Pusat Khidmat Rakyat Penyelaras DUN Permatang - Pusat Khidmat PakYa

Pusat Khidmat Rakyat Penyelaras DUN Permatang - Pusat Khidmat PakYa Pusat Khidmat PAKYA Tg Karang

21/08/2026
Persiapan Jalur Gemilang ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พPersiapan sedang giat dilakukan bagi mengibarkan Jalur Gemilang di DUN Permatang pada malam I...
20/08/2026

Persiapan Jalur Gemilang ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Persiapan sedang giat dilakukan bagi mengibarkan Jalur Gemilang di DUN Permatang pada malam Ini.

Semoga semangat patriotisme dan kecintaan kepada negara terus mekar dalam diri kita semua. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

PakYa Singgah! โ˜•๐ŸœPakYa singgah membeli makanan di Warung Kopi Pakcik & Makcik, Kampung Sungai Yu.Singgah sebentar, beli ...
20/08/2026

PakYa Singgah! โ˜•๐Ÿœ

PakYa singgah membeli makanan di Warung Kopi Pakcik & Makcik, Kampung Sungai Yu.

Singgah sebentar, beli juadah sambil menyokong peniaga tempatan. Rezeki dikongsi, peniaga disokong! โค๏ธ

Jom datang support beramai-ramai!

๐Ÿ“ Lokasi: Warung Kopi Pakcik & Makcik
๐Ÿ“Œ Lokaliti: Kg. Sungai Yu

BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU MEMIKUL. Alhamdulillah, telah disampaikan sumbangan lampin pakai buang kepada wari...
20/08/2026

BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU MEMIKUL.

Alhamdulillah, telah disampaikan sumbangan lampin pakai buang kepada waris Encik Saravanan A/L Muniandy yang kini sedang menjalani ujian selepas disahkan menghidap kanser tahap 3.

Semoga Encik Saravanan diberikan kekuatan, ketabahan dan kesembuhan yang segera. Semoga segala urusan beliau serta keluarga dipermudahkan dan sentiasa diberikan kesabaran dalam menghadapi dugaan ini.

Semoga sumbangan kecil ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban keluarga. ๐Ÿคฒ

PROGRAM SANTUNI BINGKAS๐Ÿ“ Kampung Sungai Terap๐Ÿ“… 18 Ogos 2026Pegawai Penyelaras Dun Permatang, Tuan Haji Yahya Bin Haji Ma...
20/08/2026

PROGRAM SANTUNI BINGKAS
๐Ÿ“ Kampung Sungai Terap
๐Ÿ“… 18 Ogos 2026

Pegawai Penyelaras Dun Permatang, Tuan Haji Yahya Bin Haji Mat Sahri (Pak ya) serta team Pusat Khidmat Rakyat Penyelaras Dun Permatang telah turun padang menyantuni menyantuni para peserta BINGKAS.

Program ini bertujuan untuk mendengar sendiri pandangan serta maklum balas peserta berkaitan manfaat yang diterima menerusi inisiatif Kerajaan Negeri Selangor. Selain itu, sesi ini turut memberi ruang untuk bertanyakan masalah yang dihadapi serta cadangan penambahbaikan demi memastikan bantuan yang disalurkan lebih berkesan dan menyeluruh kepada rakyat.

Semoga usaha santuni rakyat seperti ini dapat terus memperkukuhkan hubungan antara masyarakat dan pihak kerajaan demi kesejahteraan bersama.

Terima kasih Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Amirudin Bin Shari Menteri Besar Selangor atas inisiatif yang diberi bagi meringankan beban rakyat.

Majlis Suai Mesra, Perkukuh Gerak KerjaAlhamdulillah, Majlis Suai Mesra pimpinan akar umbi Pakatan Harapan Tanjung Karan...
20/08/2026

Majlis Suai Mesra, Perkukuh Gerak Kerja

Alhamdulillah, Majlis Suai Mesra pimpinan akar umbi Pakatan Harapan Tanjung Karang berlangsung dalam suasana penuh semangat dan ukhuwah, menjadi suntikan awal untuk memperkukuh gerak kerja menjelang Pilihan Raya Umum ke-16.

