SPRM Johor

SPRM Johor Facebook Rasmi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor

2019/FB/JOH/14
Penafian: SPRM tidak akan bertanggungjawab terhadap segala perkongsian atau komen/pendapat oleh mana-mana pihak tanpa kebenaran. Segala risiko perbuatan tersebut menjadi tanggungjawab pemilik akaun atau mana-mana pihak itu sendiri.

🌙 Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026 🕋🌙Pihak pengurusan dan seluruh warga kerja SPRM Negeri Johor mengucapkan Sela...
26/05/2026

🌙 Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026 🕋🌙

Pihak pengurusan dan seluruh warga kerja SPRM Negeri Johor mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam.

Setiap pengorbanan, tersembunyi hikmah Dan kasih-Nya. Semoga hati kita semakan lembut untuk terus memberi, reda menerina, Dan ikhlas memaafkan.

Mari kita hayati erti sebenar Aidiladha dengan penuh kesyukuran dan integriti.

BERANI DAN RADIKAL PERANGI RASUAH

Ikhlas daripada,
Yang Berbahagia Dato' Hairuzam bin Mohmad Amin @ Hamid,
Pengarah SPRM Negeri Johor.

GELOMBANG ANTIRASUAH GEGAR SEGAMAT,  PENJAWAT AWAM DAERAH PERKASA INTEGRITI MELALUI IBRSEGAMAT, 21 Mei – Seramai 700 pen...
21/05/2026

GELOMBANG ANTIRASUAH GEGAR SEGAMAT, PENJAWAT AWAM DAERAH PERKASA INTEGRITI MELALUI IBR

SEGAMAT, 21 Mei – Seramai 700 penjawat awam daripada pelbagai agensi kerajaan Daerah Segamat membanjiri Dewan Serbaguna Segamat bagi menjayakan Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Penjawat Awam Daerah Segamat sebagai tanda solidariti dan ketegasan memerangi rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa.

Program dimulakan dengan taklimat pencegahan rasuah oleh PPs Mohd Haffez bin Husaini Dari Caw. Pendidikan Masyarakat SPRM Johor yang menerangkan berkenaan kesalahan-kesalahan utama dI bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009(ASPRM 2009) sebelum diteruskan dengan tayangan montaj khas IBR yang menyuntik semangat integriti dan akauntabiliti dalam kalangan penjawat awam.

Majlis kemudian diteruskan dengan lafaz IBR yang dipimpin oleh Tuan Haji Mohd Faiz Azman @ Kosot, Penolong Pentadbir Tanah dan Daerah Kecil Labis sebagai simbol aku janji seluruh warga perkhidmatan awam Daerah Segamat untuk kekal memyampaikan amanah, telus dan bebas rasuah semasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai penjawat awam.

Kemuncak acara menyaksikan sesi menandatangani Ikrar Bebas Rasuah oleh Tuan Haji Mohd Ezzuddin bin Sanusi, Pegawai Daerah Segamat dan
disaksikan oleh PKPj Sheikh Hamadi bin Sheikh Abdul Hamid, Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Johor sekali gus memperteguh iltizam kepimpinan daerah dalam memastikan Segamat terus berdiri sebagai daerah berintegriti dan bebas daripada budaya rasuah. Penganjuran program ini diharap mampu menjadi satu manifestasi komitmen integriti secara berterusan dalam memperkukuh budaya kerja beretika tinggi. Turut hadir program ini PsK Afidi Mahyudin bin Hj Julaihi Khan, PsK Salmiha binti Saidin, KPKPs Junaina binti Abdul Aziz dan PPs Mohammad Hasher bin Eddani.

PPD Kluang Perkukuh Integriti Perolehan Bersama SPRMKLUANG, 13 Mei – Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kluang dengan kerja...
13/05/2026

PPD Kluang Perkukuh Integriti Perolehan Bersama SPRM

KLUANG, 13 Mei – Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kluang dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor telah menganjurkan Program Pengukuhan Integriti Perolehan: “PPD Kluang Tolak Rasuah Bersama SPRM” bagi memperkukuh budaya tadbir urus berintegriti dalam pengurusan sekolah.

