Perpustakaan Desa Taman Sri Remah

Perpustakaan Desa Taman Sri Remah Perpustakaan Desa Taman Sri Remah merupakan sebuah perpustakaan yang terletak di Tanah Merah, Kelantan di mana telah dibuka secara rasmi pada Jun 2006.

23.08.2026 | AHADSTATUS KUALITI UDARA 23 OGOS 2026 | 9 PAGISumber: Jabatan Alam Sekitar
23/08/2026

23.08.2026 | AHAD

STATUS KUALITI UDARA 23 OGOS 2026 | 9 PAGI

Sumber: Jabatan Alam Sekitar








23.08.2026 | AHADSEMAK SEBELUM SEBAR πŸ“’Dalam menghadapi Monsun Barat Daya 2026, orang ramai disaran supaya tidak mudah me...
23/08/2026

23.08.2026 | AHAD

SEMAK SEBELUM SEBAR πŸ“’

Dalam menghadapi Monsun Barat Daya 2026, orang ramai disaran supaya tidak mudah mempercayai atau menyebarkan sebarang maklumat tanpa membuat semakan terlebih dahulu. Maklumat berkaitan cuaca, kualiti udara, bekalan air dan situasi semasa perlu dirujuk daripada sumber rasmi bagi memastikan kesahihannya.

Pastikan maklumat yang diterima datang daripada agensi atau saluran rasmi dan telah disahkan sebelum dikongsi. Elakkan menyebarkan berita yang belum pasti kerana maklumat yang tidak tepat boleh menimbulkan kekeliruan dan menjejaskan tindakan orang ramai ketika berdepan risiko bencana.

Sumber: Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana
Menteriο»Ώ








20/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ JOM LAFAZ IKRAR RUKUN NEGARA @ PD πŸ‡²πŸ‡Ύ

πŸ“… Tarikh: 18 Ogos 2026 (Selasa)
πŸ•’ Masa: 3.00 petang
πŸ“ Tempat: Perpustakaan Desa Taman Sri Remah

Marilah bersama-sama menyemarakkan semangat cintakan negara dan menghayati Rukun Negara sebagai asas perpaduan rakyat Malaysia.

β€œRukun Negara, Jiwa Perpaduan.” πŸ‡²πŸ‡Ύ





20.08.2026 | KHAMIS Hai semua! πŸŒŸπŸ“š Jom Sertai Aktiviti Maya Perpustakaan Desa Taman Sri Remah!πŸ’» Terbuka kepada semuaπŸ—“ Akt...
20/08/2026

20.08.2026 | KHAMIS

Hai semua! 🌟

πŸ“š Jom Sertai Aktiviti Maya Perpustakaan Desa Taman Sri Remah!
πŸ’» Terbuka kepada semua

πŸ—“ Aktiviti Maya: Teka Lagu Patriotik
⏰ Tarikh: 20.08.2026

πŸ“Œ Tuliskan jawapan anda di ruangan komen! πŸ‘






20.08.2026 | KHAMISπŸ“’ Pelarasan Harga Runcit Petroleum 20 Ogos 2026 - 26 Ogos 2026Harga runcit produk petroleum tanpa sub...
20/08/2026

20.08.2026 | KHAMIS

πŸ“’ Pelarasan Harga Runcit Petroleum 20 Ogos 2026 - 26 Ogos 2026

Harga runcit produk petroleum tanpa subsidi naik bagi tempoh 20 Ogos hingga 26 Ogos 2026 seiring dengan kenaikan harga minyak mentah dunia.

Ketidaktentuan mengenai pembukaan semula Selat Hormuz terus menimbulkan risiko gangguan bekalan minyak dunia, sekali gus memberi tekanan terhadap harga petroleum. Dengan itu, harga produk petroleum dijangka terus mengalami turun naik ketara dalam tempoh terdekat.

Penetapan harga runcit petrol dan diesel bagi tempoh 20 Ogos 2026 hingga 26 Ogos 2026 adalah :

β›½ RON97 ⬆️10sen kepada RM4.25 seliter
β›½ RON95 tanpa subsidi ⬆️15 sen kepada RM3.77 seliter
β›½ RON95 bersubsidi (BUDI95) kekal pada RM1.99 seliter
β›½ Petrol bersubsidi (SKPS) kekal pada RM2.05 seliter
πŸš› Diesel ⬆️20 sen kepada RM4.67 seliter
πŸš› Diesel Bersubsidi (SKDS) kekal pada RM2.15 seliter
πŸš› Diesel (BUDI Diesel) kekal pada RM2.10 seliter

Kerajaan MADANI akan terus mengambil pendekatan berhemah bagi melindungi rakyat daripada turun naik harga, di samping memastikan bekalan bahan api negara kekal mencukupi dan terjamin.

Sumber: Kementerian Kewangan








20.08.2026 | KHAMISKeselamatan Anak-Anak Bermula Dengan Tanggungjawab Ibu Bapa.Pastikan anak-anak memakai topi keledar s...
20/08/2026

20.08.2026 | KHAMIS

Keselamatan Anak-Anak Bermula Dengan Tanggungjawab Ibu Bapa.

Pastikan anak-anak memakai topi keledar setiap kali menaiki motosikal. Tindakan kecil hari ini mampu melindungi nyawa mereka pada masa hadapan.

Walaupun perjalanannya dekat, risiko kemalangan tetap wujud. Topi keledar yang bersesuaian, dipakai dengan betul dan diikat kemas mampu mengurangkan risiko kecederaan serius pada bahagian kepala.

