeri, Negeri Sembilan

✅Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) telah menjadi platform strategik dalam memupuk serta memperkukuh budaya inovasi dalam kalangan pegawai perkhidmatan awam. Platform ini membolehkan pelbagai projek inovasi diketengahkan bagi menangani cabaran dalam sektor perkhidmatan awam secara kreatif, sistematik dan berkesan.

✅Sebanyak 28 Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) pelbagai jabatan dan agensi kerajaan di Negeri Sembilan mengambil bahagian bagi merebut beberapa anugerah yang dipertandingkan.

✅JKM Negeri Sembilan telah menghantar 3 penyertaan yang terdiri daripada :
1.Rumah Kanak-Kanak Rembau
2.Rumah Perlindungan Rembau
3.Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Tampin



Sekian, terima kasih.

📍HEBAHAN PENCARIAN WARIS BAGI KANAK-KANAK▪️KANAK-KANAK: MUHAMMAD UWAIS ALQARNEY BIN ABDULLAH ▪️JANTINA: LELAKI▪️UMUR: 7 ...
21/07/2026

📍HEBAHAN PENCARIAN WARIS BAGI KANAK-KANAK

▪️KANAK-KANAK: MUHAMMAD UWAIS ALQARNEY BIN ABDULLAH
▪️JANTINA: LELAKI
▪️UMUR: 7 TAHUN 9 BULAN

▪️IBU KANDUNG: NELRIZA NUR ANIS BINTI ROSLAN
▪️ALAMAT TERAKHIR: LOT 9855 JALAN KAMPUNG DELEK KIRI, 41250 KLANG

📌Kes kanak-kanak telah dirujuk kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Tampin pada 6 Januari 2026 oleh ibu saudara kandung dan Orang Yang Layak dan Sesuai (OYLS) dan memaklumkan sedang menjaga seorang kanak-kanak lelaki. Menurut ibu saudara, beliau dan OYLS telah mengambil tanggungjawab menjaga kanak-kanak tersebut setelah ibu kandung terputus hubungan dan tidak lagi terlibat dalam urusan penjagaan serta kebajikan kanak-kanak.

📌 Kes kanak-kanak merupakan kes di bawah Seksyen 17 (1)(d) Akta Kanak-Kanak 2001.

📌Sehubungan itu, Jabatan ini mengalu-alukan mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkenaan ibu kandung atau waris kepada kanak-kanak untuk menghubungi Pelindung kes ini iaitu Cik Nur Shahirah binti Mohd Nor Azlan di Talian 06-4411646 atau hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Tampin bagi memberi maklumat yang dapat membantu Jabatan untuk mengesan ibu kandung/ waris kanak-kanak dan seterusnya membantu pihak Mahkamah untuk membuat keputusan terbaik bagi kanak-kanak.

Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak Negeri Sembilan

17/07/2026

🎙️ 𝐉𝐎𝐌 𝐁𝐈𝐒𝐈𝐊 𝐏𝐎𝐃𝐂𝐀𝐒𝐓 𝐉𝐊𝐌 | 𝐄𝐏𝐈𝐒𝐎𝐃 𝟐

𝐊𝐈𝐒𝐀𝐇 𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐋𝐈𝐊 𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐎𝐑𝐁𝐀𝐍𝐀𝐍

Di sebalik setiap khidmat yang diberikan, tersimpan pelbagai kisah pengorbanan, cabaran dan dedikasi dalam memastikan kebajikan masyarakat terus terpelihara.

Bersama tetamu istimewa:
🎤 YBhg. Datuk Che Murad Sayang bin Ramjan
*Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat

Dihoskan oleh:
🎙️ Nizal Mohammad

❤️ Jom Bisik: Setiap Suara Itu Penting dan Setiap Kisah Itu Berhak Didengar.

🗓️ 17 Julai 2026 (Jumaat)
🕙 10.00 pagi

🎥 Tonton secara eksklusif di Saluran Rasmi YouTube Jabatan Kebajikan Masyarakat:
🔗 https://youtu.be/3f7clYsCCMg

Hajah Nancy Haji Shukri
Lim Hui Ying 林慧英
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
PMO Malaysia









📍HEBAHAN PENCARIAN WARIS BAGI KANAK-KANAK (ADIK-BERADIK)📌▪️KANAK-KANAK: YAP YU XUAN▪️JANTINA: PEREMPUAN▪️UMUR: 15 TAHUN▪...
17/07/2026

📍HEBAHAN PENCARIAN WARIS BAGI KANAK-KANAK (ADIK-BERADIK)📌

▪️KANAK-KANAK: YAP YU XUAN
▪️JANTINA: PEREMPUAN
▪️UMUR: 15 TAHUN

▪️KANAK-KANAK: YAP YU KHAI
▪️JANTINA: LELAKI
▪️UMUR: 10 TAHUN 9 BULAN

▪️IBU KANDUNG: JANDANG SITTHIKHIAO
▪️WARGANEGARA: THAILAND

📌Kes kanak-kanak telah dirujuk kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Tampin pada 15 Januari 2026 oleh ibu saudara yang telah menjaga kedua-dua kanak-kanak sepenuhnya semenjak bapa kandung meninggal dunia pada 9 Oktober 2025.

📌Menurut ibu saudara, ibu kandung kanak-kanak telah menghilangkan diri dan gagal dikesan sehingga kini.

📌 Kes kanak-kanak merupakan kes di bawah Seksyen 17 (1)(d) Akta Kanak-Kanak 2001.

