Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin

Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin Facebook Rasmi Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin, Hotline: 06-4431999 | Telefon: 06-4411222 | Faks: 06

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พSempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-69, YDH Supt. Tuan Amiruddien bin Sarim...
30/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-69, YDH Supt. Tuan Amiruddien bin Sariman, Ketua Polis Daerah Tampin bersama seluruh warga Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuhkan perpaduan serta menghargai keamanan dan keharmonian yang dikecapi oleh negara tercinta.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Selamat Hari Kebangsaan Ke-69! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA





27/08/2026

KUNJUNGAN HORMAT YDH KETUA POLIS DAERAH TAMPIN MENGADAP Y.T.M TUNKU BESAR TAMPIN

27 Ogos 2026 (Khamis) โ€“ YDH Supt. Tuan Amiruddien bin Sariman, Ketua Polis Daerah Tampin telah mengadakan Kunjungan Hormat mengadap Y.T.M Tunku Besar Tampin bertempat di Kediaman Rasmi Y.T.M Tunku Besar Tampin.

Kunjungan ini turut disertai oleh Pegawai-Pegawai Kanan IPD Tampin yang baharu iaitu ASP Raymond Lias Anthony Paru, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah; Insp. Waqiuddin bin Nordin, Ketua Bahagian Logistik dan Teknologi Daerah serta Insp. Nurul Afiqah Aqwa binti Haslan, Ketua Polis Balai Tampin.

Kunjungan ini bertujuan memperkenalkan barisan pegawai kanan yang baharu kepada Y.T.M Tunku Besar Tampin.



MESYUARAT AGUNG PERSATUAN PERUMAHAN POLIS IPD TAMPIN26 Ogos 2026 (Rabu) โ€“ Telah berlangsung Mesyuarat Agung Persatuan Pe...
26/08/2026

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN PERUMAHAN POLIS IPD TAMPIN

26 Ogos 2026 (Rabu) โ€“ Telah berlangsung Mesyuarat Agung Persatuan Perumahan Polis IPD Tampin bertempat di Dewan Perumahan Polis IPD Tampin.

Mesyuarat telah dihadiri oleh YDH Supt. Tuan Amiruddien bin Sariman, Ketua Polis Daerah Tampin; YDH DSP Tuan Mohd Rezal bin Arifin, Timbalan Ketua Polis Daerah Tampin; Ketua-Ketua Bahagian; Ketua-Ketua Polis Balai serta pegawai dan anggota yang mendiami perumahan Polis IPD Tampin.

Majlis turut menyaksikan ucapan perasmian oleh YDH Supt. Tuan Amiruddien bin Sariman, penyampaian cenderahati dan sijil kepada AJK Mesyuarat Agung Tahun 2025/2026 serta pembentangan dan pelulusan minit mesyuarat dan penyata kewangan.

Mesyuarat turut membincangkan perkara-perkara berbangkit serta pelantikan barisan jawatankuasa baharu.

Semoga Persatuan Perumahan Polis IPD Tampin terus diperkasa dalam menjaga kebajikan serta keharmonian warga perumahan Polis IPD Tampin.

POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA



SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1448H / 2026YDH Supt. Tuan Amiruddien bin Sariman, Ketua Polis Daerah Tampin mengucapka...
24/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1448H / 2026

YDH Supt. Tuan Amiruddien bin Sariman, Ketua Polis Daerah Tampin mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1448H / 2026 kepada seluruh umat Islam di Malaysia, khususnya Warga PDRM IPD Tampin.

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู

Marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, menghidupkan sunnah serta mencontohi akhlak mulia Baginda dalam kehidupan seharian.

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW terus subur dalam jiwa dan kita dikurniakan syafaat Baginda di akhirat kelak.




AL-FATIHAH: SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA ALLAHYARHAM KPL 128551 BURHAN BIN ABDUL RAHMANYDH SUPT. Tuan Amiruddien bin Sari...
24/08/2026

AL-FATIHAH: SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA ALLAHYARHAM KPL 128551 BURHAN BIN ABDUL RAHMAN

YDH SUPT. Tuan Amiruddien bin Sariman Ketua Polis Daerah Tampin dan DSP Tuan Mohd Rezal bin Arifin Timbalan Ketua Polis Daerah Tampin serta seluruh warga IPD Tampin menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga Allahyarham KPL Burhan bin Abdul Rahman yang meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban pada 24 Ogos 2026.

Allahyarham merupakan Pegawai Rendah Polis yang bertugas di Balai Polis Tampin IPD Tampin, Negeri Sembilan. Didoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah & Salam Takziah.