Sumber: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia








19.08.2026 | RABU𝟭𝟬𝟰 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗑, π—£π—’π—žπ—§π—”π—₯ π—žπ—˜π—‘π—”π—‘π—š π——π—˜π—₯π—œπ—§π—”, π—žπ—œπ—‘π—œ π—‘π—œπ—žπ— π—”π—§π—œ π—˜π—₯π—§π—œ π— π—˜π—₯π——π—˜π—žπ—”   : Pengalaman hidup dalam ketakutan, diseks...
19/08/2026

19.08.2026 | RABU

𝟭𝟬𝟰 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗑, π—£π—’π—žπ—§π—”π—₯ π—žπ—˜π—‘π—”π—‘π—š π——π—˜π—₯π—œπ—§π—”, π—žπ—œπ—‘π—œ π—‘π—œπ—žπ— π—”π—§π—œ π—˜π—₯π—§π—œ π— π—˜π—₯π——π—˜π—žπ—”

: Pengalaman hidup dalam ketakutan, diseksa dan dipaksa bekerja membina kubu tentera Jepun menjadi antara kenangan yang masih segar dalam ingatan Mukhtar Mamat, 104, yang lebih mesra disapa Poktar.

Menceritakan pengalaman getirnya itu, Poktar yang menetap di Kampung Teras berkata kehidupan sebelum negara mencapai kemerdekaan sangat sukar, apabila masyarakat berdepan kekurangan pekerjaan dan makanan.

Lebih tujuh dekad selepas negara mencapai kemerdekaan, kesusahan hidupnya masih segar dalam ingatan warga emas itu, kerana rakyat bukan sahaja berhadapan kekurangan makanan, malah terpaksa melakukan pekerjaan yang diarahkan pihak Jepun.

Berita penuh : https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2595418

πŸ“Έ fotoBERNAMA

Sumber: BERNAMA








HKHM, tentera Jepun, Poktar

19.08.2026 | RABUPeperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 akan diadakan bermula 23 Nov hingga 17 Dis dep...
19/08/2026

19.08.2026 | RABU

Peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 akan diadakan bermula 23 Nov hingga 17 Dis depan, menurut Kementerian Pendidikan (KPM).

Sumber: Kementerian Pendidikan








18.08.2026 | SELASAPATUHI HAD LAJU, HARGAI NYAWAKelajuan yang berlebihan bukan sahaja melanggar undang-undang, malah men...
18/08/2026

18.08.2026 | SELASA

PATUHI HAD LAJU, HARGAI NYAWA

Kelajuan yang berlebihan bukan sahaja melanggar undang-undang, malah mengurangkan masa untuk bertindak balas ketika berdepan situasi kecemasan di jalan raya. Semakin tinggi kelajuan, semakin jauh jarak membrek dan semakin besar risiko berlakunya kemalangan yang boleh mengakibatkan kecederaan atau kehilangan nyawa.

Patuhi had laju yang telah ditetapkan kerana ia diwujudkan demi keselamatan semua pengguna jalan raya. Brlah perjalanan mengambil sedikit masa, asalkan anda dan insan tersayang tiba di destinasi dengan selamat.

Sumber: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia








18.08.2026 | SELASA 🚨 π†π„πŒππ€ ππ”πŒπˆ ππ„π‘π‹π€πŠπ” 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 π€πŒπ€π‘π€π. πŠπ„π’πˆπ€ππ’πˆπ€π†π€π€π ππ„π‘πŒπ”π‹π€ π’π„πŠπ€π‘π€ππ†.πŸ›˜ Gempa bumi tidak dapat diramal. ...
18/08/2026

18.08.2026 | SELASA

🚨 π†π„πŒππ€ ππ”πŒπˆ ππ„π‘π‹π€πŠπ” 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 π€πŒπ€π‘π€π. πŠπ„π’πˆπ€ππ’πˆπ€π†π€π€π ππ„π‘πŒπ”π‹π€ π’π„πŠπ€π‘π€ππ†.

πŸ›˜ Gempa bumi tidak dapat diramal. Oleh itu, MET Malaysia sentiasa bersedia melalui Sistem Amaran Awal Gempa Bumi dan Tsunami Nasional Malaysia (SAATNM) yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu, setiap aktiviti seismik dan perubahan aras laut dipantau secara berterusan bagi memastikan amaran dapat disampaikan dengan pantas sekiranya diperlukan.

Pemantauan aktiviti seismik:
πŸ”Ή 80 Stesen Seismik
πŸ”Ή 25 Tolok Pasang Surut
πŸ”Ή 83 Siren Tsunami

πŸ›˜ Semua peralatan ini diselenggara dan diuji mengikut jadual yang ditetapkan bagi memastikan tahap kebolehpercayaan dan kesiapsiagaan sentiasa berada pada tahap optimum.

Sekiranya berlaku gegaran:
βœ… Kekal tenang.
βœ… Dapatkan maklumat hanya daripada saluran rasmi MET Malaysia.
βœ… Jangan sebarkan maklumat yang tidak sahih.

Orang awam disarankan sentiasa mendapatkan maklumat berkaitan gempa bumi dan tsunami daripada saluran rasmi MET Malaysia.

Sumber: Kementerian Sumber Asli Dan Kelestarian Alam








Address

Taman Sri Remah
Tanah Merah
17500

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 15:30
Sunday 08:30 - 17:00

Telephone

+6099551384

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Desa Taman Sri Remah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category