28/07/2026
ππππ ππππππ
πππππ πππ πππππππππ ππππππππππ ππππ ππππππππ ππππππ ππππ
26/07/2026 | AHAD
DEWAN PUTRA PADANG LEREK,TANGKAK
Alhamdulillah,sesi pendaftaran dan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ledang 2026 telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana yang penuh tertib,harmoni dan disemarakkan dengan semangat perjuangan yang tinggi daripada seluruh perwakilan yang hadir..
Mesyuarat tahunan ini merupakan platform penting untuk memperkukuhkan organisasi parti,menilai pencapaian sepanjang tahun,membincangkan pelbagai perkara berkaitan hala tuju perjuangan serta menyusun strategi yang lebih mantap demi memastikan UMNO Bahagian Ledang terus kukuh dan relevan..
Sesi pendaftaran perwakilan berlangsung dengan lancar dan teratur hasil kerjasama erat Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Ledang serta seluruh petugas yang bertugas dengan penuh dedikasi bagi memastikan kelancaran perjalanan mesyuarat..
Seterusnya,mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan serta taklimat ringkas daripada Setiausaha Umno Bahagian Ledang kepada para perwakilan sebelum persidangan diteruskan oleh Pengerusi Tetap,Tn Hj Norizan Bin Mahat dan Timbalan Pengerusi Tetap,En Rosly Bin Talib mengikut aturan Perlembagaan parti dalam suasana yang teratur dan penuh semangat..
Laporan tahunan,penyata kewangan serta kertas-kertas persidangan telah dibentangkan dan dibahaskan secara telus serta penuh tanggungjawab..
Setiap pandangan,cadangan dan teguran yang dikemukakan oleh para perwakilan membuktikan kesungguhan seluruh ahli dalam memperkukuhkan lagi UMNO Bahagian Ledang..
Usul-usul daripada Pergerakan Wanita,dibacakan oleh Pn Siti Hawa Binti Jais,usul Pemuda,dibacakan oleh Sdr Muhammad Taufiq Bin Abd Hamid,usul Puteri dibacakan oleh Sdri Nur Hanis Izzati Binti Rahman dan usul Bahagian dibacakan oleh Sdr Md Rais Bin Said..
Semua usul telah dibentangkan serta dibahaskan dalam suasana yang penuh muafakat sebelum diterima dengan semangat kebersamaan demi memperkukuhkan perjuangan parti..
Beberapa perwakilan telah bangun dan berucap semasa ucapan penangguhan dan kemuncak mesyuarat disempurnakan dengan ucapan penggulungan oleh Datuk Haji Abdul Rahim Bin Talib,Ketua UMNO Bahagian Ledang,yang menyeru seluruh kepimpinan dan ahli agar terus memperkukuhkan perpaduan,memperkemaskan gerak kerja organisasi serta memperbanyakkan khidmat kepada rakyat sebagai asas kepada kekuatan parti..
Majlis turut menjadi medan untuk mengeratkan ukhwah dalam kalangan kepimpinan dan perwakilan daripada seluruh cawangan di Bahagian Ledang..
Semangat kekeluargaan,saling menghormati dan kesatuan yang dipamerkan membuktikan bahawa UMNO Bahagian Ledang terus utuh bergerak sebagai satu pasukan..
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada seluruh Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Ledang,sekretariat,jawatankuasa pelaksana,petugas-petugas serta semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan Sesi Pendaftaran dan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ledang 2026 dengan penuh dedikasi dan komitmen..
πππππππππ ππππππ πππππ ππππππ
Berakhirnya Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ledang 2026 bukanlah penamat kepada perjuangan,sebaliknya menjadi titik permulaan kepada gerak kerja yang lebih tersusun,lebih agresif dan lebih berfokus dalam mendekati rakyat..
Marilah kita terus memperkukuhkan perpaduan,memantapkan organisasi serta menghayati semangat βBersatu β’ Bersetia β’ Berkhidmatβ dalam setiap langkah perjuangan..
Dengan kesatuan hati,iltizam yang tinggi dan kerja keras seluruh ahli,InsyaAllah UMNO Bahagian Ledang akan terus menjadi sebuah organisasi yang kukuh,dihormati dan sentiasa mendapat kepercayaan rakyat seperti yang diterjemahkan dalam keputusan PRN Johor baru-baru ini..
Kita percaya,selagi UMNO Bahagian Ledang kekal bersatu dan bergerak seiring,InsyaAllah parti akan terus menjadi wadah terbaik dalam memperjuangkan agama,bangsa dan tanah air..
Ayuh!!
Terus melangkah dalam barisan yang tersusun,demi memastikan UMNO kekal relevan,dihormati dan diyakini!