UMNOLedang

UMNOLedang UMNO LEDANG,Menyampaikan informasi dan maklumat serta aktiviti-aktiviti UMNO Ledang..

02/06/2026

UCAPAN PENGHARGAAN BUAT SELURUH WARGA DUN SEROM

Dengan pengumuman pembubaran Dewan Undangan Negeri Johor oleh YAB Dato' Onn Hafiz Ghazi pada 1 Jun 2026, maka berakhirlah amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada saya sebagai wakil rakyat DUN Serom. Segala kepercayaan, sokongan dan harapan yang diberikan oleh rakyat sepanjang tempoh perkhidmatan ini akan sentiasa terpahat dalam ingatan.

Kepada seluruh warga DUN Serom, saya merakamkan setulus-tulus penghargaan dan ucapan terima kasih atas kepercayaan, sokongan, teguran, pandangan serta doa yang telah diberikan sepanjang saya berkhidmat. Saya telah berusaha sedaya upaya memberikan yang terbaik demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan kawasan yang saya kasihi ini.

Serom bukan sekadar kawasan yang saya wakili, tetapi telah menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup saya. Saya amat menghargai setiap kenangan bersama masyarakat, daripada warga emas, golongan belia, para ibu bapa hinggalah seluruh lapisan masyarakat yang sentiasa menjadi sumber kekuatan dan inspirasi dalam perjuangan ini.

Saya juga merakamkan penghargaan kepada seluruh pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim (YPKDT), Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), serta semua pihak yang sentiasa bekerjasama dalam usaha membantu rakyat dan membangunkan DUN Serom.

Dari lubuk hati yang paling dalam, saya memohon ampun dan maaf atas segala kekurangan, kelemahan dan kekhilafan sepanjang menjalankan amanah ini. Terima kasih kerana menerima saya sebagai wakil rakyat dan sebahagian daripada keluarga besar Serom.

Sesungguhnya jasa, doa dan kasih sayang seluruh warga DUN Serom akan sentiasa saya kenang sepanjang hayat.

Terima kasih, warga Serom.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah

01/06/2026

π’π„πŒπ€π‘π€πŠ π’πˆπ‡π€π“ & π‰π€π‹πˆππ€π πŠπ€π’πˆπ‡ πŒπ„π’π‘π€ ππ„π‘π’π€πŒπ€ πŒπ€π’π˜π€π‘π€πŠπ€π“ π“πˆπŽππ† 𝐇𝐔𝐀 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 π“π€ππ†πŠπ€πŠ

Alhamdulillah,usai Program bersama Orang Muda Ledang,YAB Menteri Besar Johor,Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi ke Program Semarak Sihat dan Jalinan Kasih Mesra Bersama Masyarakat Tiong Hua Daerah Tangkak..

Alhamdulillah,Program berlangsung dengan meriah serta mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat setempat..

Program ini bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat melalui pelbagai aktiviti yang diadakan,malah menjadi platform terbaik untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat..

Semoga program seperti ini terus menjadi wadah memperkukuhkan semangat kebersamaan dan perpaduan demi kemajuan Bangsa Johor..




01/06/2026

𝐒𝐀𝐑𝐀𝐏 ππ„π‘π’π€πŒπ€ π˜π€π πŒπ„ππ“π„π‘πˆ 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑 π‰πŽπ‡πŽπ‘ & πŽπ‘π€ππ† πŒπ”πƒπ€ 𝐋𝐄𝐃𝐀𝐍𝐆

30 MEI 2026 | SABTU
PITSTOP TANGKAK

Alhamdulillah,usai Program Semarak Subuh di Kg Sialang,YAB Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi,Menteri Besar Johor telah meluangkan masa bersarapan bersama anak-anak muda dari seluruh Parlimen Ledang di Pitstop Tangkak..

Program santai ini memberi ruang kepada golongan muda untuk bertemu secara lebih dekat serta berkongsi pandangan dan aspirasi demi masa depan Johor yang lebih maju..

Terima kasih kepada semua orang muda Ledang yang hadir dan menjayakan program ini..






