PPBM Tanah Merah

PPBM Tanah Merah Pejuang

28/05/2020

TSMY dan DSN tiada beza...

Datuk A.Kadir Jasin

1. Daripada zaman kleptokrasi dan autokrasi Umno/BN kita kini memasuki era perampas kuasa yang berciri diktator.

2. Muhyiddin Mohd Yassin melakukan ke atas Dr Mahathir Mohamad sebiji apa yang Mohd Najib Abdul Razak lakukan kepadanya.

3. Dengan memecat Dr Mahathir daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Muhyiddin menjadi "copycat" kepada Mohd Najib.

4. Jadi tidaklah ada apa-apa perbezaan antara mereka berdua.

5. Turut dipecat adalah Timbalan Presiden, Mukhriz Mahathir, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Dr Maszlee Malik dan Amiruddin Hamzah.

6. Tidak seperti Dr Mahathir yang menyerahkan tindakan ke atas pemimpin tertinggi parti kepada Majlis Tertinggi (ketika dalam Umno), Muhyiddin hanya berani menggunakan perlembagaan parti dan pejabat Setiausaha Kerja.

7. Dalam bahasa yang mudah, tidak ada keberanian, kehormatan (honour) dan ketelusan.

8. Oleh kerana Muhyiddin dan konco-konconya tidak berani bersemuka dengan pemimpin yang dipecat dalam mesyuarat MPT atau Jawatankuasa Tatatertib maka surat pemecatan yang ditandatangani oleh kakitangan upahan itu, besar kemungkinan tidak sah.

9. Saya mendapat maklumat mengatakan Dr Mahathir sendiri belum melihat surat rasmi ibu pejabat Bersatu yang ditujukan kepadanya.

10. Seperkara lagi, adakah pemecatan ini ada kaitkan dengan "sembang" media sosial yang mengatakan Dr Mahathir mempunyai sokongan hampir 130 Ahli Dewan Rakyat bagi mencabar kerajaan pintu belakang Perikatan Nasional?

Wallahuaklam.Terima kasih.

Ingat Baik-Baik YeP -PerintahK-KawalanP-PergerakanB-BersyaratBukanP-PulangK-KampungP-PergiB-BerayaJika tidakP - pusingK ...
24/05/2020

Ingat Baik-Baik Ye

P -Perintah
K-Kawalan
P-Pergerakan
B-Bersyarat

Bukan

P-Pulang
K-Kampung
P-Pergi
B-Beraya

Jika tidak

P - pusing
K - Kenderaan
P - Patah
B - Balik

kalau tak

P - penguatkuasa
K - kejar
P - padah
B - beb.. 😅

HARI RAYA

Kami akan berdiri teguh di belakang Tun
13/03/2020

Kami akan berdiri teguh di belakang Tun


Kenyataan ini keluar dari mulut Tun sendiri - Mohammad Zaimi Saad

1. Tun tak berniat untuk jadi PM9 namun Tun Mahathir berkata selagi ada upaya (boleh berdiri kata Tun) dia akan bantu untuk bina negara dan bangsa walau atas apa kapasiti.

2. Tun kekal menolak berkerjasama secara en bloc dengan UMNO namun tidak tentang jika pemimpin UMNO yang bersih mahu sertai Bersatu. Namun Tun sedikit OK apabila individu yang sedang jalani perbicaraan di mahkamah tidak berada dalam kabinet.

3. Tun menolak segala teori-teori politik ‘ahli konspirasi’ kononnya Tun M adalah arkitek ‘kerajaan Muhyiddin’. Jika ia konspirasi Tun M, mengapa Tun tidak ‘menang’ dalam konspirasi ini?

4. Tun menolak dakwaan bahawa DAP mengawal PH sedangkan Lim Guan Eng akan dapatkan ‘consent’ daripada Tun dalam setiap apa keputusan M*F dan Lim Guan Eng melalui M*F beri bantuan RM400 juta kepada Kelantan dan juga bantuan kewangan kepada kerajaan negeri Kedah, Terengganu dan Perlis. Dakwaan DAP kawal Tun Dr. Mahathir sangat tidak tepat. DAP juga tidak menolak cadangan dalam hal yang membantu orang Melayu dan dipersetujui dalam mesyuarat kabinet.

5. Bersatu parti kerajaan atau pembangkang? Tun katakan ia perlu diselesaikan dalam AGM. Di Malaysia adalah perkara baharu apabila satu parti ada ‘faction’; sebahagian mendokong kerajaan dan sebahagian pembangkang. Di Jepun ia wujud.

