14/07/2026
PRN Johor menunjukkan sisi politik baharu?
PRN Johor memperlihatkan satu dimensi politik yang jarang diamalkan, iaitu politik berasaskan matlamat dan keutamaan. Bukan semata-mata siapa menang atau siapa memperoleh kerusi paling banyak. Kadang-kadang kita perlu berkorban dan melepaskan kerusi demi matlamat yang lebih besar.
Politik Machiavelli menganggap matlamat menghalalkan cara. Islam tidak begitu. Keutamaan kita ialah mengecilkan penguasaan PH, khususnya DAP, dan membina perpaduan ummah. Melayu-Islam sebagai majoriti bersama bukan Islam yang tidak ekstrem.
Kita juga sedar kemampuan sendiri. Jika berada dalam kerajaan, jadilah pengimbang yang baik. Jika menjadi pembangkang, jadilah pembangkang yang kuat.
Walaupun PN, khususnya PAS, tidak menang, kita tidak sedih dan tidak gundah-gulana. Mission accomplished apabila kuasa dan majoriti PH berjaya dikurangkan.
Cuma agak ralat apabila Onn Hafiz mengkhianati PAS dalam kenyataan terbaru beliau. Jangan sampai kerjasama terlarang dengan PH berulang. Perpaduan ummah mesti diteruskan menuju PRN Negeri Sembilan dan seterusnya PRU-16 insyaAllah.
YB Dr. Zamri Zainuldin
YDP PAS Tanjong Karang
ADN Sungai Burong