Program yang dihadiri kira-kira 400 pengetua, guru besar dan warga pendidik daerah Kluang itu menampilkan sesi forum yang dikendalikan oleh Muhd Arif bin Misman bersama panel PPj Koo Lik Chi, KPKPj Siti Zakiah binti Che Man dan PPj Mohd Ridzuan bin Bahrin. Forum tersebut memberi fokus terhadap isu integriti, penyelewengan, salah guna kuasa serta kepentingan tatakelola beretika dalam pengurusan perolehan.

Program turut diserikan dengan lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang dipimpin oleh Encik Abdul Halim bin Abu Yaziz, diikuti sesi menandatangani IBR oleh Tuan Haji Ayub bin Ibrahim, Pegawai Pendidikan Daerah Kluang, disaksikan oleh PKPj Sheikh Hamadi bin Sheikh Abdul Hamid, Timbalan Pengarah Pencegahan Rasuah SPRM Johor.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan PPD Kluang dan SPRM Johor dalam memperkukuh integriti serta membudayakan tadbir urus yang telus dan bebas rasuah.

AHLI LEMBAGA PENGARAH PPNJ PERKUKUH INTEGRITI DENGAN MELAKSANAKAN MPGIA
11/05/2026

AHLI LEMBAGA PENGARAH PPNJ PERKUKUH INTEGRITI
DENGAN MELAKSANAKAN MPGIA

JOHOR BAHRU, 29 April 2026 – Program “Memperkasa Penguatkuasaan Kesihatan & Integriti: Sinergi KKM dan Antirasuah” telah...
29/04/2026

JOHOR BAHRU, 29 April 2026 – Program “Memperkasa Penguatkuasaan Kesihatan & Integriti: Sinergi KKM dan Antirasuah” telah berjaya dilaksanakan selama dua (2) hari pada 28 hingga 29 April 2026 bertempat di BMU SPRM Johor. Program ini dianjurkan sebagai platform memperkukuh kerjasama strategik antara agensi penguatkuasaan kesihatan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam memantapkan amalan integriti, meningkatkan kesedaran berkaitan pencegahan rasuah serta memperkasakan budaya kerja beretika dalam kalangan penjawat awam.

Pada hari pertama, program dimulakan dengan sesi ceramah antirasuah yang telah disampaikan oleh PPj Mohd Ridzuan bin Bahrin, Ketua Cawangan Pendidikan Masyarakat SPRM Johor bersama Pn Salmiha bte Saidin. Sesi ceramah tersebut memberi penekanan kepada kepentingan integriti dalam pelaksanaan tugas penguatkuasaan, risiko serta implikasi rasuah, dan tanggungjawab penjawat awam dalam memastikan tadbir urus yang telus dan berakauntabiliti. Program kemudiannya diteruskan dengan aktiviti latihan dalam kumpulan (LDK) yang memberi peluang kepada peserta untuk berbincang, berkongsi pengalaman serta mengaplikasikan pengetahuan berkaitan integriti dan pencegahan rasuah dalam situasi sebenar tugasan harian.

Pada hari kedua, majlis dimulakan dengan pelaksanaan Program Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Johor, PKPj Sheikh Hamadi bin Sheikh Abdul Hamid. Bacaan ikrar tersebut telah disempurnakan oleh En Maswan bin Johan, Pegawai Kesihatan Persekitaran, sebagai simbol komitmen bersama dalam menolak rasuah dan memperkukuh budaya integriti dalam organisasi. Secara keseluruhannya, program ini diharapkan dapat memperkukuhkan lagi sinergi antara agensi, meningkatkan tahap kesedaran integriti serta menyokong usaha berterusan kerajaan dalam membanteras rasuah dan memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang berkualiti.

