OSC Majlis Daerah Tanah Merah

OSC Majlis Daerah Tanah Merah Pusat Setempat (OSC) Majlis Daerah Tanah Merah, Kelantan

Kepada semua PSP/SP,Makluman dan peringatan mengenai penggunaan Borang Fi KM1 dan Borang Fi PB1. Untuk mengisi borang Fi...
07/07/2014

Kepada semua PSP/SP,

Makluman dan peringatan mengenai penggunaan Borang Fi KM1 dan Borang Fi PB1. Untuk mengisi borang Fi, sila isi di worksheet "Isi Fi KM" atau "Isi Borang" dan kemudian untuk mencetak, sila cetak menggunakan worksheet "Borang Cetak" atau "Borang Fi".

Sekian. Harap maklum.

*kedudukan worksheet tab seperti di gambar yang disertakan.

02/07/2014

Makluman kepada semua PSP/SP.

Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) Majlis Daerah Tanah Merah Bilangan 12 Tahun 2014 yang bersidang pada 25 Jun 2014 telah berbangkit mengenai Pengumpulan Data di Proses 1 OSC 3.0. Mesyuarat telah bersetuju bahawa:

1. Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) tidak mengenakan caj pemasangan RM610.00 diperingkat Proses 1: Pengumpulan Data. Caj akan dikenakan diperingkat permohonan pemasangan air setelah kelulusan di Proses 2.

2. Bagi pembinaan kurang daripada 5 unit rumah atau pecah sempadan mudah melibatkan pecahan 4 lot dan kurang tidak perlu merujuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Peringkat Proses 1: Pengumpulan Data.

3. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak mengenakan apa-apa caj di peringkat pengumpulan data.

4. Tiada caj perkhidmatan di Proses 1: Pengumpulan Data melainkan caj membuka fail di Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah (PTJTM) atau Pejabat Tanah dan Galian (PTG) dengan kos yang standard. Caj ini dikenakan sekali sahaja dan akan dirujuk sehingga ke pra-hitungan (pre-comp) dan permit Tanah di peringkat mula kerja (Proses 3). Tidak ada lain-lain caj dikenakan selain caj buka fail.

5. Bagi permohonan pecah sempadan, pemohon perlu mendapatkan data dari Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah (PTJTM) atau Pejabat Tanah dan Galian (PTG) adalah mengikut status geran/hakmilik yang didaftarkan (Sama ada Hakmilik Pejabat Pendaftaran atau Hakmilik Pejabat Tanah).

6. Bagi permohonan pelan bangunan, pemohon perlu mendapatkan data hanya daripada Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah (PTJTM) sahaja.

Nota: Caj-caj standard proses permohonan akan dikenakan seperti biasa bermula daripada proses 2: pertimbangan kepada permohonan, sehingga kepada proses ke proses 3: Notifikasi Mula Kerja, hanya melibatkan caj yang berkaitan. Caj yang dikenakan di proses 4, 5 dan 6 adalah bergantung kepada prosedur standard Agensi Teknikal. Apa-apa denda atau caj bagi tindakan menurut undang-undang tidak dikira sebagai caj permohonan pemajuan.

Sekian.

Makluman kepada semua PSP mengenai OSC 3.0.Bagi permohonan yang melibatkan satu unit rumah sesebuah yang sebelum ini men...
01/06/2014

Makluman kepada semua PSP mengenai OSC 3.0.

Bagi permohonan yang melibatkan satu unit rumah sesebuah yang sebelum ini menggunapakai sistem BPA atau 'Simplified Building Plan Approval', amalan bagi OSC 3.0 masih sama iaitu PSP perlu mengemukakan permohonan terlebih dahulu kepada 3 agensi iaitu Majaari Services Sdn. Bhd., Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). PSP perlu menyediakan surat perakuan bagi memaklumkan bahawa permohonan telah dikemukakan kepada ketiga-tiga agensi teknikal tersebut.

Proses yang perlu dibuat oleh PSP melibatkan OSC 3.0 adalah PSP perlu mengemukakan borang permohonan data kepada 3 agensi daripada 4 agensi iaitu TNB, Air Kelantan Sdn. Bhd., dan Pejabat Tanah. SKMM boleh dikecualikan kerana PSP telah selesai di peringkat awal bersama JPS dan Majaari. Permohonan data hanyalah melibatkan maklumat mengenai beban sumber dan tapping point untuk mendapatkan sumber elektrik/air. Manakala bagi Pejabat Tanah adalah perakuan mengenai status Tanah yang selesai tanpa apa-apa sekatan.

Semasa permohonan di Kaunter OSC, Pemohon perlu mengemukakan bundle dokumen permohonan (dokumen dan bersama pelan-pelan diikat mengikut agensi seperti di senarai semak) bersama-sama surat pengesahan data daripada TNB, AKSB dan Pejabat Tanah dan turut disertakan surat perakuan yang disediakan oleh PSP memaklumkan telah menyelesaikan urusan di Majaari, JPS dan SKMM. Tiada lagi bundle untuk agensi JPS, Majaari dan SKMM dikemukakan di kaunter OSC kerana ia telah dianggap selesai di peringkat awal sepertimana perakuan PSP. Proses berikutnya adalah seperti proses biasa iaitu sehingga keluar keputusan mesyuarat.

