Jabatan Kerja Raya Jajahan Tanah Merah

Jabatan Kerja Raya Jajahan Tanah Merah Teknikal dan Perkhidmatan

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐ˆ๐๐“๐„๐†๐‘๐ˆ๐“๐ˆ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข ๐๐ž๐ฆ๐š๐œ๐ฎ ๐๐ซ๐ž๐ฌ๐ญ๐š๐ฌ๐ข, ๐‘๐š๐ฌ๐ฎ๐š๐ก ๐ƒ๐ข๐ญ๐จ๐ฅ๐š๐ค, ๐€๐ฆ๐š๐ง๐š๐ก ๐ƒ๐ข๐ฃ๐ฎ๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐ 23 Ogos 2026Jabatan Kerja Raya (JKR) Jajahan...
23/08/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐ˆ๐๐“๐„๐†๐‘๐ˆ๐“๐ˆ
๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข ๐๐ž๐ฆ๐š๐œ๐ฎ ๐๐ซ๐ž๐ฌ๐ญ๐š๐ฌ๐ข, ๐‘๐š๐ฌ๐ฎ๐š๐ก ๐ƒ๐ข๐ญ๐จ๐ฅ๐š๐ค, ๐€๐ฆ๐š๐ง๐š๐ก ๐ƒ๐ข๐ฃ๐ฎ๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐ 

23 Ogos 2026

Jabatan Kerja Raya (JKR) Jajahan Tanah Merah berbesar hati menerima kunjungan dan perkongsian ilmu daripada PsK Wan Siti Junaida binti Ismail, Ketua Cawangan Pendidikan Masyarakat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Kelantan, menerusi Taklimat Integriti bertajuk โ€œIntegriti Pemacu Prestasi, Rasuah Ditolak, Amanah Dijunjung.โ€

Kehadiran Ketua Cawangan Pendidikan Masyarakat SPRM Negeri Kelantan ini telah disambut oleh Ir. Wan Fairos bin Wan Mohd Zawawi, Jurutera Jajahan, bersama Ir. Mohd Hafiz bin Abdullah, Jurutera Awam (Jalan), Pn. Nooraini binti Salleh, Jurutera Awam (Bangunan) serta warga kerja JKR Jajahan Tanah Merah.

Kehadiran PsK Wan Siti Junaida binti Ismail ke JKR Jajahan Tanah Merah adalah bagi berkongsi ilmu, pengalaman serta maklumat berkaitan integriti dan pencegahan rasuah, khususnya dalam memperkukuh kefahaman dan kesedaran warga kerja terhadap kepentingan membudayakan nilai integriti dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab.

Sesi perkongsian ini turut memberi pendedahan mengenai kepentingan menolak sebarang bentuk rasuah, salah guna kuasa dan pelanggaran integriti, di samping mengamalkan prinsip kerja yang telus, berakauntabiliti dan berlandaskan nilai amanah.

Semoga perkongsian ilmu dan pengalaman yang disampaikan dapat memberi manfaat kepada seluruh warga kerja serta terus menyemarakkan budaya integriti dalam organisasi demi memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang berkualiti, profesional dan berakauntabiliti.

Integriti bukan sekadar nilai, tetapi asas dalam membina kepercayaan dan kecemerlangan perkhidmatan.

"๐‘ซ๐‘ฌ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘ฝ๐‘ฌ๐‘น๐’€ ๐‘ฐ๐‘บ ๐‘ถ๐‘ผ๐‘น ๐‘ท๐‘น๐‘ฐ๐‘ถ๐‘น๐‘ฐ๐‘ป๐’€"
โ€œ๐‘ฑ๐‘ฒ๐‘น ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ต๐‘ป๐‘ฐ๐‘จ๐‘บ๐‘จ ๐‘ซ๐‘ฐ ๐‘ฏ๐‘จ๐‘ป๐‘ฐ, ๐‘ป๐‘จ๐‘ต๐‘จ๐‘ฏ ๐‘ด๐‘ฌ๐‘น๐‘จ๐‘ฏ ๐‘ซ๐‘ฐ ๐‘ด๐‘ฌ๐‘น๐‘ช๐‘ผโ€







๐‡๐„๐๐€๐‡๐€๐ ๐๐Ž๐“๐ˆ๐’ ๐’๐„๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐†๐€ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐‰๐Š๐‘ ๐‰๐€๐‰๐€๐‡๐€๐ ๐“๐€๐๐€๐‡ ๐Œ๐„๐‘๐€๐‡JKR.TM/SJ/N/J 9/2026KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN GARISAN JALAN SER...
19/08/2026

