Puteri Pengerang

Puteri Pengerang Pergerakan Puteri UMNO Pengerang Penggal 2023-2026

πŸŒ™βœ¨ *Salam Aidilfitri* βœ¨πŸŒ™Dengan penuh rasa kesyukuran, kami daripada Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Pengerang ingin meng...
20/03/2026

πŸŒ™βœ¨ *Salam Aidilfitri* βœ¨πŸŒ™
Dengan penuh rasa kesyukuran, kami daripada Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Pengerang ingin mengucapkan:

*Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin*

Semoga Syawal yang mulia ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan mempereratkan silaturahim sesama kita.

Andai ada terkasar bahasa, tersilap kata dan perbuatan sepanjang kami berkhidmat, kami memohon seribu kemaafan.

Semoga segala amalan kita di bulan Ramadan diterima dan kita terus diberi kekuatan untuk berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

✨ Ikhlas Daripada:
*Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Pengerang*

12 MAC 2026 (KHAMIS)Alhamdulillah, Program Ziarah Kasih dan Serahan Kotak Makanan Puteri UMNO Bahagian Pengerang telah b...
13/03/2026

12 MAC 2026 (KHAMIS)

Alhamdulillah, Program Ziarah Kasih dan Serahan Kotak Makanan Puteri UMNO Bahagian Pengerang telah berjaya dilaksanakan di Felda Air Tawar 4, Felda Sungai Mas, Felda Papan Timur dan Bandar Mas.

Seramai 20 orang penerima telah disantuni dalam program ini sebagai tanda keprihatinan Puteri UMNO Bahagian Pengerang terhadap masyarakat yang memerlukan.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Abdul Hadi Sydee Hadi, Naib Ketua UMNO Bahagian Pengerang dan barisan kepimpinan UMNO Cawangan serta Ketua Kampung yang turut sama hadir menyantuni para penerima.

Semoga sedikit sumbangan ini dapat memberikan kegembiraan serta meringankan beban mereka dibulan Ramadhan.




10 MAC 2026 (SELASA)Alhamdulillah, Program Ziarah Kasih dan Serahan Kotak Makanan Puteri UMNO Bahagian Pengerang telah b...
11/03/2026

10 MAC 2026 (SELASA)

Alhamdulillah, Program Ziarah Kasih dan Serahan Kotak Makanan Puteri UMNO Bahagian Pengerang telah berjaya dilaksanakan di Felda Sening, Felda Tunggal, Felda Adela dan Felda Kledang.

Seramai 20 orang penerima telah disantuni dalam program ini sebagai tanda keprihatinan Puteri UMNO Bahagian Pengerang terhadap masyarakat yang memerlukan.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Abdul Hadi Sydee Hadi,Naib Ketua UMNO Bahagian Pengerang yang turut sama hadir bagi menyantuni para penerima.

Semoga sumbangan yang tidak seberapa ini dapat memberi sedikit kegembiraan serta meringankan beban mereka.




22/02/2026
22/02/2026
22/02/2026
πŸŒ™ PUTERI UMNO BAHAGIAN PENGERANG mengucapkan..Salam Ramadan Al-Mubarak 1447H buat seluruh umat Islam khususnya warga Pen...
18/02/2026

πŸŒ™ PUTERI UMNO BAHAGIAN PENGERANG mengucapkan..

Salam Ramadan Al-Mubarak 1447H buat seluruh umat Islam khususnya warga Pengerang yang dikasihi.

Semoga bulan yang penuh keberkatan ini menjadi medan untuk kita memperkukuhkan iman, memperbanyakkan amal kebajikan serta menyemai nilai kasih sayang dan perpaduan dalam masyarakat.

Semoga setiap doa yang dipanjatkan diterima, setiap pengorbanan diberkati dan setiap langkah perjuangan dipermudahkan oleh Allah SWT.

Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi membentuk jiwa yang lebih sabar, ikhlas dan berintegriti dalam berkhidmat kepada agama, bangsa dan negara.