Sekiranya di peringkat penyelesaian awal di 3 agensi iaitu JPS, Majaari dan SKMM, PSP tidak mengemukakan permohonan di SKMM. PSP perlu mengikut semua proses 1 di OSC 3.0 iaitu membuat permohonan data di 4 agensi iaitu TNB, AKSB, Pejabat Tanah dan termasuk SKMM. Sila Rujuk Senarai Semak DATA.

Proses ini hanya untuk satu unit rumah sesebuah sahaja. Sila rujuk Tatacara Perlaksanaan Simplified Building Plan Approval (BPA) untuk maklumat lanjut atau berhubung terus dengan Kaunter OSC Majlis Daerah Tanah Merah.

Sekian.

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera.Kini OSC 3.0 telah bermula.
01/06/2014

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera.

Kini OSC 3.0 telah bermula.

Persiapan Menjelang 1 Jun 2014
30/05/2014

Persiapan Menjelang 1 Jun 2014

Manual OSC 3.0 daripada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk Agensi Teknikal dan untu...
30/05/2014

Manual OSC 3.0 daripada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk Agensi Teknikal dan untuk Pemohon/PSP telah diterbitkan secara digital di Portal KPKT. Manual untuk Pemohon/PSP akan dimuatnaik di Facebook ini pada 31 Mei 2014. Manakala Manual untuk Agensi Teknikal akan dimuatnaik di Facebook Jawatankuasa OSC Majlis Daerah Tanah Merah pada 30 Mei 2014, jam 11.30 pagi.

Harap Maklum.

Peringkat Proses 3 bagi OSC 3.0, iaitu Notifikasi Memulakan Kerja. PSP perlu mematuhi Senarai Semak SW1 bagi Kebenaran M...
27/05/2014

Peringkat Proses 3 bagi OSC 3.0, iaitu Notifikasi Memulakan Kerja. PSP perlu mematuhi Senarai Semak SW1 bagi Kebenaran Merancang, SW2 Bagi Pendirian bangunan dan SW3 bagi kerja pengorekan jalan/Tanah bagi menanam/memasang sesalur infrastruktur/utility seperti kabel telekomunikasi, paip air, elektrik dan lain-lain.

Notifikasi perlu dikemukakan 4 hari sebelum masuk tapak/memulakan kerja selepas Kelulusan Pelan diberi.

Download Senarai Semak SW1:
https://drive.google.com/file/d/0Bw77y3YqU_SFcGVSQzhkSEVaazg/edit?usp=sharing

Download Senarai Semak SW2:
https://drive.google.com/file/d/0Bw77y3YqU_SFWXdtNDJXUFN4WFU/edit?usp=sharing

Download Senarai Semak SW3:
https://drive.google.com/file/d/0Bw77y3YqU_SFcTg1al9zY1dMTmM/edit?usp=sharing

Google Drive is a free way to keep your files backed up and easy to reach from any phone, tablet, or computer. Start with 15GB of Google storage – free.

Perhatian Kepada Semua PSP. Senarai Semak Untuk Kebenaran Merancang.Bagi PSP yang ingin mengemukakan permohonan Kebenara...
27/05/2014

Perhatian Kepada Semua PSP. Senarai Semak Untuk Kebenaran Merancang.

Bagi PSP yang ingin mengemukakan permohonan Kebenaran Merancang Pecah Sempadan/ 124A/ 204D/ lain-lain pecah sempadan di bawah KTN/ Pelan Susun Atur, perlu mematuhi Senarai Semak A1.

Download Senarai Semak A1 di sini:
https://drive.google.com/file/d/0Bw77y3YqU_SFUVpTX1RqUWNYbVU/edit?usp=sharing

PSP diingatkan bahawa semua dokumen permohonan perlu disusun dan diikat mengikut Agensi Teknikal yang berkaitan. OSC tidak akan menerima sebarang permohonan yang tidak berbuat demikian. Senarai Semak perlu diasingkan daripada dokumen yang diikat.

PSP juga perlu sertakan bayaran proses dengan mengemukakan Borang Fi KM1 sebagaimana dinyatakan pada para 16 di dalam Senarai Semak A1.

Download Borang Fi KM1 di sini:
https://drive.google.com/file/d/0Bw77y3YqU_SFc0E3UkJPMEZEcm8/edit?usp=sharing

Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan Unit Pusat Setempat (OSC) Majlis Daerah Tanah Merah

Address

Tanah Merah
17500

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6099556026

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when OSC Majlis Daerah Tanah Merah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to OSC Majlis Daerah Tanah Merah:

Share