APM TANAH MERAH

APM TANAH MERAH respon panggilan kecemasan 999

🚨 OPERASI POKOK TUMBANG 🌳3 September 2026 | Kg Sat Tengah, 17500 Tanah Merah, KelantanAngkatan Pertahanan Awam Malaysia ...
03/09/2026

🚨 OPERASI POKOK TUMBANG 🌳

3 September 2026 | Kg Sat Tengah, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Tanah Merah telah melaksanakan operasi pemotongan dan pembersihan pokok tumbang yang menghalang laluan di Kg Sat Tengah, Tanah Merah.

Operasi melibatkan 4 orang anggota dengan menggunakan kenderaan CD 009. Pasukan bertindak pantas menjalankan kerja-kerja pemotongan, pengalihan serta pembersihan pokok bagi memastikan laluan kembali selamat dan dapat digunakan oleh orang awam.
⏰ Masa keluar: 1820H
⏰ Masa masuk: 1903H
✅ Status: Operasi Berjaya

Syabas dan terima kasih kepada seluruh anggota APM yang terlibat atas komitmen, kerjasama dan tindakan pantas dalam memastikan keselamatan serta kelancaran laluan awam.
APM Daerah Tanah Merah
Sedia • Pantas • Berintegriti
📞 09-9502261

Jabatan Perdana Menteri

APM Negeri Kelantan













🐍 OPERASI KES MENANGKAP ULARTarikh: 2 September 2026Jenis Kes: KMU (Sawa)Lokasi: Kampung Paloh Hilir, 17500 Tanah Merah,...
02/09/2026

🐍 OPERASI KES MENANGKAP ULAR

Tarikh: 2 September 2026
Jenis Kes: KMU (Sawa)
Lokasi: Kampung Paloh Hilir, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Tanah Merah telah menerima tindakan bagi kes ular sawa yang ditemui di kawasan rumah penduduk di Kampung Paloh Hilir, Tanah Merah.
Seramai 4 orang anggota APM telah digerakkan menggunakan kenderaan CD 009 bagi menjalankan operasi menangkap dan mengalihkan ular tersebut ke lokasi yang selamat.

Operasi bermula pada 1020H dan anggota kembali pada 1055H. Hasil tindakan pantas dan kerjasama anggota, ular sawa berjaya ditangkap serta operasi diselesaikan dengan selamat dan berjaya.
APM Daerah Tanah Merah sentiasa komited memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dalam memastikan keselamatan awam sentiasa terpelihara.

Sedia, Pantas, Berintegriti.
APM Sentiasa Di Sisi Rakyat.

Jabatan Perdana Menteri

APM Negeri Kelantan













🇲🇾 69 TAHUN MALAYSIA MERDEKA 🇲🇾“Amanah Digalas, Kesejahteraan Dikongsi!”Kesejahteraan sejati lahir daripada rakyat yang ...
31/08/2026

🇲🇾 69 TAHUN MALAYSIA MERDEKA 🇲🇾
“Amanah Digalas, Kesejahteraan Dikongsi!”

Kesejahteraan sejati lahir daripada rakyat yang bersatu padu, saling menghormati dan bersama-sama mempertahankan keamanan serta kedaulatan negara.

Sempena Hari Kemerdekaan Ke-69, marilah kita menyemarakkan semangat patriotisme dan terus menghargai nikmat keamanan yang dikecapi. Kedaulatan negara dipertahankan, kesejahteraan rakyat diutamakan.

🇲🇾 Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-69
daripada kami,
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Tanah Merah

Bersatu • Berdaulat • Berkat
Demi Malaysia Tercinta 🇲🇾

🛡️ STANDBY PC LARIAN SEMARAK MERDEKAR 3.0 🇲🇾Pada 30 Ogos 2026, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Tanah Mera...
30/08/2026

🛡️ STANDBY PC LARIAN SEMARAK MERDEKAR 3.0 🇲🇾

Pada 30 Ogos 2026, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Tanah Merah telah melaksanakan penugasan Standby Pasukan Perubatan (PC) sempena Larian Semarak Merdekar 3.0 yang berlangsung di Dataran Bukit Bunga, Tanah Merah, Kelantan.