โ€Žูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‘ูฐู‡ู ุงู„ุฑู‘ูŽุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑู‘ูŽุญููŠู’ู…ู (ูก) ุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูฐู‡ู ุฑูŽุจู‘ู ุงู„ู’ุนูฐู„ูŽู…ููŠู’ู†ูŽ (ูข) ุงู„ุฑู‘ูŽุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑู‘ูŽุญููŠู’ู…ู (ูฃ) ู…ูฐู„ููƒู ูŠูŽูˆู’ู…ู ุงู„ุฏู‘ููŠู’ู†ู (ูค) ุฅููŠู‘ูŽุงูƒูŽ ู†ูŽุนู’ุจูุฏู ูˆูŽุฅููŠู‘ูŽุงูƒูŽ ู†ูŽุณู’ุชูŽุนููŠู’ู†ู (ูฅ) ุงู‡ู’ุฏูู†ูŽุง ุงู„ุตู‘ูุฑูŽุงุทูŽ ุงู„ู’ู…ูุณู’ุชูŽู‚ููŠู’ู…ูŽ (ูฆ) ุตูุฑูŽุงุทูŽ ุงู„ู‘ูŽุฐููŠู’ู†ูŽ ุฃูŽู†ู’ุนูŽู…ู’ุชูŽ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ูู…ู’ ุบูŽูŠู’ุฑู ุงู„ู’ู…ูŽุบู’ุถููˆู’ุจู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ูู…ู’ ูˆูŽู„ูŽุง ุงู„ุถู‘ูŽุงู“ู„ู‘ููŠู’ู†ูŽ (ูง)

PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT โ€“ MENDAKI GUNUNG TAMPIN PERINGKAT IPD TAMPIN21 Ogos 2026 (Jumaat) โ€“ Telah berlangsung Program G...
21/08/2026

PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT โ€“ MENDAKI GUNUNG TAMPIN PERINGKAT IPD TAMPIN

21 Ogos 2026 (Jumaat) โ€“ Telah berlangsung Program Gaya Hidup Sihat โ€“ Mendaki Gunung Tampin Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin yang bertempat di Gunung Tampin.

Program ini melibatkan penyertaan Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis serta Pegawai Awam IPD Tampin.

Program ini merupakan salah satu inisiatif IPD Tampin dalam menggalakkan warga kerja mengamalkan gaya hidup sihat, di samping mengeratkan hubungan silaturahim sesama warga IPD Tampin melalui aktiviti riadah.

Aktiviti ini turut memberi ruang kepada warga IPD Tampin untuk mengurangkan tekanan kerja serta memastikan tahap kecergasan fizikal sentiasa berada pada tahap yang baik bagi membantu melaksanakan tugas dengan lebih cergas, sihat dan berkesan.



LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN KECERDASAN BUATAN (AI) PERINGKAT IPD TAMPIN20 Ogos 2026 โ€“ Telah berlangsung Latihan Dalam Per...
20/08/2026

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN KECERDASAN BUATAN (AI) PERINGKAT IPD TAMPIN

20 Ogos 2026 โ€“ Telah berlangsung Latihan Dalam Perkhidmatan Kecerdasan Buatan (AI) Peringkat IPD Tampin bertempat di Dewan Perumahan IPD Tampin.

Latihan ini melibatkan kehadiran Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis serta Pegawai Awam IPD Tampin bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) sebagai medium sokongan dalam pelaksanaan tugas harian.

Latihan telah disampaikan oleh Pn. Wan Aishah binti Yusoff, Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi, Kolej Komuniti Tampin.

Program ini diharapkan dapat meningkatkan kecekapan, produktiviti serta penggunaan teknologi secara lebih beretika dan berkesan dalam kalangan warga IPD Tampin.





LAWATAN DAN PEMERIKSAAN PTKPN A117 DI BALAI POLIS GEMENCHEHGemencheh, 19 Ogos 2026 โ€“ YDH ASP Tuan Mohd Hairudin bin Embo...
19/08/2026

LAWATAN DAN PEMERIKSAAN PTKPN A117 DI BALAI POLIS GEMENCHEH

Gemencheh, 19 Ogos 2026 โ€“ YDH ASP Tuan Mohd Hairudin bin Embong, Ketua Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin telah mengetuai Lawatan dan Pemeriksaan Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) A117 di Balai Polis Gemencheh.

Pemeriksaan dimulakan dengan pemeriksaan kawad di perkarangan balai, diikuti pemeriksaan fail dan dokumen pentadbiran, aset serta kenderaan jabatan. Turut diberi perhatian ialah aspek kebersihan, kekemasan dan keadaan keseluruhan persekitaran balai.

Pemeriksaan ini bertujuan memastikan pengurusan, pentadbiran dan pelaksanaan tugas di peringkat balai dilaksanakan mengikut prosedur serta ketetapan yang telah ditetapkan oleh pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Selain itu, pemeriksaan turut memberi penekanan terhadap pematuhan tatacara pemfailan dan dokumentasi, pengurusan aset dan peralatan, tahap kesiapsiagaan anggota serta memastikan kemudahan yang dibekalkan sentiasa berada dalam keadaan baik, lengkap dan berfungsi.

Dalam lawatan tersebut, YDH ASP Tuan Mohd Hairudin bin Embong turut menyampaikan amanat dan pandangan kepada warga kerja Balai Polis Gemencheh sebagai panduan ke arah penambahbaikan berterusan, khususnya dalam aspek pengurusan, pematuhan prosedur, disiplin serta kualiti penyampaian perkhidmatan.

Lawatan dan pemeriksaan ini diharapkan dapat memperkukuh budaya kerja berintegriti, meningkatkan tahap pematuhan serta memastikan setiap warga PDRM sentiasa melaksanakan tugas dengan penuh amanah, berdisiplin dan profesional demi memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.





Address

Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin
Tampin
73000

Telephone

+6064411222

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin:

Shortcuts

Share