Lebih 50 orang pimpinan dan pemimpin akar umbi daripada KEADILAN, AMANAH dan DAP hadir bersama, memperlihatkan semangat setiakawan, setiajuang serta kesepaduan dalam memperkukuh kerjasama di peringkat akar umbi.

Pertemuan ini bukan sekadar mengeratkan silaturahim, malah menjadi ruang untuk menyatukan pandangan, memperkemas strategi dan memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi cabaran politik yang mendatang.

Insya-Allah, dengan semangat kebersamaan dan kekuatan jentera yang terus diperkasakan, Pakatan Harapan Tanjung Karang akan terus bekerja mendekati rakyat, mendengar suara masyarakat dan membawa agenda pembangunan serta kesejahteraan untuk semua.

Bersama kita perkukuh perjuangan, demi rakyat dan masa depan Tanjung Karang. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

20/08/2026
20/08/2026
PROGRAM SANTUNI BINGKAS๐Ÿ“ Kampung Ujong Permatang ๐Ÿ“… 18 Ogos 2026Pegawai Penyelaras Dun Permatang, Tuan Haji Yahya Bin Haj...
20/08/2026

PROGRAM SANTUNI BINGKAS
๐Ÿ“ Kampung Ujong Permatang
๐Ÿ“… 18 Ogos 2026

Pegawai Penyelaras Dun Permatang, Tuan Haji Yahya Bin Haji Mat Sahri (Pak ya) serta team Pusat Khidmat Rakyat Penyelaras Dun Permatang telah turun padang menyantuni menyantuni para peserta BINGKAS.

Program ini bertujuan untuk mendengar sendiri pandangan serta maklum balas peserta berkaitan manfaat yang diterima menerusi inisiatif Kerajaan Negeri Selangor. Selain itu, sesi ini turut memberi ruang untuk bertanyakan masalah yang dihadapi serta cadangan penambahbaikan demi memastikan bantuan yang disalurkan lebih berkesan dan menyeluruh kepada rakyat.

Semoga usaha santuni rakyat seperti ini dapat terus memperkukuhkan hubungan antara masyarakat dan pihak kerajaan demi kesejahteraan bersama.

Terima kasih Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Amirudin Bin Shari Menteri Besar Selangor atas inisiatif yang diberi bagi meringankan beban rakyat.

๐Ÿ“ข JUALAN EHSAN RAHMAH KASIH SAYANG.Assalamualaikum dan salam sejahtera.Warga DUN Permatang dijemput hadir ke Program Jua...
18/08/2026

๐Ÿ“ข JUALAN EHSAN RAHMAH KASIH SAYANG.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Warga DUN Permatang dijemput hadir ke Program Jualan Ehsan Rahmah โ€“ Jelajah Ehsan Rakyat yang menawarkan pelbagai barangan keperluan harian pada harga berpatutan.

๐Ÿ—“ Tarikh: 19 Ogos 2026 (Rabu)
โฐ9:00 Pagi - 12:30 Tengahari
๐Ÿ“ Lokasi:
Pusat Khidmat Rakyat Penyelaras DUN Permatang
25, Jalan Nilam 1, Taman Nilam, Sungai Terap,
45500 Tanjong Karang, Selangor.
https://maps.app.goo.gl/Ap7advcM3dTumseU9

๐Ÿ›’ Antara barangan yang dijual: ๐ŸŒพ Beras
๐Ÿ›ข๏ธ Minyak masak
๐Ÿฅซ Makanan dalam tin
๐Ÿถ Minyak & sos
๐Ÿฅฃ Tepung
โ€ฆdan pelbagai lagi barangan keperluan harian.
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan barangan berkualiti pada harga yang lebih menjimatkan.

๐Ÿ“ข Sebarkan hebahan ini kepada keluarga, jiran dan rakan-rakan.





Address

25 Jalan Nilam 1, Taman Nilam
Tanjung Karang
45500

Telephone

+60105573736

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Khidmat Rakyat Penyelaras DUN Permatang - Pusat Khidmat PakYa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pusat Khidmat Rakyat Penyelaras DUN Permatang - Pusat Khidmat PakYa:

Shortcuts

Share