✨ Ramadan Kareem ✨
Ikhlas daripada,
Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Pengerang

14 Februari 2026 (Sabtu)Alhamdulillah,Puteri Pengerang Bahagian Pengerang telah berjaya menganjurkan Pertandingan Bola J...
16/02/2026

14 Februari 2026 (Sabtu)

Alhamdulillah,Puteri Pengerang Bahagian Pengerang telah berjaya menganjurkan Pertandingan Bola Jaring Tertutup Tahun 2026 dengan kerjasama Pejabat Parlimen Pengerang.

Program ini telah berlangsung dengan jayanya di Dewan SCORE Felda Semenchu. Menghimpunkan para peserta yang bersemangat tinggi serta memupuk semangat kesukanan, perpaduan dan kerjasama dalam kalangan wanita muda didalam kawasan Parlimen Pengerang.

Diucapkan terima kasih kepada YB Fauziah Misri - Adun Penawar,
Tuan Syed Ben Bella Alhabshee, Pegawai Khas Ahli Parlimen Pengerang.
Barisan Kepimpinan UMNO Bahagian Pengerang dan UMNO Cawangan Felda Semenchu kerana hadir memberikan sokongan.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Semoga usaha sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang demi memperkasa wanita muda dan komuniti setempat.



28 Januari 2026 (Rabu)Puteri UMNO Bahagian Pengerang telah mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi m...
28/01/2026

28 Januari 2026 (Rabu)

Puteri UMNO Bahagian Pengerang telah mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi mangsa pencemaran udara akibat kebakaran di :

πŸ“ PPS SK Sungai Kapal
πŸ“ PPS Dewan Muafakat Taman Bayu Damai.

Kami juga berkesempatan melawat khemah agensi dan petugas bomba yang terlibat dalam operasi pemadaman kebakaran.

Sedikit sumbangan berupa makanan dan minuman telah disampaikan kepada mangsa di PPS serta anggota bomba dan agensi yang bertugas.

Terima kasih kepada semua agensi dan sukarelawan yang bertungkus lumus membantu.

Semoga semua yang terjejas diberikan ketabahan dan dipermudahkan segala urusan. 🀲



β›ΉπŸ»β€β™€οΈβ›ΉπŸ»β€β™€οΈβ›ΉπŸ»β€β™€οΈβ›ΉπŸ»β€β™€οΈπŸπŸπŸπŸπŸπŸ*KLINIK BOLA JARING TERTUTUP PERINGKAT PARLIMEN PENGERANG**ANJURAN MENTARI PENGERANG JOHOR DEN...
26/01/2026

β›ΉπŸ»β€β™€οΈβ›ΉπŸ»β€β™€οΈβ›ΉπŸ»β€β™€οΈβ›ΉπŸ»β€β™€οΈπŸπŸπŸπŸπŸπŸ
*KLINIK BOLA JARING TERTUTUP PERINGKAT PARLIMEN PENGERANG*

*ANJURAN MENTARI PENGERANG JOHOR DENGAN KERJASAMA PUTERI UMNO BAHAGIAN PENGERANG*
Assalamualaikum w.b.t.,

Sukacita dimaklumkan bahawa *Mentari Pengerang Johor akan mengadakan klinik Bola Jaring* yang akan diadakan sepertimana ketetapan berikut:

πŸ“† Tarikh: 14 Febuari 2026 (Sabtu)
πŸ•˜ Masa: 8.00 Pagi
πŸ“ Tempat : Dewan SCORE Felda Semenchu.

*SYARAT PENYERTAAN πŸ˜—
πŸ“Œ Tiada Yuran Penyertaan
πŸ“Œ Warga Pengerang Sahaja.
πŸ“ŒTerbuka Umur 13 sehingga 15 Tahun.
πŸ“Œ Tarikh Tutup Penyertaan : 10 Febuari 2026 (Jumaat).

πŸ“Œ*TERHAD UNTUK 50 ORANG TERAWAL SAHAJA*

*Untuk Maklumat lanjut boleh hubungi ditalian πŸ˜—
πŸ“ž Fatin : 012-7434412
πŸ“ž Mahani : 017-7684238

Daftar sekarang dengan mengimbas QR CODE pada poster @ klik sahaja link dibawah

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdKlf_s0BRLKunYGzAiodqixDaj5wOUQsbky_X8yL5tVm2vug/viewform?usp=publish-editor

Address

Tanjong Surat

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Puteri Pengerang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Puteri Pengerang:

Share