Pertubuhan Peladang Kawasan Pekan

Pertubuhan Peladang Kawasan Pekan Pertubuhan Peladang Kawasan Pekan (PPK) adalah satu petubuhan yang di bawah seliaan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Pahang.

03/08/2026
πŸ”” MAKLUMAN PENUTUPAN PEJABAT PPK PEKANMerafak sembah setinggi-tinggi ucapan Selamat Ulang Tahun Keputeraan kepada Kebawa...
30/07/2026

πŸ”” MAKLUMAN PENUTUPAN PEJABAT PPK PEKAN

Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan Selamat Ulang Tahun Keputeraan kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah, Sultan Pahang.

Dimaklumkan bahawa Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan Pekan akan ditutup pada 31 Julai 2026 (Jumaat) sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.🏳️🏴

Pejabat akan beroperasi semula pada 3 Ogos 2026 (Isnin). Segala kesulitan amat dikesali dan kerjasama semua pihak amat dihargai.

πŸ“Sekitar Jualan Agro MADANI & Program Bubur Asyura di NenasiAlhamdulillah, pada 16 Julai 2026, Program Jualan Agro MADAN...
29/07/2026

πŸ“Sekitar Jualan Agro MADANI & Program Bubur Asyura di Nenasi

Alhamdulillah, pada 16 Julai 2026, Program Jualan Agro MADANI dan Program Bubur Asyura di Nenasi telah berlangsung dengan jayanya.

Terima kasih kepada semua pengunjung, sukarelawan dari Peladang Nita serta pihak yang terlibat atas sokongan dan kerjasama yang diberikan. Semoga program seperti ini dapat terus mengeratkan silaturahim serta menyokong produk tempatan.

Jumpa lagi di program akan datang!πŸ’š

20/07/2026
20/07/2026

🚜 JOM TEROKAI LAMAN JENTERA DI MAHA PAHANG 2026! 🌾

Bukan sekadar pameran, pelbagai aktiviti menarik menanti anda di Laman Jentera! 🀩

Saksikan lebih dekat pelbagai jentera dan teknologi pertanian moden yang membantu meningkatkan kecekapan serta produktiviti sektor agro. 🌱🚜

Ajak keluarga dan rakan-rakan, datang beramai-ramai ke MAHA Pahang 2026! Banyak lagi aktiviti menarik menanti anda! πŸŽ‰

πŸ“… 23 – 26 Julai 2026
πŸ“ Dataran Raub, Pahang

Weh, Moh La Ke Raub! 😍
MAHA Pahang 2026 – Agro Lestari, Bina Negeri 🌾



#𝐏𝐚𝐑𝐚𝐧𝐠𝟏𝐬𝐭

🌾 Hari Bertemu Pelanggan & Jualan Agro Madani kembali lagi!Jom hadir dan dapatkan pelbagai produk agro segar serta produ...
15/07/2026

🌾 Hari Bertemu Pelanggan & Jualan Agro Madani kembali lagi!

Jom hadir dan dapatkan pelbagai produk agro segar serta produk keperluan harian pada harga berpatutan. Sambil berbelanja, anda juga berpeluang menyertai cabutan bertuah yang menanti para pengunjung.

πŸ“… 16 Julai 2026 (Khamis)
⏰ 9.00 pagi – 1.00 tengah hari
πŸ“ Kg. Pandan, Nenasi (Perkarangan Rumah Long Ayu)

✨ Jemput semua warga Nenasi hadir memeriahkan program ini. Sokong peladang, sokong produk tempatan!

🐣 Kursus Penternakan Unggas Itik Penelur Agropreneur Next GenPada 9 Julai 2026, telah berlangsung Kursus Penternakan Ung...
10/07/2026

🐣 Kursus Penternakan Unggas Itik Penelur Agropreneur Next Gen

Pada 9 Julai 2026, telah berlangsung Kursus Penternakan Unggas Itik Penelur Agropreneur Next Gen di Hotel Ancasa Royal, Pekan, Pahang.

Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai potensi industri penternakan itik penelur, selain berkongsi ilmu, teknologi dan amalan penternakan yang lebih cekap bagi melahirkan agropreneur yang berdaya saing.

Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada para peserta dalam meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran serta keyakinan untuk menceburi industri penternakan itik penelur sebagai satu cabang agroperniagaan yang berpotensi.

Terima kasih kepada semua peserta, penceramah serta pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Address

KM. 10
Tanah Putih
26600

Opening Hours

Monday 08:00 - 05:00
Tuesday 08:00 - 05:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6094269422

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Peladang Kawasan Pekan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share