IKBN Tanah Merah

IKBN Tanah Merah IKBN Tanah Merah merupakan salah satu dari 22 ILKBS di Malaysia

LAWATAN INDUSTRI PENDEDAHAN PELAJAR KE KARNIVAL KRAFTANGAN MALAYSIAPada 2 September 2026, satu Lawatan Pendedahan Indust...
03/09/2026

LAWATAN INDUSTRI PENDEDAHAN PELAJAR KE KARNIVAL KRAFTANGAN MALAYSIA

Pada 2 September 2026, satu Lawatan Pendedahan Industri telah diadakan di Ruang Legar KB Mall Kelantan Sempena Promosi Kraf Malaysia 2026 anjuran Kraftangan Cawangan Kelantan melibatkan pelajar Kursus Sijil Jahitan Pakaian Wanita dan Jahitan Pakaian Lelaki. Lawatan ini disertai oleh 77 orang pelajar serta 8 orang tenaga pengajar sebagai pengiring dan pemantau sepanjang program berlangsung.

Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar berkaitan produk kraf menarik dan unik dipamer serta dijual, di samping itu terdapat juga demonstrasi kraf seperti menghasilkan Kraf kreatif menggunakan bahan semulajadi iaitu menghasilkan gelang kreatif menggunakan kain perca serta gelung plastik lutsinar, aktiviti mewarna pada motif batik dan pameran pelbagai jenis produk Kraf.

Melalui lawatan ini, pelajar dapat meningkatkan kemahiran bekerjasama, berkomunikasi dan menyelesaikan tugasan. Selain itu, pendedahan kepada pelajar suasana dan amalan sebenar industri dimana pelajar dapat memahami cara pengusaha dan penggiat kraf menjalankan aktiviti penghasilan, pemasaran dan pengurusan produk.







πŸ”₯ NAK KUASAI KEMAHIRAN TALIAN ATAS VOLTAN RENDAH? INILAH PELUANG ANDA! ⚑πŸ’ͺ KURSUS MODULAR TALIAN ATAS VOLTAN RENDAH kini ...
02/09/2026

πŸ”₯ NAK KUASAI KEMAHIRAN TALIAN ATAS VOLTAN RENDAH? INILAH PELUANG ANDA! ⚑

πŸ’ͺ KURSUS MODULAR TALIAN ATAS VOLTAN RENDAH kini dibuka di IKBN Tanah Merah!

Bukan sekadar belajar β€” anda akan dibimbing dengan kemahiran praktikal dan aspek keselamatan untuk membina keyakinan bekerja di tempat tinggi. πŸ¦ΊπŸ—οΈ

✨ ANDA AKAN DILATIH UNTUK:
βœ… Kerja Selamat TAVR
βœ… Pemasangan & Penyelenggaraan
βœ… Simpai dan Tamatan TAVR
βœ… Teknik Kerja Atas Tiang
βœ… Amali Kerja Sebenar
βœ… Sijil Modular Diiktiraf

πŸ“… Tarikh: Oktober 2026
⏰ Tempoh: 80 Jam
πŸ“š Kelas: Jumaat & Sabtu
πŸ“ Tempat: Bengkel Elektrik

🎯 TINGKATKAN KEMAHIRAN. TAMBAH NILAI DIRI. BINA PELUANG KERJAYA!

πŸš€ ILMU | KEMAHIRAN | KESELAMATAN
β€œKUASAI TALIAN, KUASAI MASA DEPAN!”

πŸ“ž Tempat adalah terhad! Hubungi sekarang:
Abdullah bin Thayil Mammi
πŸ“² 019-934 9816

πŸ”₯ Jangan tunggu peluang datang β€” cipta peluang anda dengan kemahiran TVET!

IKBN Tanah Merah – Melahirkan Tenaga Mahir, Profesional, Selamat dan Berdaya Saing.







SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69 πŸ‡²πŸ‡Ύ31 Ogos 2026 | Hari KebangsaanAyuh kita bersama-sama menyemarakkan semangat p...
29/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69 πŸ‡²πŸ‡Ύ

31 Ogos 2026 | Hari Kebangsaan

Ayuh kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, menghargai erti kemerdekaan serta memperkukuh perpaduan demi Malaysia yang lebih maju, harmoni dan sejahtera.

β€œMalaysia MADANI, Jiwa Merdeka.” β€οΈπŸ€πŸ’™πŸ’›

Ikhlas daripada Pengarah dan Warga IKBN Tanah Merah.









SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2026! πŸ‡²πŸ‡ΎMarilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme...
26/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2026! πŸ‡²πŸ‡Ύ

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, perpaduan dan kecintaan kepada tanah air tercinta. Semoga Malaysia terus aman, makmur dan sejahtera, serta kekal sebagai sebuah negara yang bersatu dalam kepelbagaian.

β€œMalaysia MADANI, Kesejahteraan Dinikmati.”

πŸ‡²πŸ‡Ύ Jiwa Merdeka, Malaysia Sejahtera!
Selamat Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2026! πŸŽ‰

SALAM MAULIDUR RASUL 1448HSelamat Menyambut Maulidur Rasul SAW 1448H kepada seluruh umat Islam.Marilah kita memperbanyak...
24/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H

Selamat Menyambut Maulidur Rasul SAW 1448H kepada seluruh umat Islam.

Marilah kita memperbanyakkan selawat, menghayati sirah perjuangan serta mencontohi akhlak mulia Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan seharian.

β€œSesiapa yang berselawat kepadaku sekali, Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali.”
β€” Riwayat Muslim

Semoga kecintaan kepada Rasulullah SAW terus menyuburkan ukhuwah, memperkukuh silaturahim serta membawa keberkatan dan kesejahteraan kepada kita semua.

25 Ogos 2026 | 12 Rabiulawal 1448H

Ikhlas daripada
Pengarah dan Warga IKBN Tanah Merah

TAHNIAH! IKBN TANAH MERAH TELAH MENDAPAT KEBENARAN MENJALANKAN KURSUS PENJAGA JENTERA ELEKTRIK KATEGORI A1 DAN MODUL TAL...
24/08/2026

TAHNIAH! IKBN TANAH MERAH TELAH MENDAPAT KEBENARAN MENJALANKAN KURSUS PENJAGA JENTERA ELEKTRIK KATEGORI A1 DAN MODUL TALIAN ATAS VOLTAN RENDAH (TAVR)

IKBN Tanah Merah telah berjaya memperoleh kebenaran daripada Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk menjalankan Kursus Penjaga Jentera Elektrik kategori A1 dan Modul Talian Atas Voltan Rendah (TAVR). Kebenaran ini mengiktiraf keupayaan institut, khususnya Jabatan Teknologi Elektrik, dalam menyediakan latihan TVET berkualiti serta melahirkan tenaga kerja kompeten dan berkemahiran tinggi selaras dengan keperluan industri dan piawaian ST.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga IKBN Tanah Merah atas kejayaan ini. Semoga kebenaran tersebut dapat dimanfaatkan bagi melahirkan lebih ramai tenaga kerja profesional dalam bidang elektrik.







PENGAJAR SKIM E ILKBS DEDAH PENGGUNAAN AI DALAM PENGURUSAN LATIHAN DAN PENTADBIRANSERDANG, SELANGOR, 19 Ogos 2026 – Baha...
20/08/2026

PENGAJAR SKIM E ILKBS DEDAH PENGGUNAAN AI DALAM PENGURUSAN LATIHAN DAN PENTADBIRAN

SERDANG, SELANGOR, 19 Ogos 2026 – Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia telah menganjurkan Kursus Penggunaan Kecerdasan Buatan Dalam Pengurusan Latihan dan Pentadbiran di bawah Pelan Operasi Latihan (POL) bagi Pengajar Skim E Tahun 2026 pada 17 hingga 19 Ogos 2026 bertempat di Kompleks Latihan MARDI, Serdang, Selangor.
Kursus yang diurus setiakan oleh IKBN Kemasik ini memberi pendedahan kepada para pengajar Skim E ILKBS mengenai penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam meningkatkan produktiviti pengurusan latihan dan pentadbiran.
Antara pengisian kursus merangkumi penggunaan ChatGPT, Gemini, Gemini Canvas, Google NotebookLM, penghasilan pembentangan, imej kreatif serta video menggunakan AI, di samping pelaksanaan projek mini oleh peserta.
IKBN Tanah Merah turut menyertai kursus ini dengan penyertaan Puan Nani Sharezan binti Mohamad Nor dan Puan Siti Norihan binti Jaafar sebagai wakil pengajar Skim E.
Kursus ini turut menampilkan Haji Ismail bin Abd Malek sebagai penceramah jemputan, yang berkongsi pengetahuan dan pendedahan berkaitan pemanfaatan teknologi AI dalam tugasan pengurusan latihan dan pentadbiran.
Program selama tiga hari ini diakhiri dengan projek mini, sesi penutup dan penyampaian sijil kepada para peserta. Penganjuran kursus ini diharapkan dapat meningkatkan kompetensi digital pengajar ILKBS serta menggalakkan penggunaan AI secara produktif dan berkesan dalam pelaksanaan tugas harian.






