Pasukan Polis Marin Wilayah Dua

Pasukan Polis Marin Wilayah Dua LAMAN FACEBOOK RASMI PASUKAN POLIS MARIN WILAYAH DUA JOHOR

SALAM MAULIDUR RASUL ﷺ | 12 RABIULAWAL 1448HPasukan Polis Marin Wilayah Dua mengucapkan Salam Maulidur Rasul ﷺ kepada se...
24/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL ﷺ | 12 RABIULAWAL 1448H

Pasukan Polis Marin Wilayah Dua mengucapkan Salam Maulidur Rasul ﷺ kepada seluruh umat Islam.

Semoga kita terus meneladani akhlak dan sunnah junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Ikhlas daripada
ACP HAJI NOOR AZMAN BIN HAJI JAMAL
Komander PPM Wilayah Dua dan PUAN ROZANA BINTI MOHD NASIR
Pengerusi PERKEP PPM Wilayah Dua
Serta seluruh warga PPM Wilayah Dua.

PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU-LAGU PATRIOTIK PASUKAN POLIS MARIN WILAYAH DUA.  Bahru, Johor – 22 Ogos 2026 – Bertempat di T...
22/08/2026

PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU-LAGU PATRIOTIK PASUKAN POLIS MARIN WILAYAH DUA.

Bahru, Johor – 22 Ogos 2026 – Bertempat di Trove Hotel, semangat cintakan tanah air terus disemarakkan menerusi Pertandingan Nyanyian Lagu-Lagu Patriotik anjuran Pasukan Polis Marin Wilayah Dua (PPM W2) yang melibatkan penyertaan 9 peserta wakil daripada Bahagian Kepolisan Am, Bahagian Risik Operasi, Bahagian Kejuruteraan, PULAMAR, Markas Operasi Muar, Markas Taktikal Melaka/Linggi, Markas Taktikal Kukup, Markas Taktikal Pengerang serta Markas Taktikal Mersing.

Program ini bukan sekadar menjadi medan untuk mencungkil bakat dalam bidang seni dan muzik, malah turut menjadi platform bagi menyemarakkan semangat patriotisme, perpaduan dan semangat kekitaan dalam kalangan warga PPM W2.
Persembahan lagu-lagu patriotik yang disampaikan dengan penuh penghayatan telah menceriakan suasana serta membangkitkan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia. Setiap peserta turut menunjukkan komitmen, keyakinan dan semangat juang yang tinggi dalam memberikan persembahan terbaik.

Keputusan pertandingan menyaksikan Kpl 196579 Muhammad Khuzairi Bin Pauzi dari Markas Taktikal Melaka/Linggi muncul sebagai Johan, manakala Sjn 144562 Jamaludin Bin Abdul Hadi dari Markas Taktikal Mersing berjaya menduduki tempat kedua. Tempat ketiga p**a dimenangi oleh L.Kpl 208151 Sazri Bin Mohd Salleh dari Bahagian Kejuruteraan.Manakala persembahan terbaik dimenangi oleh Konst 242045 Ivy Lawres Binti Rosalan daripàda Bahagian Kepolisan Am.Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang serta kesemua peserta yang telah memberikan persembahan terbaik.Semangat persaingan secara sihat, keberanian mencuba serta kecintaan terhadap lagu-lagu patriotik wajar dijadikan contoh dalam usaha memperkukuhkan semangat kekitaan dan patriotisme warga PPM W2.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran YDH ACP Hj Noor Azman Bin Hj Jamal, Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Dua, bersama isteri, YBhg Puan Hjh Rozana Binti Mohd Nasir, Pengerusi PERKEP Marin Wilayah Dua.Turut hadir YDH Supt Hazri Bin Zakaria, Timbalan Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Dua, bersama isteri, YBhg Puan Norma Binti Abdullah,Timbalan Pengerusi PERKEP Marin Wilayah Dua, Komandan PULAMAR, Ketua-Ketua Bahagian, Pegawai Kanan, pegawai dan anggota serta kakitangan awam PPM W2.Ucapan penghargaan juga diucapkan kepada barisan juri-juri yang telah memberikan komitmen yang professional dalam memberikan keputusan yang terbaik.