๐‡๐„๐๐€๐‡๐€๐ ๐๐Ž๐“๐ˆ๐’ ๐’๐„๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐†๐€ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐‰๐Š๐‘ ๐‰๐€๐‰๐€๐‡๐€๐ ๐“๐€๐๐€๐‡ ๐Œ๐„๐‘๐€๐‡

JKR.TM/SJ/N/J 9/2026

KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN GARISAN JALAN SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI KM 0.00, JALAN-JALAN NEGERI (LALUAN D402/D198/D190) TANAH MERAH, KELANTAN

18/08/2026
SALAM TAKZIAHุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽDukacita dimaklumkan bahawa En. Mohd Wazir...
15/08/2026

SALAM TAKZIAH

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽ

Dukacita dimaklumkan bahawa En. Mohd Wazir bin Yaacob, mantan kakitangan Jabatan Kerja Raya Jajahan Tanah Merah, telah kembali ke Rahmatullah pada 15 Ogos 2026.

Seluruh warga kerja Jabatan Kerja Raya Jajahan Tanah Merah merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa dan kesalahan Allahyarham, menerima segala amal kebajikan, melapangkan serta menerangi alam kuburnya dan menempatkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Semoga seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan ini.

Al-Fatihah. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

๐€๐”๐ƒ๐ˆ๐“ ๐’๐ˆ๐’๐“๐„๐Œ ๐๐„๐๐†๐”๐‘๐”๐’๐€๐ ๐€๐๐“๐ˆ ๐‘๐€๐’๐”๐€๐‡ (๐’๐๐€๐‘) ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Alhamdulillah, Audit Sistem Pengurusan Anti Rasuah (SPAR) Tahun 2026 tela...
13/08/2026

๐€๐”๐ƒ๐ˆ๐“ ๐’๐ˆ๐’๐“๐„๐Œ ๐๐„๐๐†๐”๐‘๐”๐’๐€๐ ๐€๐๐“๐ˆ ๐‘๐€๐’๐”๐€๐‡ (๐’๐๐€๐‘) ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Alhamdulillah, Audit Sistem Pengurusan Anti Rasuah (SPAR) Tahun 2026 telah berlangsung selama tiga (3) hari, bermula 11 hingga 13 Ogos 2026, melibatkan Ibu Pejabat JKR Negeri Kelantan, JKR Jajahan Tanah Merah dan JKR Jajahan Pasir Mas.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pasukan Audit SPAR yang diketuai oleh Ir. Ts. Shunoreena binti Mohd Shukor selaku Ketua Pasukan Audit (KPA), bersama Encik Mohd Nazri bin Mohamed, Ir. Muaz bin Rushdan dan Puan Lim Choon Bee selaku Juruaudit Dalaman (JAD), atas komitmen, kerjasama dan profesionalisme yang diberikan sepanjang pelaksanaan audit.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga kerja JKR Jajahan Tanah Merah atas pencapaian CEMERLANG dalam Audit SPAR 2026. ๐Ÿ†๐Ÿ‘๐Ÿป

Pencapaian ini merupakan hasil daripada komitmen, kerjasama, disiplin dan kesungguhan seluruh warga JKR Tanah Merah dalam memastikan pelaksanaan Sistem Pengurusan Anti Rasuah sentiasa diperkasa dan dilaksanakan secara berkesan.

Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin kepada seluruh warga JKR Tanah Merah untuk terus memperkukuh budaya integriti, akauntabiliti dan tadbir urus yang baik, serta mengekalkan kecemerlangan pada masa akan datang.

Tahniah warga JKR Tanah Merah!
Integriti Diperkasa, Penyampaian Perkhidmatan Berkualiti. ๐Ÿ’ช๐Ÿปโœจ

"๐‘ซ๐‘ฌ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘ฝ๐‘ฌ๐‘น๐’€ ๐‘ฐ๐‘บ ๐‘ถ๐‘ผ๐‘น ๐‘ท๐‘น๐‘ฐ๐‘ถ๐‘น๐‘ฐ๐‘ป๐’€"
โ€œ๐‘ฑ๐‘ฒ๐‘น ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ต๐‘ป๐‘ฐ๐‘จ๐‘บ๐‘จ ๐‘ซ๐‘ฐ ๐‘ฏ๐‘จ๐‘ป๐‘ฐ, ๐‘ป๐‘จ๐‘ต๐‘จ๐‘ฏ ๐‘ด๐‘ฌ๐‘น๐‘จ๐‘ฏ ๐‘ซ๐‘ฐ ๐‘ด๐‘ฌ๐‘น๐‘ช๐‘ผโ€






