30/07/2026
π€ AKRAB β Rakan Membimbing Perkhidmatan Awam
Persekitaran kerja yang harmoni bermula dengan sikap saling mengambil berat dan sentiasa bersedia membantu antara satu sama lain.
AKRAB (Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam) merupakan inisiatif yang memupuk budaya "Rakan Membantu Rakan", dengan memberi sokongan emosi, menjadi pendengar yang baik serta membimbing rakan sekerja yang memerlukan.
AKRAB adalah berteraskan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 18/2005 mengenai Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia, dengan konsep rakan membantu rakan serta nilai Amanah, Komitmen, Rasional, Akhlak, dan Bestari.
Melalui AKRAB, kita dapat:
β
Memberi sokongan moral dan emosi kepada rakan sekerja.
β
Membina budaya kerja yang positif, harmoni dan beretika.
β
Memupuk semangat kerja berpasukan yang lebih kukuh.
β
Meningkatkan kesejahteraan warga organisasi melalui sikap prihatin dan saling menyokong.
Marilah kita bersama-sama menghayati nilai Empati, Prihatin dan Kebersamaan dalam mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kondusif dan produktif.
π Bersama AKRAB, Kita Cipta Persekitaran Kerja Harmoni β’ Positif β’ Produktif.