𝐒𝐀𝐑𝐀𝐏 ππ„π‘π’π€πŒπ€ π˜π€π πŒπ„ππ“π„π‘πˆ 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑 π‰πŽπ‡πŽπ‘ & πŽπ‘π€ππ† πŒπ”πƒπ€ 𝐋𝐄𝐃𝐀𝐍𝐆30 MEI 2026 | SABTU  PITSTOP TANGKAKAlhamdulillah,usai Program ...
31/05/2026

𝐒𝐀𝐑𝐀𝐏 ππ„π‘π’π€πŒπ€ π˜π€π πŒπ„ππ“π„π‘πˆ 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑 π‰πŽπ‡πŽπ‘ & πŽπ‘π€ππ† πŒπ”πƒπ€ 𝐋𝐄𝐃𝐀𝐍𝐆

30 MEI 2026 | SABTU
PITSTOP TANGKAK

Alhamdulillah,usai Program Semarak Subuh di Masjid Jamek Al Nahlu,Kg Sialang,YAB Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor telah meneruskan program Sarap Bersama Orang Muda Ledang di Pitstop Tangkak..

Program ini menjadi medan kepada golongan muda pelbagai kaum dari seluruh Parlimen Ledang untuk bertemu secara lebih dekat dengan kepimpinan negeri serta menyuarakan pandangan,idea dan aspirasi mereka demi masa depan Johor yang lebih cemerlang..

Alhamdulillah,segala pandangan yang dikemukakan telah diterima dengan baik oleh YAB Menteri Besar Johor..

Ini membuktikan bahawa kerajaan negeri sentiasa komited dalam memastikan suara anak muda didengari dan diberikan perhatian sewajarnya dalam agenda pembangunan negeri..

Di bawah kepimpinan Kerajaan Negeri Johor hari ini,golongan muda terus menjadi antara fokus utama melalui pelbagai inisiatif pembangunan modal insan,peluang pekerjaan,pendidikan, keusahawanan serta program pembangunan belia yang memberi manfaat secara langsung kepada generasi muda..

Kehadiran anak-anak muda yang begitu memberangsangkan pada program ini jelas menunjukkan kesungguhan mereka untuk turut sama menyumbang idea dan memainkan peranan dalam membangunkan Johor yang lebih maju,progresif dan sejahtera..

UMNO Bahagian Ledang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Menteri Besar Johor serta semua anak muda yang hadir menjayakan program ini..

Turut bersama, Datuk Hj Abdul Rahim Bin Talib, Ketua UMNO Bahagian Ledang, YB Sahrihan Bin Jani, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ledang, Tn Hj Arifudin Bin Wagiman, Naib Ketua UMNO Bahagian Ledang, Dato’ Fahariyah Bt Md Nordin, Ketua Wanita UMNO Bahagian Ledang, Sdr Zahid Bin Ibrahim, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ledang, Sdri Nadhirah Afiqah Bt Datuk Hj Abdul Rahim, Exco Puteri UMNO Malaysia merangkap Ketua Puteri UMNO Bahagian Ledang, kepimpinan MCA dan MIC Bahagian Ledang serta barisan kepimpinan Pemuda UMNO Bahagian Ledang.





π’π„πŒπ€π‘π€πŠ 𝐒𝐔𝐁𝐔𝐇 ππ„π‘π’π€πŒπ€ π˜π€π πŒπ„ππ“π„π‘πˆ 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑 π‰πŽπ‡πŽπ‘30 MEI 2026 | SABTU  MASJID JAMEK AL NAHLU,KG SIALANGSyukur Alhamdulillah,p...
30/05/2026

π’π„πŒπ€π‘π€πŠ 𝐒𝐔𝐁𝐔𝐇 ππ„π‘π’π€πŒπ€ π˜π€π πŒπ„ππ“π„π‘πˆ 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑 π‰πŽπ‡πŽπ‘

30 MEI 2026 | SABTU
MASJID JAMEK AL NAHLU,KG SIALANG

Syukur Alhamdulillah,pagi tadi telah berlangsung Program Semarak Subuh bersama YAB Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor dalam suasana yang cukup meriah dan penuh keberkatan..

Kehadiran masyarakat dari seluruh Parlimen Ledang telah memenuhi ruang solat masjid seawal pagi lagi,membuktikan semangat kebersamaan umat Islam dalam mengimarahkan rumah Allah SWT sentiasa subur dan mekar..

Program yang berlangsung ini bukan sahaja menjadi medan untuk menunaikan solat Subuh berjemaah, malah turut mengeratkan ukhwah antara pemimpin dan masyarakat dalam suasana yang penuh harmoni.

UMNO Bahagian Ledang amat berbesar hati dan berasa bertuah atas kesudian YAB Menteri Besar Johor yang juga merupakan pengasas Semarak Subuh setiap minggu di Negeri Johor meluangkan masa untuk bersama-sama rakyat Ledang dalam program yang cukup bermakna ini..

Terima kasih diucapkan kepada semua jemaah yang hadir serta seluruh jawatankuasa yang bertungkus-lumus menjayakan program ini dengan begitu baik..

Semoga usaha mengimarahkan masjid dan menyuburkan program-program keagamaan seperti ini akan terus diperkasakan demi melahirkan masyarakat yang bersatu,berilmu dan diberkati Allah SWT..

Turut bersama,Datuk Hj Abdul Rahim Bin Talib,Ketua Umno Bahagian Ledang,Yb Sahrihan Bin Jani,Timbalan Ketua Umno Bahagian Ledang,Tn Hj Arifudin Bin Wagiman,Naib Ketua Umno Bahagian Ledang,Dato’ Fahariyah Bt Md Nordin,Ketua Wanita Umno Bahagian Ledang,Sdr Zahid Bin Ibrahim,Ketua Pemuda Umno Bahagian Ledang,Sdri Nadhirah Afiqah Bt Datuk Hj Abdul Rahim,Exco Puteri Umno Malaysia merangkap Ketua Puteri Umno Bahagian Ledang,Ketua-ketua Jabatan,Ketua-ketua Kampung dan Ketua-ketua Umno Cawangan seluruh bahagian Ledang..




π‰πŽπŒ π’π„πŒπ€π‘π€πŠ 𝐒𝐔𝐁𝐔𝐇 & 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐏 ππ„π‘π’π€πŒπ€ π˜π€π πŒπ„ππ“π„π‘πˆ 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑 π‰πŽπ‡πŽπ‘Assalamualaikum dan salam sejahtera buat seluruh warga Parlimen...
29/05/2026

π‰πŽπŒ π’π„πŒπ€π‘π€πŠ 𝐒𝐔𝐁𝐔𝐇 & 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐏 ππ„π‘π’π€πŒπ€ π˜π€π πŒπ„ππ“π„π‘πˆ 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑 π‰πŽπ‡πŽπ‘

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat seluruh warga Parlimen Ledang..

Ayuh kita bersama-sama dalam Program Semarak Subuh & Sarap bersama YAB Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor dalam suasana penuh ukhwah dan semangat kebersamaan anak Johor..

πŸ“… Tarikh : 30/5/2026 (Sabtu)

πŸ•– Waktu : 5.30 Pagi
πŸ“Tempat : Masjid Jamek Al-Nahlu Kg Sialang

πŸ•– Waktu : 7:00 pagi – 9:00 pagi
πŸ“ Tempat : Pitstop Tangkak

Marilah kita bersama-sama memulakan pagi dengan solat subuh berjemaah,mendengar tazkirah seterusnya beramah mesra bersama YAB Menteri Besar Johor,Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi..

Kepada seluruh anak muda dan warga Parlimen Ledang,jom turun beramai-ramai memeriahkan program ini..




27/05/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 1447H | 2026M

Aidiladha mengajar kita erti pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang sesama insan. Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan dengan penuh keimanan diterima dan diberkati oleh Allah SWT.

Di kesempatan ini, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga DUN Serom dan rakyat Johor. Semoga hari yang mulia ini disambut dalam suasana penuh kesyukuran, kebahagiaan serta mengeratkan lagi ukhuwah bersama keluarga dan masyarakat.

Selamat menunaikan ibadah korban.
Maaf zahir dan batin





Address

Jalan Dataran 1
Tangkak
84900

Telephone

06-9783114

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UMNOLedang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share