📌Sehubungan itu, Jabatan ini mengalu-alukan mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkenaan ibu kandung atau waris kepada kanak-kanak untuk menghubungi Pelindung kes ini iaitu Cik Nur Shahirah binti Mohd Nor Azlan di Talian 06-4411646 atau hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Tampin bagi memberi maklumat yang dapat membantu Jabatan untuk mengesan waris kanak-kanak dan seterusnya membantu pihak Mahkamah untuk membuat keputusan terbaik bagi kanak-kanak.

Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak Negeri Sembilan

🎀PROGRAM RESILIEN WANITA DALAM TINDAKAN, CEKAL DALAM PELINDUNGAN🎀TARIKH: 12 JULAI 2026 (AHAD)TEMPAT: HOTEL KLANA, SEREMB...
13/07/2026

🎀PROGRAM RESILIEN WANITA DALAM TINDAKAN, CEKAL DALAM PELINDUNGAN🎀

TARIKH: 12 JULAI 2026 (AHAD)
TEMPAT: HOTEL KLANA, SEREMBAN
ANJURAN: PEJABAT PEMBANGUNAN WANITA NEGERI SEMBILAN

Syabas diucapkan kepada Cik Shahirah, Pelindung Daerah Tampin dan Dato' Salina binti Joned, Pembantu Pelindung merangkap Ahli Skuad Waja Insaniah di atas keterlibatan di dalam program ini.

Pegawai Psikologi PKMD Tampin, En Nor Azlan turut dijemput sebagai penceramah bagi slot 1 program tersebut.

Syabas dan Tahniah diucapkan kepada dua orang kakitangan PKMD Tampin iaitu Puan Maznah binti Tamby dan Puan Nur Diana bi...
25/06/2026

Syabas dan Tahniah diucapkan kepada dua orang kakitangan PKMD Tampin iaitu Puan Maznah binti Tamby dan Puan Nur Diana binti Sapardin yang telah terpilih sebagai penerima ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) bagi Tahun 2025💫❤️

𝟑𝟐 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐉𝐊𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐌𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐂𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐀𝐍𝐆 𝟐𝟎𝟐𝟓

𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀, 𝟐𝟒 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔 – Seramai 32 pegawai dan kakitangan JKM terdiri dari warga kerja Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri, PKMD dan institusi di bawah JKM Negeri Sembilan diraikan dalam 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐀𝐧𝐮𝐠𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐡𝐢𝐝𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐂𝐞𝐦𝐞𝐫𝐥𝐚𝐧𝐠 (𝐀𝐏𝐂) 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐬𝐚𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐦𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐖𝐚𝐧𝐢𝐭𝐚, 𝐊𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐤𝐚𝐭 (𝐊𝐏𝐖𝐊𝐌) 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Mereka merupakan sebahagian daripada 642 jumlah keseluruhan penerima APC KPWKM yang menerima pengiktirafan atas kecemerlangan prestasi, dedikasi serta komitmen tinggi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sepanjang tahun 2025.

Penganugerahan APC ini menjadi simbol penghargaan terhadap usaha dan sumbangan warga kerja yang telah menunjukkan profesionalisme, integriti serta komitmen berterusan dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Majlis turut meraikan seramai 10 pesara dan bakal pesara JKM Negeri Sembilan sebagai penghargaan atas jasa, pengorbanan dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.

Penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Puan Lim Hui Ying. Turut hadir Ketua Setiausaha KPWKM, YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff; Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat, YBhg. Datuk Che Murad Sayang bin Ramjan; ketua-ketua jabatan dan agensi di bawah KPWKM serta pegawai-pegawai kanan kementerian.

Tahniah diucapkan, teruskan kecemerlangan dalam perkhidmatan. Semoga penganugerahan ini menjadi pemangkin motivasi untuk terus berkhidmat dengan lebih gemilang.

Setulus Ikhlas daripada Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan, Tuan Haji Muhammad Yusry bin Che Dah serta seluruh wargakerja JKM Negeri Sembilan.






🌟PROGRAM SUKAN RAKYAT PUSPANITA CAWANGAN DAERAH TAMPIN 🌟TARIKH: 19 JUN 2026TEMPAT: KOMPLEKS ARENA TAMPINANJURAN: PUSPANI...
20/06/2026

🌟PROGRAM SUKAN RAKYAT PUSPANITA CAWANGAN DAERAH TAMPIN 🌟

TARIKH: 19 JUN 2026
TEMPAT: KOMPLEKS ARENA TAMPIN
ANJURAN: PUSPANITA DAERAH TAMPIN

PENCAPAIAN: NO. 3 KESELURUHAN🔥

🌠SIMPOSIUM SIFAR PENDERAAN KANAK-KANAK DI TASKA🌠TARIKH: 13 JUN 2026TEMPAT: AUDITORIUM FPSK, UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAY...
20/06/2026

🌠SIMPOSIUM SIFAR PENDERAAN KANAK-KANAK DI TASKA🌠

TARIKH: 13 JUN 2026
TEMPAT: AUDITORIUM FPSK, UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM).

📪 Ketua Unit Pembangunan Kanak-Kanak Daerah Tampin, Cik Norsyahira binti Salim telah dijemput sebagai salah seorang penceramah bagi slot "Sifar Toleransi terhadap Kanak-Kanak": Pendekatan Penguatkuasaan terhadap Kesalahan Melibatkan Kanak-Kanak di Taska.

Address

Tampin
73000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6064411646

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PKMD Tampin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share