“Gema Samudera, Inspirasi Patriotik” bukan sekadar tema, tetapi menjadi simbol semangat warga PPM W2 yang sentiasa berjiwa patriotik, bersatu hati dan setia kepada negara.





18/08/2026
KUNJUNGAN HORMAT KETUA UNIT PERLINDUNGAN SUMBER, JABATAN PERIKANAN NEGERI JOHOR KE PPM W2 JOHOR13 Ogos 2026 – PPM W2 Joh...
13/08/2026

KUNJUNGAN HORMAT KETUA UNIT PERLINDUNGAN SUMBER, JABATAN PERIKANAN NEGERI JOHOR KE PPM W2 JOHOR

13 Ogos 2026 – PPM W2 Johor telah menerima kunjungan hormat daripada Tuan Haji Yusni bin Haji Mohd Yusoh, Ketua Unit Perlindungan Sumber, Jabatan Perikanan Negeri Johor yang diiringi oleh Puan Fatimah binti Razak, Ketua Pangkalan Perlindungan Sumber Tanjung Sedili, pada pagi ini.

Kunjungan hormat tersebut telah diadakan bagi menzahirkan penghargaan dan mengeratkan hubungan silaturahim bersama ACP Haji Noor Azman bin Haji Jamal, Komander PPM W2 Johor, sebelum Tuan Haji Yusni menamatkan perkhidmatan dan bersara pada hujung minggu ini.

Turut hadir dalam kunjungan tersebut ialah Supt. Hazri bin Zakaria, Timbalan Komander PPM W2 Joho, DSP Sarebjit Singh a/l Balwan Singh, Komandan Pusat Latihan Marin,dan DSP Ramley bin Ahmed Tabon, Ketua Bahagian Operasi/Risik PPM W2 Johor.

PPM W2 Johor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Haji Yusni atas segala jasa, komitmen dan kerjasama yang telah diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan, khususnya dalam memperkukuh kerjasama antara PPM W2 Johor dan Jabatan Perikanan Negeri Johor.

Selamat bersara dan selamat menempuh fasa kehidupan baharu. Semoga Tuan Haji Yusni sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta terus dilimpahi keberkatan dan kebahagiaan bersama keluarga.

“INTEGRITI DAN EFISIEN KE ARAH KECEMERLANGAN”





PROGRAM TRIM & FIT PERINGKAT PASUKAN POLIS MARIN WILAYAH DUA. , 06 Ogos 2026 — Program Trim & Fit peringkat Pasukan Poli...
06/08/2026

PROGRAM TRIM & FIT PERINGKAT PASUKAN POLIS MARIN WILAYAH DUA.

, 06 Ogos 2026 — Program Trim & Fit peringkat Pasukan Polis Marin Wilayah Dua ( PPM W2 ) telah diadakan di Dataran Kawad PPM W2. Program Kali ini warga PPM W2 telah menjalankan senaman aerobik yang menekankan aspek kardio dan pergerakan fizikal.Turut hadir menjayakan program terdiri daripada Ketua-Ketua Bahagian,Pegawai kanan dan juga Warga PPM W2.

Program ini bertujuan untuk mewujudkan warga kerja Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sihat, cergas dan berdaya tahan, demi memastikan penugasan serta penyampaian perkhidmatan kepolisan kepada masyarakat dapat dilaksanakan secara efisien.

Melalui program seperti ini, setiap warga PDRM digalakkan untuk mengekalkan tahap kesihatan, kecergasan dan ketangkasan yang tinggi agar dapat melaksanakan tugas harian dengan lebih cekap, berkesan dan profesional.

Program ini turut diserikan dengan kehadiran YDH ACP Hj Noor Azman Bin Hj Jamal Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Dua,YDH SUPT Hazri Bin Zakaria Timbalan Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Dua, Ketua -Ketua Bahagian Dan warga PPM Wilayah Dua.