6. Hubungan dengan PH - PH telah menolak Tun M kerana Bersatu bukan lagi di bawah Pakatan Harapan.

7. Snap election - Tun positif tiada snap election dalam masa terdekat namun sebarang kemungkinan adalah mungkin.

8. Kritik - Tun M tidak melarang mana-mana ahli mengkritik kerajaan Muhyiddin namun jangan sampai memecah-belahkan parti.

9. Ditanya apakah Tun akan tinggalkan Bersatu dan meletak jawatan sebagai pengerusi, Tun menjawab dia akan berada selagi diperlukan ahli dan akan pergi sekiranya tidak diperlukan lagi.

Mohammad Zaimi Saad
Yayasan Kepimpinan Perdana
11 Mac 2020

PENYOKONG Tun Dr Mahathir Mohamad tidak perlu terlalu dukacita, sedih dan kecewa. Perjuangan belum selesai sehingga bada...
02/03/2020

PENYOKONG Tun Dr Mahathir Mohamad tidak perlu terlalu dukacita, sedih dan kecewa. Perjuangan belum selesai sehingga badan dikandung tanah.

Dr Mahathir adalah insan perjuangan. Calar-balar politik adalah manifesti komitmen beliau kepada prinsip dan idelisme. Beliau hilang jawatan Perdana Menteri tetapi tidak hilang harga diri.

Tan Sri Muhyiddin Yassin diangkat menjadi pengganti walaupun timbul pertikaian mengenai majoriti Ahli Dewan Rakyat yang menyokong beliau.

“Saya dikhianati,” isytihar Dr Mahathir di sidang media di Yayasan Albukhary pagi tadi. Dan tanpa bersembunyi, beliau berkata Muhyiddin telah menghianatinya berulang kali.

Pakatan Harapan (PH) yang menang Pilihan Raya Umum ke-14 dipinggirkan dan parti-parti yang kalah direstui oleh Raja untuk menubuhkan kerajaan.

Demokrasi dilarikan. Mandat rakyat jelata dipersetankan.

Maaf cakaplah kalau saya kata inilah kemuncak persekongkolan feksyen Muhyiddin dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang melancarkan operasi kilat di mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) pada 23 Februari lalu.

Gerakan yang membelakangkan Dr Mahathir itu adalah bagi membawa Bersatu keluar daripada PH yang sekali gus menyebabkan Kerajaan PH jatuh dan Dr Mahathir tersingkir daripada jawatan Perdana Menteri.

Dan dalam masa lapan hari, dengan kelancaran sebuah jam (clockwork precision), Muhyiddin diangkat menjadi Perdana Menteri mewakili feksyen beliau, Umno dan Pas.

Kalau ini bukan konspirasi yang terancang, apa lagi?

Bayangkanlah rayuan Dr Mahathir kepada MPT tidak diendahkan dan semalam, permohonan beliau kepada Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, tidak dilayan.

Jadi bukan lagi keanehan atau ledakan emosi apabila dalam sidang media itu beliau menyifatkan dirinya dikhianati dan mandat rakyat jelata dilacurkan.

Malah Dr Mahathir dan PH sejak semalam mempertikaikan bilangan sokongan kepada Muhyiddin berbanding Dr Mahathir yang ada 114 daripada 222 Ahli Dewan Rakyat.

Jadi, ke manakah arah tujuan kita? Mari kita pertimbangkan hal-hal berikut:

1. Dr Mahathir masih Pengerusi Bersatu kerana peletakan jawatan beliau daripada jawatan itu tidak diterima oleh MPT. Tetapi pada masa yang sama Muhyiddin mengisytihar dirinya Pemangku Pengerusi;

2. Enam orang ahli Dewan Rakyat Bersatu, iaitu Dr Mahathir, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Datuk Amiruddin Hamzah, Dr Maszlee Malik dan Edin Syazlee Sh*th tidak menyokong pencalonan Muhyiddin sedangkan pihak Muhyiddin mendakwa semua 36 ahli Dewan Rakyat Bersatu menyokong beliau. Ada dua pertikaian di sini. Pertama, memberi maklumat yang mungkin tidak tepat dan kedua, sokongan sebenar yang ada kepada Muhyiddin;

3. PH bersama feksyen Dr Mahathir boleh mengemukakan undi tidak percaya terhadap Muhyiddin apabila sidang Dewan bermula 9 Mac ini. Tetapi sebagai Perdana Menteri Muhyiddin berhak meminta supaya sidang ditunda ke satu tarikh lain;

