SMK BATU LAUT

Call Directions Contact the organization

SMK BATU LAUT BLAST_BatuLautSekolahTerbilang

Selamat menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2026 kepada semua calon yang akan menduduki peperiksa...
25/10/2026

Selamat menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2026 kepada semua calon yang akan menduduki peperiksaan Ujian Bertutur Bahasa Melayu, Ujian Bertutur Bahasa Inggeris dan Ujian Amali Sains mengikut ketetapan yang tertera pada poster.

Semoga semua calon diberikan kelancaran dan memperoleh kejayaan yang cemerlang! 💪🏻📚

Tahun Ini, Tahun Kita
"Guru Bitara Nadi Negara"


Alhamdulillah  kerjasama yang baik antara SMK Batu Laut dan PersatuanAlumni Smkbl. Tahniah dan Syabas Alumni Blast (BLAS...
13/10/2026

Alhamdulillah kerjasama yang baik antara SMK Batu Laut dan PersatuanAlumni Smkbl.
Tahniah dan Syabas Alumni Blast (BLAS).

Tahniah dan Syabas Kohort Pertama SMK Batu Laut bermula dengan murid SPM 2026.'Batch Stellar'.
13/10/2026

Tahniah dan Syabas
Kohort Pertama SMK Batu Laut bermula dengan murid SPM 2026.
'Batch Stellar'.

8 Oktober 2026🌹 SEKALUNG PENGHARGAAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH 🌹Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih  kepad...
13/10/2026

8 Oktober 2026
🌹 SEKALUNG PENGHARGAAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH 🌹

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YB Datuk Haji Borhan bin Aman Shah, Exco Perumahan dan Kebudayaan Negeri Selangor, atas kesudian menyempurnakan Majlis Apresiasi SPM 2026 serta melancarkan Anak Sulung Batch, yang dinamakan Batch Stellar.

Penubuhan Batch Stellar ini merupakan cetusan idea daripada Tuan Haji Zulkifly bin Mohamed, Pengetua SMK Batu Laut, yang turut dinobatkan sebagai Ayahanda Pertama Batch Stellar. Semoga inisiatif ini menjadi lambang kebanggaan, perpaduan dan semangat kecemerlangan dalam kalangan anak-anak Batch Stellar.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga SMK Batu Laut atas komitmen, kerjasama dan usaha berpasukan yang telah menyumbang kepada kejayaan penganjuran Majlis Apresiasi SPM 2026.

Semoga majlis ini menjadi suntikan semangat dan pembakar motivasi kepada semua calon SPM 2026 untuk terus berusaha dengan gigih, melakar kecemerlangan dan mencapai kejayaan yang membanggakan dalam peperiksaan SPM yang bakal ditempuhi.

✨ Bersama Melakar Kecemerlangan, Menggapai Impian!

SMK Batu Laut – Terus Gemilang!

Sekolah akan dibuka seperti biasa pada hari esok, Isnin 12 Oktober 2026.
11/10/2026

Sekolah akan dibuka seperti biasa pada hari esok, Isnin 12 Oktober 2026.

8 Oktober 2026 | Khamis | Dewan Permata SMKBLMAJLIS APRESIASI SPM 2026Antara momen manis yang sempat dirakam.Terima kasi...
10/10/2026

8 Oktober 2026 | Khamis | Dewan Permata SMKBL

MAJLIS APRESIASI SPM 2026

Antara momen manis yang sempat dirakam.

Terima kasih daun keladi diucapkan kepada YB Datuk Haji Borhan bin Aman Shah kerana sudi merasmikan majlis. 🤝

Selamat maju jaya kepada semua calon SPM 2026.

Buktikan pada dunia 💪


09/10/2026

Majlis Apresiasi SPM 2026. Semoga berjaya wahai semua anak 💪🏻🎓

Alhamdulillah dengan rasminya Alumni SMK Batu Laut telah ditubuhkan dengan rasminya pda 23 JULAI 2020. Hingga kini Pertu...
03/10/2026

Alhamdulillah dengan rasminya Alumni SMK Batu Laut telah ditubuhkan dengan rasminya pda 23 JULAI 2020. Hingga kini Pertubuhan Alumni masih aktif dengan keahlian seramai 108 orang.

Walaupun kami kecil insyaAllah beberapa kerjasama telah kami lakukan untuk membantu sekolah, mantan guru Dan juga ahli yang uzur.

Keahlian sentiasa terbuka kepada semua Mantan SMK Batu Laut dan kini keahlian bersekutu juga telah dibuka dengan persetujuan dan kelulusan Jawatankuasa Tertinggi.

Alhamdulillah dengan usaha Jawatankuasa yang diberi mandat pertubuhan ini akan terus aktif dan relevant.

Marilah bekas pelajar bersama-sama kita menjadi ahli untuk menyokong sekolah kita.

Sukacita dimaklumkan  SMK Batu Laut akan menganjurkan Majlis Apresiasi SPM 2026 pada 8 Oktober 2026(Khamis).Sekalung tah...
03/10/2026

Sukacita dimaklumkan SMK Batu Laut akan menganjurkan Majlis Apresiasi SPM 2026 pada 8 Oktober 2026(Khamis).

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid Tingkatan 5 Batch Stellar (2026).

Semoga majlis ini menjadi kenangan terindah serta membakar semangat untuk terus melakar kejayaan cemerlang dalam SPM yang sebenarnya. ✨

Perasmi :
YB Datuk Haji Borhan bin Aman Shah,
Exco Perumahan Dan Kebudayaan Negeri Selangor. Ahli Dewan Negeri Tanjung Sepat.

Penyelaras Program : Puan Norsuyatini Patok

2 Oktober 2026 | Jumaat | Anjung Pendeta SMK Batu LautTASK FORCE KEHADIRAN BERSAMA PEMIMPIN KOMUNITIMesyuarat PPIBKS (Pe...
02/10/2026

2 Oktober 2026 | Jumaat | Anjung Pendeta SMK Batu Laut

TASK FORCE KEHADIRAN BERSAMA PEMIMPIN KOMUNITI

Mesyuarat PPIBKS (Pergerakan Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti, Swasta) SMKBL dengan memberi fokus kepada masalah ketidakhadiran calon SPM.

Address

Jalan Sekolah
Tanjong Sepat

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60331481233

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK BATU LAUT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to SMK BATU LAUT:

Shortcuts

Share

Category