Menteri Belia dan Sukan Sempat Kunjungi Reruai Interaktif IKBN Tanah MerahTEMERLOH, 17 Ogos 2026 – Menteri Belia dan Suk...
18/08/2026

Menteri Belia dan Sukan Sempat Kunjungi Reruai Interaktif IKBN Tanah Merah

TEMERLOH, 17 Ogos 2026 – Menteri Belia dan Sukan, YB. Dr. Taufiq bin Johari telah meluangkan masa mengadakan lawatan ke reruai pameran interaktif IKBN Tanah Merah sempena Program Jelajah TVET ILKBS Zon Timur dan Pertandingan Innovation Development Through Educational Activities 2026 (IDEA’26) Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Dewan Tun Razak, Temerloh, Pahang.

Kunjungan tersebut disambut oleh Pengarah IKBN Tanah Merah, Encik Mohd Izwandy bin Ismail yang turut memberikan penerangan berkaitan pelbagai kursus kemahiran yang ditawarkan kepada golongan belia. Penerangan merangkumi bidang-bidang TVET yang berorientasikan keperluan industri serta peluang kerjaya selepas tamat pengajian.

Lawatan ini mencerminkan sokongan berterusan Kementerian Belia dan Sukan terhadap agenda memperkasa TVET sebagai laluan pendidikan dan kerjaya pilihan utama belia. Reruai interaktif IKBN Tanah Merah turut menjadi platform penting dalam mendekatkan masyarakat dengan peluang pendidikan kemahiran yang mampu melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan kompeten.









Majlis Pertukaran MoU Perkukuh Sinergi IKBN Tanah Merah Bersama IndustriTEMERLOH, 17 Ogos 2026 – Majlis Pertukaran Memor...
18/08/2026

Majlis Pertukaran MoU Perkukuh Sinergi IKBN Tanah Merah Bersama Industri

TEMERLOH, 17 Ogos 2026 – Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Tanah Merah dengan dua rakan strategik industri, TZA Aiman Maju Sdn. Bhd. dan Ads Print Creative Sdn. Bhd., telah berlangsung sempena Program Jelajah TVET ILKBS Zon Timur dan Pertandingan Innovation Development Through Educational Activities 2026 (IDEA’26) Peringkat Kebangsaan.

Majlis bersejarah ini turut disaksikan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Belia dan Sukan dalam memperkukuh hubungan strategik antara institusi TVET dan pihak industri.

Kerjasama melalui MoU ini menjadi platform penting bagi memperluas jaringan industri, meningkatkan pendedahan serta pengalaman sebenar pelajar dalam bidang kemahiran, di samping memperkukuh kebolehpasaran graduan.

IKBN Tanah Merah optimis kerjasama ini mampu melahirkan tenaga kerja TVET yang kompeten, berdaya saing dan memenuhi keperluan industri semasa.









Slot Dialog Bersama Industri Perkukuh Kerjasama Strategik ILKBS Zon TimurTEMERLOH, 16 Ogos 2026 – Slot Dialog Bersama In...
18/08/2026

Slot Dialog Bersama Industri Perkukuh Kerjasama Strategik ILKBS Zon Timur

TEMERLOH, 16 Ogos 2026 – Slot Dialog Bersama Industri telah berlangsung sempena Program Jelajah TVET ILKBS Zon Timur, menghimpunkan Bahagian Kerjasama Strategik BPKB, KBS, barisan Pengarah ILKBS Zon Timur, Cawangan Hubungan Industri serta wakil syarikat yang menjalinkan kerjasama melalui Memorandum Persefahaman (MoU).

Encik Mohd Izwandy Bin Ismail, Pengarah IKBN Tanah Merah, pegawai pengurusan IKBN Tanah Merah bersama wakil syarikat MoU turut menyertai sesi ini bagi mendalami bentuk kerjasama strategik yang telah dibincangkan serta mengenal pasti peluang baharu untuk pelaksanaan bersama. Pengarah IKBN Tanah Merah mengharapkan komitmen padu antara IKBN Tanah Merah dengan TZA Aiman Maju Sdn. Bhd. bagi memperkukuhkan ekosistem TVET terhadap keperluan pasaran pekerjaan.

Slot dialog ini bukan sahaja menjadi platform perkongsian pandangan dan pengalaman industri, malah turut memperkukuh jaringan profesional serta hubungan ukhuwah antara ILKBS Zon Timur dengan rakan strategik industri demi kelestarian kerjasama TVET.









Address

Jalan BUKIT PANAU
Tanah Merah
17500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IKBN Tanah Merah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share