KDNKAPDRM

Madani

PROGRAM AMALAN GAYA HIDUP SIHAT (SUKAN BOLA SEPAK) PASUKAN POLIS MARIN WILAYAH DUATampoi, 05 Ogos 2026 – Dalam usaha mem...
05/08/2026

PROGRAM AMALAN GAYA HIDUP SIHAT (SUKAN BOLA SEPAK) PASUKAN POLIS MARIN WILAYAH DUA

Tampoi, 05 Ogos 2026 – Dalam usaha membudayakan gaya hidup sihat serta memperkukuhkan semangat kesukanan dan kerjasama antara agensi, Pasukan Polis Marin Wilayah Dua (PPM W2) telah menganjurkan Program Amalan Gaya Hidup Sihat menerusi perlawanan persahabatan bola sepak menentang pasukan APPM yang berlangsung di Padang PPM W2 pada jam 5.00 petang.

Perlawanan yang berlangsung dengan penuh semangat kesukanan, disiplin dan persefahaman itu menyaksikan kedua-dua pasukan mempamerkan aksi yang bertenaga sebelum berakhir dengan keputusan PPM W2 tewas 4-1.

Program yang diadakan secara berkala sebanyak dua kali seminggu ini telah disertai oleh pegawai dan anggota PPM W2 serta diketuai oleh YDH DSP Ahmad Sobri bin Sudin, Ketua Bahagian Kepolisan Am.

Penganjuran program ini merupakan salah satu inisiatif PPM W2 dalam memastikan setiap warga pasukan sentiasa mengekalkan tahap kecergasan fizikal, kesihatan mental dan daya tahan yang optimum bagi menghadapi cabaran tugas kepolisan. Selain menjadi medium riadah yang sihat, aktiviti ini turut mengukuhkan semangat berpasukan, mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkasakan jalinan kerjasama strategik antara PDRM dengan agensi kerajaan yang lain.

PPM W2 komited untuk terus memperkasakan budaya hidup sihat dalam kalangan warga pasukan sejajar dengan aspirasi melahirkan anggota yang cergas, berintegriti, profesional dan sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan terbaik demi keselamatan masyarakat serta kesejahteraan negara.

"Badan Cergas, Minda Cerdas, Perkhidmatan Berkualiti."




Selamat Menyambut Hari PERKEP ke - 58
04/08/2026

Selamat Menyambut Hari PERKEP ke - 58

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN PASUKAN POLIS MARIN WILAYAH DUA BAGI BULAN JULAI 2026. TAMPOI, 30 Julai 2026 – Pasukan Polis ...
31/07/2026

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN PASUKAN POLIS MARIN WILAYAH DUA BAGI BULAN JULAI 2026.

TAMPOI, 30 Julai 2026 – Pasukan Polis Marin Wilayah Dua telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan Julai 2026 yang disempurnakan oleh YDH Supt Hazri Bin Zakaria Timbalan Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Dua di Dataran Kawad Pasukan Polis Marin Wilayah Dua, Tampoi.

Majlis yang dihadiri oleh Ketua-Ketua Bahagian, pegawai kanan polis, anggota pangkat rendah, pegawai awam serta warga PULAMAR ini dimulakan dengan nyanyian Lagu Bangsa Johor, Negaraku dan Sang Saka Biru, diikuti bacaan doa serta lafaz ikrar yang diketuai oleh Asp Anuar Bin Che Ismail,Pegawai Pemerintah Markas Taktikal Pengerang.

Dalam amanatnya, YDH Timbalan Komander menekankan aspek disiplin, integriti, profesionalisme serta komitmen seluruh warga Pasukan Polis Marin dalam melaksanakan tugas demi memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara. Beliau turut menyeru agar setiap warga PPM terus memperkukuhkan semangat kerja berpasukan dan meningkatkan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian sijil anugerah perkhidmatan cemerlang tahun 2025 Dan juga sijil penghargaan kepada Pegawai dan anggota yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sebagai tanda penghargaan atas dedikasi dan komitmen dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Semoga seluruh warga Pasukan Polis Marin Wilayah Dua terus komited dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik berlandaskan nilai Integriti Amalan Kita demi keamanan dan kesejahteraan negara.


Dan Integriti asas kecemerlangan.

Address

Markas Pasukan Polis Marin
Tampoi
81200

Telephone

072372222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pasukan Polis Marin Wilayah Dua posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category