4. Beliau boleh menggunakan kuasa eksekutif yang ada di tangannya untuk menarik sokongan daripada feksyen Dr Mahathir dengan menawarkan mereka jawatan dan kedudukan;

5. Walaupun gagal menubuhkan kerajaan, PH masih mempunyai bilangan ahli yang besar dalam Dewan Rakyat. Kekuatan ini boleh digunakan untuk mengawal kuasa kerajaan, khususnya dalam memerangi rasuah dan membicarakan para pemimpin Umno yang melakukan rasuah serta jenayah-jenayah berat lain;

6. Apakah yang akan terjadi kepada feksyen Muhyiddin dalam Bersatu apabila berdepan dengan Umno dan Pas? Harus diingatkan yang ramai ahli Dewan Rakyat Bersatu sekarang adalah wakil rakyat Umno/BN yang melompat masuk Bersatu. Ada kemungkinan Bersatu akan bersatu dengan Umno atau ditelan oleh parti kleptokrat itu; dan

7. Kalau Dr Mahathir keluar Bersatu, sama ada secara s**arela atau disingkir, kemungkinan besar ramai ahli akar umbi akan mengikut jejak beliau. Tetapi kalau beliau kekal, feksyen Muhyiddin akan mendapati s**ar dan tidak selesa berhadapan dengan beliau setelah menikamnya dari belakang.

Kesimpulannya, s**a atau tidak, pelantikan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri ke-8 berlaku dalam suasana yang penuh persoalan dan ini akan mencetuskan isu keyakinan kecuali di kalangan pelaung slogan “demi agama, bangsa dan negara” serta oportunis.

Nota kaki: Setiausaha Politik yang terus bersama Dr Mahathir adalah Abu Bakar Yahya dan Mohamad Nuhairi Rahmat.

Wallahuaklam. Terima kasih.

kredit: A kadir Jasin

A Kadir Jasin بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ MUKHADIMAH : Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan periba...

25/02/2020

*Bukan pasal politik tapi lebih kepada kepercayaan kita kepada agama Islam.. TAKDIR.. DAN HIKMAH...setiap sesuatu KEJADIAN pasti ada hikmahnya*

RENUNG2 KAN...

*SEGALANYA DARI ALLAH*

TUN DR. MAHATHIR HANYA ASBAB
*(BACA SAMPAI HABIS)*

1. Jika tidak kerana Tun Dr. Mahathir lead PH kepada kemenangan, sampai bila2 kita anggap janji manis mereka satu yang realistik.

2. Jika tidak kerana Tun Dr. Mahathir melantik Lim Guan Eng menjadi Menteri Kewangan, selagi itu ramai ingat dialah pakar ekonomi terbaik dunia.

3. Jika tidak kerana Tun Dr. Mahathir acah anti Sultan, kita tak akan nampak betapa beraninya mereka menyanggah perlembagaan dan sistem Raja Berperlembagaan.

4. Jika tidak kerana Tun Dr. Mahathir berjanji ingin memberi kuasa kepada Anwar Ibrahim, kita tak akan nampak betapa Anwar Ibrahim menjilat ludah sendiri.

5. Jika tidak kerana Tun Dr. Mahathir mendiamkan liberal bersuara, kita tak akan nampak betapa mereka yang sblm ini kononnya berfakta rupanya ramai yang cetek akademik.

6. Jika tidak kerana Tun Dr. Mahathir meletakkan paksinya di dalam PKR, kita tak akan nampak kegilaan kuasa dalam parti tersebut.

7. Jika tidak Tun Dr. Mahathir masuk ke dalam PH dan membawa undi Melayu sekadar perlu, DAP takkan berani menendang PAS dan membantu menubuh serta memberi talian hayat kepada PAN.

8. Jika tidak Tun Dr. Mahathir memberi banyak jawatan menteri kepada DAP, kita tak akan tahu semua kerja mereka tidaklah hebat seperti kata-kata mereka sejak 20 tahun lalu.

9. Jika tidak kerana Tun Dr. Mahathir membuka talian hayat kepada orang UMNO ke BERSATU, tidak kita nampak siapa orang UMNO yang opportunists.

10. Jika tidak kerana Tun Dr. Mahathir membuka ruang dan peluang memperoleh kuasa, tidak akan tertubuhnya PAN dan PAS dapat membersihkan kepimpinannya yang gila kuasa.

11. Jika tidak kerana Tun Dr. Mahathir merealisasikan kejatuhan BN/UMNO, maka pemimpin BN/UMNO selamanya makin tak sedar diri dan lari dari perjuangan politiknya sendiri serta pembersihan s**ar dilakukan dalam skala besar. Parti BN/UMNO juga akan terus berada dikayangan krn menganggap parti mereka tidak akan kalah dlm PRU.