Penugasan melibatkan 1 orang pegawai dan 2 orang anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) serta disokong dengan 1 buah ambulans APM (CD 208) bagi memastikan kesiapsiagaan dan tindakan pantas sekiranya berlaku sebarang kecemasan atau insiden sepanjang program berlangsung.

Pasukan APM turut memberikan bantuan awal dan pemantauan keselamatan kepada peserta yang memerlukan rawatan, di samping memastikan aspek keselamatan serta kebajikan peserta sentiasa diberi perhatian.

Komitmen dan kesiapsiagaan anggota APM mencerminkan iltizam dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat selaras dengan prinsip “Sedia, Pantas, Berintegriti.”

APM Daerah Tanah Merah — Sentiasa Siap Sedia. 🇲🇾🧡💙

Jabatan Perdana Menteri

APM Negeri Kelantan













 Pada 29 Ogos 2026, APM Daerah Tanah Merah telah menerima satu panggilan berkaitan MSS (Tebuan) di FELDA Kemahang 1, 175...
29/08/2026



Pada 29 Ogos 2026, APM Daerah Tanah Merah telah menerima satu panggilan berkaitan MSS (Tebuan) di FELDA Kemahang 1, 17500 Tanah Merah, Kelantan.

Seramai 1 pegawai dan 3 anggota lain-lain pangkat telah digerakkan menggunakan kenderaan CD 009 bagi menjalankan pemeriksaan serta tindakan penghapusan sarang tebuan di bahagian atas rumah. Operasi bermula pada 2023H dan selesai pada 2135H.

Hasil tindakan pantas dan kerjasama anggota, operasi telah dilaksanakan dengan selamat dan berjaya, sekali gus membantu memastikan keselamatan penghuni serta persekitaran kawasan berkenaan.

APM Daerah Tanah Merah — Sedia, Pantas, Berintegriti.

Jabatan Perdana Menteri

APM Negeri Kelantan













SELAMAT MAJU JAYASetinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada WAN ZURIANA BINTI WAN HASSAN, (Pembantu Tadb...
27/08/2026

SELAMAT MAJU JAYA

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada WAN ZURIANA BINTI WAN HASSAN, (Pembantu Tadbir (P/O) Gred N2) , atas segala khidmat bakti, komitmen dan dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat bersama APM Tanah Merah.

Beliau akan meneruskan perkhidmatan dan bertukar ke Pejabat Negeri Pertahanan Awam Kelantan. Walaupun berpindah ke tempat bertugas yang baharu, segala jasa, sumbangan dan kenangan bersama warga APM Tanah Merah akan sentiasa dihargai dan dikenang.

Semoga pertukaran ini menjadi satu langkah baharu yang membawa lebih banyak kejayaan dan pengalaman bermakna. Selamat maju jaya di tempat bertugas yang baharu dan semoga terus cemerlang dalam menjalankan amanah serta tanggungjawab.

Ikhlas daripada Warga APM Tanah Merah.

PROGRAM JIWA KOMUNITI MADANI – HARI KEBANGSAAN & HARI MALAYSIA 2026Program Jiwa Komuniti Madani: Hari Kebangsaan & Hari ...
27/08/2026

PROGRAM JIWA KOMUNITI MADANI – HARI KEBANGSAAN & HARI MALAYSIA 2026

Program Jiwa Komuniti Madani: Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2026 telah berlangsung pada 27 Ogos 2026 (Khamis) bertempat di Dewan Datuk Hj. Hashim Safin, SMK Belimbing, Tanah Merah.

Program ini diadakan bagi menyemarakkan semangat patriotisme, perpaduan dan kecintaan terhadap negara dalam kalangan warga sekolah serta komuniti setempat. Penganjuran program ini juga menjadi platform untuk memupuk semangat kebersamaan, saling menghormati dan mengeratkan hubungan antara masyarakat.

