Batalion Pertama Rejimen Sempadan

Directions

Batalion Pertama Rejimen Sempadan Batalion Pertama Rejimen Sempadan

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐊𝐎𝐑 𝐑𝐄𝐉𝐈𝐌𝐄𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄-𝟏𝟖Pegawai Memerintah Batalion Pertama Rejimen Sempadan serta ...
11/01/2026

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐊𝐎𝐑 𝐑𝐄𝐉𝐈𝐌𝐄𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄-𝟏𝟖

Pegawai Memerintah Batalion Pertama Rejimen Sempadan serta seluruh warga Cekal Berbisa mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Kor Rejimen Sempadan (RS) Ke-18 kepada seluruh warga Rejimen Sempadan.

Semoga terus kekal sebagai benteng kedaulatan negara, berpegang teguh kepada disiplin ketenteraan, keberanian yang tidak berbelah bahagi serta semangat setiakawan yang utuh dalam mempertahankan tanah air tercinta.

-𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀 𝐖𝐀𝐒𝐏𝐀𝐃𝐀-








𝐔𝐏𝐀𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐒𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐆𝐀𝐍𝐆 𝐀𝐊𝐀𝐔𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐘𝐃𝐏 𝐖𝐈𝐒𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐖𝐈𝐑𝐀TANAH MERAH: Upacara Serah Terima Tugas Pemeg...
08/01/2026

𝐔𝐏𝐀𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐒𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐆𝐀𝐍𝐆 𝐀𝐊𝐀𝐔𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐘𝐃𝐏 𝐖𝐈𝐒𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐖𝐈𝐑𝐀

TANAH MERAH: Upacara Serah Terima Tugas Pemegang Akuan Perkhidmatan dan Yang Dipertua (YDP) Wisma Perwira telah dilaksanakan pada 7 Januari 2026 bertempat di Perkarangan Pejabat Markas Batalion, Kem Batu Sebelas. Upacara ini telah melibatkan seramai 16 pegawai serta 9 Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP).

Upacara dimulakan dengan menandatangani Nota Serah Terima Tugas pemegang Akaun Perhidmatan. Upacara ini telah disaksikan oleh Pegawai Memerintah Batalion Pertama Rejimen Sempadan (1 RS), Lt Kol Shaiful Afzan bin Arifin.

Seterusnya, upacara diteruskan dengan Upacara Serah Terima Tugas Yang Dipertua (YDP) Wisma Perwira yang telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah. Majlis ini turut diiringi dengan Upacara Serah Terima Tugas Pemegang Akaun Wisma Perwira dan Wisma Bintara.

Upacara diakhiri dengan bacaan doa yg dipimpin oleh Pegawai Agama Pasukan, Lt Muhammad Nizamuddin Bin Abdul Halim.








𝗣𝗘𝗠𝗘𝗥𝗜𝗞𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗕𝗙𝗠𝗣TANAH MERAH: Batalion Pertama Rejimen Sempadan telah melaksanakan Program Pemeriksaan 𝘉𝘭𝘰𝘰𝘥 𝘍𝘪𝘭𝘮 𝘔...
07/01/2026

𝗣𝗘𝗠𝗘𝗥𝗜𝗞𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗕𝗙𝗠𝗣

TANAH MERAH: Batalion Pertama Rejimen Sempadan telah melaksanakan Program Pemeriksaan 𝘉𝘭𝘰𝘰𝘥 𝘍𝘪𝘭𝘮 𝘔𝘢𝘭𝘢𝘳𝘪𝘢 𝘗𝘢𝘳𝘢𝘴𝘪𝘵𝘦 (BFMP) bertempat di Dewan Terbuka, Kem Batu Sebelas, Tanah Merah pada 6 Jan 26.

Program ini telah dibantu dan dilaksanakan dengan kerjasama 9 staf dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Tanah Merah.

Saringan ini dilaksanakan sebagai langkah pengesahan awal jangkitan parasit malaria dalam kalangan Pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) yang terlibat dalam tugas gerakan, bagi mengenal pasti tanda-tanda awal sekiranya terdapat anggota yang mengalami gejala atau simptom penyakit tersebut.








