Pemuda Pas Dun Kemahang

Pemuda Pas Dun Kemahang Pemuda PAS Dun Kemahang:
https://www.facebook.com/pemudapasn28

⚽🔥 MALAM INI! JANGAN LEPASKAN PELUANG 🔥⚽Ayuh warga DUN Kemahang dan sekitar Tanah Merah, sama-sama kita meriahkan Tayang...
19/07/2026

⚽🔥 MALAM INI! JANGAN LEPASKAN PELUANG 🔥⚽

Ayuh warga DUN Kemahang dan sekitar Tanah Merah, sama-sama kita meriahkan Tayangan Big Screen Final Piala Dunia 2026!

🏆 Argentina 🇦🇷 vs Sepanyol 🇪🇸

📍 Kedai Beri Kaktie, CBG4 Bukit Mas
🕛 Bermula 12.00 tengah malam hingga 3.00 pagi

Apa yang menarik?
🎁 Cabutan Bertuah
👕 Hadiah Jersi
⚽ Tekaan Jaringan Gol
📺 Skrin Besar dengan suasana yang pasti meriah!

Mari bawa keluarga, sahabat dan rakan-rakan. Sama-sama kita rasai debaran perlawanan terbesar dunia dalam suasana penuh semangat dan ukhuwah.

Jumpa malam ini!
Jangan lupa ajak seramai mungkin.

“Lucu bila ada yang bercakap soal ‘prinsip politik Islam’, tapi bila jamaah mahu mengkaji semula hubungan politik demi m...
22/05/2026

“Lucu bila ada yang bercakap soal ‘prinsip politik Islam’, tapi bila jamaah mahu mengkaji semula hubungan politik demi maslahat perjuangan, terus dianggap salah dan dicemuh. Dulu ijtihad yang sama dipertahankan habis-habisan, hari ini bila suasana berubah, nada pun berubah. Jangan sampai prinsip hanya disebut ketika sesuai dengan kehendak sendiri.”

Saya terbaca berita yang menyebut Kelantan mencatatkan “100% kenaikan kes bunuh” bagi empat bulan pertama tahun ini.Terk...
21/05/2026

Saya terbaca berita yang menyebut Kelantan mencatatkan “100% kenaikan kes bunuh” bagi empat bulan pertama tahun ini.

Terkejut beb

Saya ingatkan kes sudah melonjak sampai ratusan. Rupanya angka yang dimaksudkan ialah daripada 1 kes kepada 5 kes setakat April 2026.

Secara matematik, itu bukan naik 100% itu naik 400%.

Inilah pentingnya konteks bila bercakap tentang statistik. Bila angka asal terlalu kecil, sedikit peningkatan pun boleh nampak sangat besar bila dipersembahkan dalam bentuk peratus.

Bukan bermaksud kita ambil ringan isu jenayah. Satu kes pembunuhan pun sudah cukup menyedihkan. Dalam Islam, membunuh ialah jenayah besar dan al-Quran sendiri menyebut tentang qisas sebagai pengajaran serta pencegahan kepada masyarakat.

Tetapi janganlah bermain dengan persepsi melalui tajuk yang sensasi.

Rakyat berhak dapat penjelasan yang jujur dan seimbang, bukan sekadar angka besar untuk menimbulkan panik.

Dalam masa sama, kerajaan Persekutuan juga perlu menjawab kebimbangan rakyat tentang pendekatan yang semakin melonggarkan hukuman berat termasuk penghapusan hukuman gantung mandatori. Sekurang-kurangnya ia memberi persepsi bahawa elemen pencegahan semakin dilemahkan.

Apa yang penting:
✔ PDRM terus diperkasa membanteras jenayah
✔ Kerajaan menjaga kesejahteraan rakyat
✔ Masyarakat diperkukuh dengan nilai agama dan moral

Jangan baca tajuk sahaja. Baca sampai habis, faham konteks, baru kita berlaku adil pada fakta.

Alhamdulillah, selesai Program Jupo Mata Dewan Pemuda PAS Kawasan Tanah Merah bersama AJK Pemuda PAS DUN Kemahang dalam ...
12/05/2026

Alhamdulillah, selesai Program Jupo Mata Dewan Pemuda PAS Kawasan Tanah Merah bersama AJK Pemuda PAS DUN Kemahang dalam suasana penuh ukhuwwah dan semangat perjuangan.

Turut hadir memeriahkan program ialah Setiausaha Pemuda PAS Kawasan serta Naib Ketua Pemuda PAS Kawasan bagi memperkukuhkan lagi gerak kerja dan kesatuan saf anak muda.

Dalam program ini juga telah berlangsung penyerahan sumbangan wang tunai daripada Dewan Pemuda PAS Kawasan Tanah Merah kepada Pemuda PAS DUN Kemahang sebagai tanda sokongan dan kebersamaan dalam memperkasakan gerak kerja jamaah di peringkat DUN.

Semoga pertemuan ini menjadi medan mempererat hubungan, menyusun strategi serta membina kekuatan Pemuda PAS demi meneruskan perjuangan Islam dan kebajikan masyarakat.

“Bersatu dalam fikrah, bergerak dalam jamaah, istiqamah dalam perjuangan.” 💚

Address

Pekan Batang Merbau
Tanah Merah
17500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuda Pas Dun Kemahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share