22/07/2026
ππππ πππππππππ ππππππππ ππππππππππ πππππππππ πππππππ ππππ ππππ ππ πππππ πππππ ππππ ππππ
Tanah Merah, 9 Julai β Balai Polis Gual Ipoh menjadi lokasi sesi penilaian Pertandingan Anugerah Pengurusan Perumahan Terbaik PDRM (APPTPDRM) Tahun 2026 Peringkat Kontinjen Kelantan.
Program dihadiri YDH Supt. Mohd Haki Hasbullah Ketua Polis Daerah Tanah Merah, bersama DSP Zamri Mustaffa @ Dollah, Timbalan Ketua Polis Daerah, barisan Ketua Bahagian, pegawai kanan, Ketua-Ketua Polis Balai, pegawai rendah polis, pegawai awam, serta ahli PERKEP.
Rombongan panel penilai diketuai Supt. Wan Ahmad Fauzi Wan Mahmud bersama ahli panel dan urusetia dari IPK Kelantan. Ketibaan mereka disambut dengan iringan berkuda, persembahan Muay Thai komuniti setempat sebagai simbolik hubungan Polis bersama masyarakat, sesi taklimat, lawatan ke kawasan berek dan rumah contoh serta rumah PERKEP sebelum majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati.
Secara keseluruhannya, panel penilai berpuas hati dengan pembentangan, dokumentasi serta pengurusan perumahan di Balai Polis Gual Ipoh. Namun, beberapa cadangan penambahbaikan dikemukakan, termasuk memperincikan aspek pengurusan perumahan dan kewangan, keselamatan, kebersihan, pengurusan parkir serta memperkukuhkan pembentangan dengan dokumentasi dan gambar yang lebih lengkap bagi memudahkan proses penilaian.