𝐒𝐄𝐊𝐀𝐋𝐔𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐉𝐄𝐌𝐀𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐑𝐀𝐓Pegerusi BAKAT Batalion Pertama Rejimen Sempadan serta seluruh BAKAT...
06/01/2026

𝐒𝐄𝐊𝐀𝐋𝐔𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐉𝐄𝐌𝐀𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐑𝐀𝐓

Pegerusi BAKAT Batalion Pertama Rejimen Sempadan serta seluruh BAKAT Cekal Berbisa merakamkan ucapan sekalung tahniah kepada Datin Noor Ainy binti Hj Mohd Ali atas pelantikan Pengerusi Jemaah BAKAT Darat.

Semoga dengan kepimpinan dan dedikasi YBhg Datin, seluruh jemaah BAKAT Darat akan sentiasa peroleh kejayaan yang cemerlang.








𝐒𝐄𝐊𝐀𝐋𝐔𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐀𝐍𝐆𝐋𝐈𝐌𝐀 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐊𝐄 - 𝟑𝟏 Pegawai Memerintah Batalion Pertama Rejimen Sempadan serta seluru...
06/01/2026

𝐒𝐄𝐊𝐀𝐋𝐔𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐀𝐍𝐆𝐋𝐈𝐌𝐀 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐊𝐄 - 𝟑𝟏

Pegawai Memerintah Batalion Pertama Rejimen Sempadan serta seluruh warga Cekal Berbisa merakamkan ucapan sekalung tahniah kepada Jeneral Dato' Azhan bin Hj Md Othman atas pelantikan beliau sebagai Panglima Tentera Darat Ke -31, berkuat kuasa 1 Januari 2026.








𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐌𝐄𝐌𝐄𝐑𝐈𝐍𝐓𝐀𝐇TANAH MERAH, 5 Januari 2026: Perbarisan Pegawai Memerintah Batalion Pertama Rejimen Sempada...
06/01/2026

𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐌𝐄𝐌𝐄𝐑𝐈𝐍𝐓𝐀𝐇

TANAH MERAH, 5 Januari 2026: Perbarisan Pegawai Memerintah Batalion Pertama Rejimen Sempadan (1 RS) telah dilaksanakan di Padang Kawad Kem Batu Sebelas, Tanah Merah, Kelantan. Perbarisan ini telah diketuai oleh Mejar Azrul bin Osman, selaku Ketua Kompeni Charlie dengan penglibatan 19 pegawai dan 264 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP). Perbarisan ini diadakan sebagai simbolik penamatan rasmi penugasan gerakan oleh pasukan 1 RS.

Acara diteruskan dengan Upacara Pemakaian Pangkat yang melibatkan seramai 12 orang Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP). Upacara penuh bermakna ini telah diserikan dengan kehadiran pasangan masing-masing yang turut diberi penghormatan untuk menyempurnakan pemakaian pangkat. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua anggota yang dinaikkan pangkat. Diharapkan kenaikan pangkat ini menjadi pemangkin semangat serta menyumbang kepada peningkatan kualiti dan profesionalisme kerja dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

Acara kemudiannya diteruskan dengan Upacara Serah Terima Tugas Jawatan Penting Pasukan yang melibatkan Pegawai Gerakan, Ketua Kompeni Bantuan dan Ketua Kompeni Bravo. Dalam kesempatan tersebut, Pegawai Memerintah 1 RS merakamkan ucapan terima kasih serta setinggi-tinggi penghargaan kepada bekas Ketua Kompeni Bravo yang akan bertukar keluar ke Markas 8 Briged Infantri (MK 8 Bgd Inf) atas segala jasa dan sumbang bakti dalam meneruskan legasi kecemerlangan 1 RS.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan oleh Pegawai Memerintah. Dalam ucapannya, beliau merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada seluruh warga Cekal Berbisa yang terlibat dalam penugasan operasi, di mana sepanjang pelaksanaan gerakan tersebut tidak berlaku sebarang pelanggaran disiplin. Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para pekerja awam yang telah banyak membantu sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di 1 RS. Selain itu, beliau turut menegaskan bahawa penyalahgunaan media sosial dalam kalangan warga Tentera Darat boleh mengundang ancaman keselamatan, termasuk kebocoran maklumat dan penyebaran fitnah, yang secara tidak langsung boleh menjejaskan kredibiliti serta imej Tentera Darat Malaysia.