12. Jika tidak kerana Tun Dr. Mahathir, agenda penyatuan ummah s**ar untuk berlaku.

13. Jika tidak kerana Tun Dr. Mahathir meletakkan Dr Maszlee sebagai Menteri Pendidikan, tidaklah kita sedar betapa perlunya kasut hitam berbanding putih.

14. Jika tidak kerana Tun Dr. Mahathir membuka ruang kuasa Timbalan Menteri Pendidikan kepada DAP, tidak kita dapat lihat betapa kelam kabut mereka bila dapat kuasa dan cauvinis tanpa selindung.

15. Jika tidak kerana Tun Dr. Mahathir meletakkan Kulasegaran sebagai Menteri Sumber Manusia, tidak kita tahu betapa incompetent beliau bila mendapat kuasa.

16. Jika tidak kerana Tun Dr. Mahathir meletakkan boss Hindraf sebagai Menteri Perpaduan, tidaklah kita dapat lihat betapa porak perandanya perpaduan kaum diwaktu ini dibawah kepimpinan mereka.

17. Jika tidak Kerana Tun Dr. Mahathir Melindungi Dr Zakir Naik, mungkin kita tidak kenal mana satu Pemimpin Muslim yang Munafik Dan Kita tak tahu Pemimpin Kafir yang hanya acah2 membela Islam.

Mungkin anda benci Tun Dr. Mahathir tetapi anda tidak boleh menolak realiti bahawa beliau adalah punca kepada terbukanya hijab kepura-puraan dan kecetekan pemikiran serta kemampuan kepimpinan PH.

Mungkin anda pelik mengapa TGHH dan Tok Mat memberi sokongan kepada Mahathir to keep his throne till next PRU.

Ini adalah kerana hanya Tun Mahathir yang berani rival dengan DAP, cekap bertarung dengan taktik sesumpah Anwar dan satu-satunya individu didalam PH yang mempunyai capability memerintah negara.

Do you think Anwar can do so? He can't even control his own party!.

Lihat segalanya dengan mata kiri dan kanan dengan fikiran terbuka.

InsyaAllah dalam musibah ada rahmatnya.

Sentiasa berdoa semoga Allah SWT masih mengurniakan rahmat dan keberkatan kepada kita dan Allah SWT juga yang menggerakkan hati Tun Mahathir dalam melakukan segalanya.

Inilah PERANCANGAN dan TAKDIR ALLAH SWT jua.

24/02/2020



Senarai ahli Parlimen ikut blok sokongan

Sekiranya pertukaran kerajaan yang berlaku dalam tempoh tidak sampai dua tahun Pakatan Harapan (PH) memerintah Malaysia, ia pasti menunjukkan bahawa hubungan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidaklah seharmoni disangka walaupun kedua-dua mereka dalam satu kapal mengemudi negara selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Berita berkaitan di https://bit.ly/38TWT51

Untuk lebih banyak bahan menarik, jangan lupa klik di Bio link kami di linkin.bio/sinarharian

Hidup Tun M
24/02/2020

Hidup Tun M

"PM interim memiliki semua kuasa yang diletakkan di bawah Pejabat Perdana Menteri, maklum Peguam Negara Tommy Thomas.

Jangan lupa malam ini.. bersama kita BERSATU menegakkan HARAPAN malaysia maju.
10/11/2019

Jangan lupa malam ini.. bersama kita BERSATU menegakkan HARAPAN malaysia maju.



Warga Tanjung Piai yang dikasihi,

Ayahanda Tun Dr Mahathir Mohamad akan hadir ke Ceramah Mega Pakatan Harapan seperti maklumat berikut:

13 November 2019
8.00 malam
Tapak Terminal Bas Kukup Laut

Sebarkan! Jom mai ramai-ramai bersama-sama pimpinan Pakatan Harapan.

Harapan.. terus maju
02/11/2019

Harapan.. terus maju

Jom support..
28/10/2019

Jom support..







Calon Pakatan Harapan PRK. P165 Tanjung Piai

Najib dh kena
03/07/2018

Najib dh kena




Susulan penahanan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), media masih ternanti-nantikan kenyataan daripada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ore tanoh meroh.. ado terima bantuan ko?
11/01/2018

Ore tanoh meroh.. ado terima bantuan ko?




Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membawa lebih banyak pembangunan kepada Kelantan berbanding ketika era Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Address

Tanah Merah

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PPBM Tanah Merah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share