Majlis turut dirasmikan oleh YABrs. Encik Wan Ahmad Suwaidi bin Zainal Abidin, Ketua Jajahan Tanah Merah. Diharapkan program ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya perpaduan serta menyemarakkan semangat menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Turut Hadir Bersama: Lt. (Pa) Ahmad Izanuddin Bin Huzaizi (Timb PPAD Tanah Merah)

Malaysia Madani, Jiwa Komuniti! 🇲🇾

Jabatan Perdana Menteri

APM Negeri Kelantan













Operasi MHL (Biawak) 🦎🚨Pada 26 Ogos 2026, APM Daerah Tanah Merah telah menerima tindakan bagi kes MHL (Biawak) di No. 9,...
26/08/2026

Operasi MHL (Biawak) 🦎🚨

Pada 26 Ogos 2026, APM Daerah Tanah Merah telah menerima tindakan bagi kes MHL (Biawak) di No. 9, Jalan Pasir, Tanah Merah, Kelantan.

Operasi bermula pada 1352H dan tamat pada 1410H, melibatkan kekuatan 4 orang anggota lain-lain pangkat dengan menggunakan kenderaan CD009. Anggota bertindak pantas dan selamat dalam usaha menangkap serta mengawal biawak yang berada di kawasan berkenaan.

Operasi telah dilaksanakan dengan jayanya tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

CEKAP • PANTAS • BERINTEGRITI
APM Daerah Tanah Merah – Sentiasa Siap Sedia


Jabatan Perdana Menteri

APM Negeri Kelantan













🌙 SALAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M 🌙✨ “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu...
24/08/2026

🌙 SALAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M 🌙

✨ “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu.”
— Surah Al-Ahzab: 21

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Tanah Merah mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H kepada seluruh umat Islam.

Marilah kita bersama-sama menghayati dan meneladani akhlak mulia, sifat kepimpinan serta perjuangan Rasulullah SAW dalam membentuk kehidupan yang berteraskan kasih sayang, perpaduan, keimanan dan nilai kemanusiaan.

Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menjadi penghayatan untuk kita terus memperkukuhkan ukhuwah, memperbanyakkan selawat serta mengamalkan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.

🤲 Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Sembah Takzim Daripada
Lt PA Isma Shamizie Bin Mohd Rahim
(PPAD Tanah Merah)
Dan Seluruh Warga Kerja APM Tanah Merah

OPERASI MENANGKAP ULAR SAWA BATIK | APM DAERAH TANAH MERAH📅 24 Ogos 2026📍 Manal 1 – No. 99, 17500 Tanah Merah, Kelantan🐍...
24/08/2026

OPERASI MENANGKAP ULAR SAWA BATIK | APM DAERAH TANAH MERAH

📅 24 Ogos 2026
📍 Manal 1 – No. 99, 17500 Tanah Merah, Kelantan
🐍 Jenis Kes: KMU (Sawa Batik)

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Tanah Merah telah melaksanakan operasi menangkap seekor ular sawa batik yang ditemui di kawasan sekitar Manal 1.

Operasi bermula pada 2046H dan berjaya diselesaikan pada 2110H dengan kekuatan 1 pegawai dan 3 anggota lain-lain pangkat menggunakan kenderaan CD 205.

Hasil tindakan pantas dan kerjasama anggota di lokasi, ular berjaya ditangkap dengan selamat dan operasi berakhir dengan status operasi berjaya. 💪🐍

📞 Sebarang kecemasan, hubungi 999.

APM Daerah Tanah Merah
Sedia Pantas, Berintegriti


Jabatan Perdana Menteri

APM Negeri Kelantan













Address

JKR 529, Jalan PEGAWAI
Tanah Merah
17500

Telephone

+6099502263

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when APM TANAH MERAH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to APM TANAH MERAH:

Shortcuts

Share