Upacara perbarisan diakhiri dengan acara bergambar. Syabas kepada seluruh warga Cekal Berbisa.









𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐇𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐍𝐆𝐋𝐈𝐌𝐀 𝟑𝟎 𝐁𝐑𝐈𝐆𝐄𝐃Pegawai Memerintah Batalion Pertama Rejimen Sempadan dan seluruh wa...
01/01/2026

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐇𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐍𝐆𝐋𝐈𝐌𝐀 𝟑𝟎 𝐁𝐑𝐈𝐆𝐄𝐃

Pegawai Memerintah Batalion Pertama Rejimen Sempadan dan seluruh warga Cekal Berbisa mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran Ke-55 kepada Brig Jen Datuk Mohd Zaini bin Hj Hashim, Panglima 30 Briged.

Warga Pasukan Cekal Berbisa mendoakan agar YBhg Datuk sentiasa berada dalam rahmat Allah S.W.T, dibuka pintu rezeki dengan luas dan diberikan kesihatan yang baik serta disinari dengan kesejahteraan yang berpanjangan.








𝐔𝐂𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐁𝐀𝐑𝐔 𝟐𝟎𝟐𝟔Pegawai Memerintah Batalion Pertama Rejimen Sempadan serta seluruh warga Cekal B...
31/12/2025

𝐔𝐂𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐁𝐀𝐑𝐔 𝟐𝟎𝟐𝟔

Pegawai Memerintah Batalion Pertama Rejimen Sempadan serta seluruh warga Cekal Berbisa mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya warga Rejimen Sempadan di mana jua berada.

Semoga ketibaan tahun baharu ini menjadi pemangkin semangat baharu dalam memperkukuhkan kesiapsiagaan, meningkatkan integriti, mempererat ukhuwah serta terus memelihara kedaulatan keselamatan negara di sempadan.









𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐍𝐀𝐓𝐀𝐋Pegawai Memerintah Batalion Pertama Rejimen Sempadan serta seluruh warga Cekal Berbisa mengu...
25/12/2025

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐍𝐀𝐓𝐀𝐋

Pegawai Memerintah Batalion Pertama Rejimen Sempadan serta seluruh warga Cekal Berbisa mengucapkan Selamat Menyambut Hari Natal kepada seluruh penganut agama Kristian di Malaysia, khususnya di kalangan warga 1 RS yang meraikannya.

Semoga sambutan ini membawa kegembiraan, keharmonian dan keberkatan bersama keluarga tercinta.









16/11/2025
𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗨𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝗞𝗘-𝟱𝟲 𝗞𝗢𝗥 𝗥𝗜𝗦𝗜𝗞 𝗗𝗜𝗥𝗔𝗝𝗔Pegawai Memerintah serta seluruh warga Cekal Berbisa, menzahirkan ucapan ...
07/11/2025

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗨𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝗞𝗘-𝟱𝟲 𝗞𝗢𝗥 𝗥𝗜𝗦𝗜𝗞 𝗗𝗜𝗥𝗔𝗝𝗔

Pegawai Memerintah serta seluruh warga Cekal Berbisa, menzahirkan ucapan Selamat Hari Ulang Tahun Ke-56 Kor Risik Diraja (KRD).

Semoga Kor Risik Diraja terus unggul melaksanakan tanggungjawab dan amanah dalam memastikan keutuhan keselamatan serta kedaulatan negara sentiasa terpelihara.









Address

Batalion Pertama Rejimen Sempadan Kem Batu 11
Tanah Merah
17509

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Batalion Pertama Rejimen Sempadan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share