16/01/2025
ππππππππ ππππππππππππ πππππ ππππππππ πππππππ πππππππ ππππππππ πππππππππ πππππππ πππππππ πππππππππ πππ πππππππππ ππππππ πππππ πππππππππ ππππ πππππππ πππππππ πππππππππ ππππππππ πππππ πππππ (πππ)
14 Januari 2025 - Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental HTM dengan kerjasama Ahli Lembaga Pelawat Psikiatri HTM (ALPH) telah menganjurkan aktiviti gotong royong membersihkan dan baikpulih salah sebuah rumah pesakit psikiatri bertempat di Kampung Gobek, Tanah Merah.
Sebagai simbolik, pasukan ini telah dilepaskan oleh YBrs Dr Mohd Nasir bin Abdul Kadir, Pengarah Hospital di Foyer Kompleks Emerald. Dalam ucapan ringkas, beliau turut memberi sokongan penuh untuk kelancaran program pada hari ini dan berharap program sebegini dapat dilaksanakan secara berterusan supaya kehadiran HTM dapat dirasai dalam setiap denyut nadi masyarakat setempat.
Beberapa barangan dan kemudahan sumbangan daripada Kelab Kebajikan Psikiatri HTM dan ALPHP HTM seperti kipas, katil, tilam, cadar dan lain - lain turut diberikan bagi keselesaan pesakit. Pesakit juga diajar untuk membersihkan kawasan rumah supaya dapat mewujudkan suasana kondusif dan selesa ketika berasa di rumah.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pihak Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) yang turut membantu menyalurkan air bagi tujuan pembersihan rumah pesakit. Setinggi tinggi penghargaan dan syabas diucapkan juga kepada YBrs Dr Hazura binti Hamzah, Ketua Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental HTM, Yang Dipertua Dr Sukri bin Md Ghani, Pengerusi ALPH serta semua yang terlibat dalam memastikan program hari ini berjalan dengan lancar dan mencapai matlamat yang ditetapkan.