YOUTH INTERGRITY LEADERSHIP CAMP - AMAR JOHOR 2026BATU PAHAT, 27 APR – Majlis Perasmian Penutup Program Youth Integrity ...
27/04/2026

YOUTH INTERGRITY LEADERSHIP CAMP - AMAR JOHOR 2026

BATU PAHAT, 27 APR – Majlis Perasmian Penutup Program Youth Integrity Leadership Camp 2026 (YILC 2026) telah berlangsung dengan jayanya di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia setelah program ini dilaksanakan selama tiga hari bermula 25 hingga 27 April 2026 yang disertai oleh AMAR 11 Institut Pendidikan Tinggi Dan Institusi Latihan Kemahiran Negeri Johor bertempat di Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Selatan (PULAPAS), Kluang. Program ini merupakan hasil kerjasama strategik antara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Johor, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam usaha memperkukuh nilai integriti serta kepimpinan dalam kalangan mahasiswa.

Sepanjang tempoh pelaksanaan program, pelbagai pengisian berteraskan integriti dan pembangunan sahsiah telah dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran peserta terhadap kepentingan nilai amanah, disiplin dan tanggungjawab dalam kehidupan seharian. Program ini turut memberi penekanan kepada pembentukan jati diri serta semangat kepimpinan yang beretika dalam kalangan peserta sebagai persediaan menghadapi cabaran masa hadapan.

Antara aktiviti utama yang dilaksanakan sepanjang kursus ialah sesi perkongsian ilmu oleh Encik Lim San Shien yang menekankan kepentingan komunikasi berkesan, nilai integriti dan perpaduan dalam kepimpinan belia. Selain itu, peserta turut mengikuti latihan luar Aktiviti Keyakinan Diri – “Confine Space” yang dikendalikan oleh jurulatih PULAPAS bagi membina keberanian, daya tahan mental dan keyakinan diri, serta aktiviti “Morning Vibe Check” yang dikendalikan oleh fasilitator YILC 2026 bagi memupuk semangat berpasukan dan motivasi dalam kalangan peserta. Majlis Perasmian Penutup YILC 2026 telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' TPj Hairuzam bin Mohmad Amin @ Hamim, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Johor. Dalam ucapan beliau, penekanan telah diberikan kepada kepentingan membudayakan integriti dan menolak rasuah dalam setiap aspek kehidupan, khususnya di kalangan mahasiswa sebagai pelapis kepimpinan negara.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan lafaz Aku Janji Integriti AMAR oleh semua peserta YILC 2026 yang dipimpin oleh wakil mahasiswa, Mohammad Aqmal Irfan bin Syamsulnizam selaku Presiden AMAR UTHM. Lafaz ikrar tersebut mencerminkan komitmen dan kesediaan peserta untuk terus mengamalkan nilai integriti serta menjadi ejen perubahan dalam masyarakat.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah YBhg. Dato' Sri Ibrahim Ahmad, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti UTHM, YBrs. Prof. Ts. Dr. Abdul Rasid Abdul Razzaq selaku wakil rasmi Naib Canselor UTHM, YBrs. PKPj Sheikh Hamadi Sheikh Abdul Hamid, Timbalan Pengarah (Pencegahan) serta YBrs. Encik Muhaymin Hakim Abdullah selaku Pengarah Program Kem AMAR 2026. Secara keseluruhannya, program Kem AMAR YILC 2026 telah berjaya mencapai objektif penganjuran dengan melahirkan mahasiswa yang berintegriti, berdaya tahan dan berpotensi menjadi pemimpin masa hadapan negara.

23/04/2026
IBR MBJB
23/04/2026

IBR MBJB

SPRM Johor terima kunjungan Jabatan Kastam Negeri Johor
21/04/2026

SPRM Johor terima kunjungan Jabatan Kastam Negeri Johor

Address

Kompleks Pejabat SPRM Johor, Jalan Persiaran Tanjung
Tampoi
81200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SPRM Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to SPRM Johor:

Share