05/06/2026
📢 NOTIS PENYELENGGARAAN JALAN
Dimaklumkan bahawa kerja-kerja membaik pulih bahu jalan akan dilaksanakan di:
📍 Jalan Durian Chondong J34 (KM 15.80 – KM 16.80)
(Dari Simpang Kg. Teratai ke Kedai Buah Lim K**k Siong)
🗓 Tarikh Mula: 6 Jun 2026 (Sabtu)
🗓 Tarikh Siap: 15 Julai 2026 (Rabu)
⏰ Masa Kerja: 8.00 pagi – 6.00 petang
⚠️ Perhatian Pengguna Jalan Raya
Sepanjang tempoh pelaksanaan kerja, penutupan jalan akan dilakukan secara berperingkat. Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya:
✅ Memandu dengan berhati-hati dan memperlahankan kenderaan di kawasan kerja.
✅ Mematuhi papan tanda amaran dan arahan pengawal lalu lintas yang bertugas.
✅ Merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan sebarang kelewatan.
Kerjasama dan kesabaran semua pengguna jalan raya amat dihargai demi memastikan keselamatan serta kelancaran pelaksanaan kerja penyelenggaraan.
TIYA BINA SDN BHD
Jabatan Kerja Raya Johor
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )