21/08/2026
20 OGOS 2026 | KHAMIS
MESYUARAT PEMBANGUNAN DAERAH, SEMPENA LAWATAN RASMI YB EXCO KESIHATAN DAN ALAM SEKITAR KE DAERAH TANGKAK
Telah berlangsung Mesyuarat Pembangunan Daerah Tangkak di Pejabat Daerah Tangkak yang dipengerusikan oleh YB EXCO Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor. mesyuarat tersebut memberi tumpuan kepada isu-isu semasa, keperluan pembangunan serta cadangan penyelesaian bagi memastikan agenda pembangunan daerah dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Turut hadir, Tuan Pegawai Daerah Tangkak, Encik Md. Rozamusliadi Bin Haji Roslan dan Yang Berhormat Ahli Dewan Negeri Johor (ADUN) bagi kawasan Gambir, Tangkak, Serom dan Bukit Kepong, bersama wakil-wakil Ketua Jabatan/Pengarah Jabatan berkaitan.
Perbincangan ini mencerminkan komitmen dan kerjasama bersepadu antara Kerajaan Negeri, Pejabat Daerah serta jabatan-jabatan berkaitan dalam memperkukuh pembangunan Daerah Tangkak demi manfaat dan kesejahteraan rakyat.