1 HARI LAGI MENUJU HARI TERBUKA JKR KELANTAN โ€ผ๏ธ
12/08/2026

1 HARI LAGI MENUJU HARI TERBUKA JKR KELANTAN โ€ผ๏ธ

๐ŸŽ‰HARI TERBUKA JKR KELANTAN 2026 & K&S EXPO (KEJURUTERAAN & SENIBINA) ๐Ÿ—๏ธ

Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Kelantan membawakan ekspo kejuruteraan dan seni bina terbesar tahun ini! Membawa tema " Reka Bentuk Pintar, Pembinaan Efisien" , pelbagai pengisian menarik, pameran teknologi pembinaan terkini, dan ruang jaringan perniagaan menanti anda!

๐Ÿ“Œ BUTIRAN EVENT:

๐Ÿ“… Tarikh: 13 โ€“ 16 Ogos 2026 (Khamis โ€“ Ahad)
โฐ Masa: 10:00 Pagi โ€“ 10:00 Malam
๐Ÿ“ Lokasi: KB Mall, Kota Bharu, Kelantan

โœจ APA YANG MENARIK DI SINI?
๐Ÿ”น Pameran Pembekal & Bahan Binaan: Lihat teknologi IBS, bahan binaan moden, dan reka bentuk seni bina/dalaman terkini.
๐Ÿ”น Demonstrasi Teknologi & Produk: Sesi demonstrasi langsung penggunaan bahan binaan di Pentas Demonstrasi.
๐Ÿ”น Bengkel Teknikal Kontraktor: Pengisian berfokuskan Occupational Safety and Health (OSH) dan kualiti kerja.
๐Ÿ”น Sesi Business Matching & Networking: Platform terbaik untuk kontraktor (G1โ€“G7), arkitek, konsultan, dan pemaju meluaskan rangkaian profesional!

๐Ÿ‘ฅ SIAPA YANG PATUT HADIR?
Kontraktor, arkitek, jurutera, pelajar bidang teknikal, pemilik rumah yang nak cari idea/bahan binaan, serta orang awamโ€”semua dijemput hadir! Masuk adalah PERCUMA

Jangan lepaskan peluang ini untuk bersama-sama membina masa depan industri pembinaan yang lebih efisien dan maju!

12/08/2026

1 HARI LAGI MENUJU HARI TERBUKA JKR KELANTAN โ€ผ๏ธโ€ผ๏ธ

๐ŸŽ‰HARI TERBUKA JKR KELANTAN 2026 & K&S EXPO (KEJURUTERAAN & SENIBINA) ๐Ÿ—๏ธ

Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Kelantan membawakan ekspo kejuruteraan dan seni bina terbesar tahun ini! Membawa tema " Reka Bentuk Pintar, Pembinaan Efisien" , pelbagai pengisian menarik, pameran teknologi pembinaan terkini, dan ruang jaringan perniagaan menanti anda!

๐Ÿ“Œ BUTIRAN EVENT:

๐Ÿ“… Tarikh: 13 โ€“ 16 Ogos 2026 (Khamis โ€“ Ahad)
โฐ Masa: 10:00 Pagi โ€“ 10:00 Malam
๐Ÿ“ Lokasi: KB Mall, Kota Bharu, Kelantan

โœจ APA YANG MENARIK DI SINI?
๐Ÿ”น Pameran Pembekal & Bahan Binaan: Lihat teknologi IBS, bahan binaan moden, dan reka bentuk seni bina/dalaman terkini.
๐Ÿ”น Demonstrasi Teknologi & Produk: Sesi demonstrasi langsung penggunaan bahan binaan di Pentas Demonstrasi.
๐Ÿ”น Bengkel Teknikal Kontraktor: Pengisian berfokuskan Occupational Safety and Health (OSH) dan kualiti kerja.
๐Ÿ”น Sesi Business Matching & Networking: Platform terbaik untuk kontraktor (G1โ€“G7), arkitek, konsultan, dan pemaju meluaskan rangkaian profesional!

๐Ÿ‘ฅ SIAPA YANG PATUT HADIR?
Kontraktor, arkitek, jurutera, pelajar bidang teknikal, pemilik rumah yang nak cari idea/bahan binaan, serta orang awamโ€”semua dijemput hadir! Masuk adalah PERCUMA

Jangan lepaskan peluang ini untuk bersama-sama membina masa depan industri pembinaan yang lebih efisien dan maju!

11/08/2026

๐ŸŽ ๐—›๐—”๐——๐—œ๐—”๐—› ๐—”๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—•๐—ข๐— ! ๐Ÿ’ฃ

Penerimaan atau pemberian hadiah yang tidak mengikut peraturan boleh menimbulkan konflik kepentingan, menjejaskan integriti serta mencemarkan imej jabatan.

๐Ÿšซ Tolak hadiah yang tidak sepatutnya.

๐Ÿค Jika sukar untuk menolak, sila rujuk Ketua Jabatan bagi mendapatkan nasihat dan tindakan yang sewajarnya.
Marilah kita bersama-sama membudayakan integriti dalam setiap urusan dan memastikan penyampaian perkhidmatan awam sentiasa telus, amanah dan bebas rasuah.

๐—ง๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—ž ๐—›๐—”๐——๐—œ๐—”๐—›. ๐—ž๐—˜๐—ž๐—”๐—Ÿ๐—ž๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐—ง๐—˜๐—š๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ




๐๐„๐‘๐‹๐€๐Š๐’๐€๐๐€๐€๐ ๐”๐๐ƒ๐ˆ๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€๐‰๐Š๐‘ ๐‰๐€๐‰๐€๐‡๐€๐ ๐“๐€๐๐€๐‡ ๐Œ๐„๐‘๐€๐‡11 Ogos 2026 | Selasa๐Ÿ“ Bilik Perhimpunan, JKR Tanah MerahTelah berlangsu...
11/08/2026

๐๐„๐‘๐‹๐€๐Š๐’๐€๐๐€๐€๐ ๐”๐๐ƒ๐ˆ๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€
๐‰๐Š๐‘ ๐‰๐€๐‰๐€๐‡๐€๐ ๐“๐€๐๐€๐‡ ๐Œ๐„๐‘๐€๐‡

11 Ogos 2026 | Selasa
๐Ÿ“ Bilik Perhimpunan, JKR Tanah Merah

Telah berlangsung sesi pendaftaran undian dan cabutan undi bagi tawaran kerja undi JKR Jajahan Tanah Merah pada hari ini.

Sebanyak tiga (3) tawaran kerja telah melalui proses undian, iaitu:

๐Ÿ”น JKRTM/UNDI/N/J 1/2026
Kerja-kerja penyelenggaraan garisan jalan serta kerja-kerja berkaitan di KM 0.30, Jalan Kelewek - Kg Air Sejuk (Laluan D 509), Tanah Merah, Kelantan.

๐Ÿ”น JKRTM/UNDI/N/J 2/2026
Kerja-kerja penyelenggaraan garisan jalan serta kerja-kerja berkaitan di KM 0.00, Jalan Kg Ipoh - Kg Bukit Pauh (Laluan D 197), Tanah Merah, Kelantan.

๐Ÿ”น JKRTM/UNDI/N/J 3/2026
Kerja-kerja penyelenggaraan garisan jalan serta kerja-kerja berkaitan di KM 0.30, Jalan Spg. 3 Bukit Pauh - Spg. 3 Bijeh (Laluan D 199), Tanah Merah, Kelantan.

Sesi undian ini dilaksanakan secara telus dan teratur mengikut tatacara serta peraturan yang telah ditetapkan.

Terima kasih kepada semua pihak yang hadir dan terlibat dalam menjayakan proses undian kerja JKR Jajahan Tanah Merah.

"๐‘ซ๐‘ฌ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘ฝ๐‘ฌ๐‘น๐’€ ๐‘ฐ๐‘บ ๐‘ถ๐‘ผ๐‘น ๐‘ท๐‘น๐‘ฐ๐‘ถ๐‘น๐‘ฐ๐‘ป๐’€"
โ€œ๐‘ฑ๐‘ฒ๐‘น ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ต๐‘ป๐‘ฐ๐‘จ๐‘บ๐‘จ ๐‘ซ๐‘ฐ ๐‘ฏ๐‘จ๐‘ป๐‘ฐ, ๐‘ป๐‘จ๐‘ต๐‘จ๐‘ฏ ๐‘ด๐‘ฌ๐‘น๐‘จ๐‘ฏ ๐‘ซ๐‘ฐ ๐‘ด๐‘ฌ๐‘น๐‘ช๐‘ผโ€





Address

Pejabat Jurutera Jajahan Jkr Tanah Merah
Tanah Merah
17500

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6099556040

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Kerja Raya Jajahan Tanah Merah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Kerja Raya Jajahan Tanah Merah:

Shortcuts

Share