Laman Rasmi Sekolah Kebangsaan Proton City

Laman Rasmi Sekolah Kebangsaan Proton City Menyampaikan sebarang maklumat dan aktiviti Sekolah Kebangsaan Proton City. Moga memberi manfaat kepada semua.

13/08/2026
SELAMAT DATANG & SELAMAT BERTUGASWarga SK Proton City dengan penuh sukacita mengalu-alukan kehadiranTn Hj Fadzian Helmy ...
11/08/2026

SELAMAT DATANG & SELAMAT BERTUGAS

Warga SK Proton City dengan penuh sukacita mengalu-alukan kehadiran

Tn Hj Fadzian Helmy bin Zulkeply
Penolong Kanan Pentadbiran

dan

Tn Hj Mohd Azmir bin Mohd Khalid
Penolong Kanan HEM

yang baharu menyertai keluarga besar
SK Proton City.

Semoga kehadiran tuan berdua membawa semangat baharu, idea yang segar dan sinergi yang lebih mantap dalam bersama-sama mengangkat kecemerlangan sekolah serta membentuk anak-anak didik yang Berintelek, Beretika.

Selamat menjalankan amanah dan selamat bertugas.

“Bersama Melangkah, Bersama Mengukir Kecemerlangan.”

Daripada,
Warga SK Proton City

MAJLIS PENGANUGERAHAN PINGAT PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA9 Mei 2026AC Marriott Hotel, IpohSetinggi-tinggi tahniah dan...
10/08/2026

MAJLIS PENGANUGERAHAN PINGAT PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA
9 Mei 2026
AC Marriott Hotel, Ipoh

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada

Cikgu Nurhidayah binti Bedah

atas penerimaan dua penganugerahan sempena Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Perak

🏅 Pingat Jasa Lama 10 Tahun
🏅 Sijil Lencana Mutiara 1

Penganugerahan ini merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna terhadap kesetiaan, komitmen, jasa dan khidmat bakti dalam gerakan Pandu Puteri selama sedekad.

Lebih istimewa, majlis ini turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim, sempena Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Perak.

Tahniah sekali lagi.

KEM STEM PERINGKAT DAERAH MUALLIM 20268 Ogos 2026SMJK Katholik
10/08/2026

KEM STEM PERINGKAT DAERAH MUALLIM 2026
8 Ogos 2026
SMJK Katholik

PELUNCURAN STEM SK PROTON CITY 20268 April 2026Dataran Perhimpunan
10/08/2026

PELUNCURAN STEM SK PROTON CITY 2026
8 April 2026
Dataran Perhimpunan

PERTANDINGAN GEMA PANTUN WARISAN MADANI PERINGKAT NEGERI PERAK 20267-8 Ogos 2026SK Matang Gerdu, Bagan Serai- - - - - - ...
10/08/2026

PERTANDINGAN GEMA PANTUN WARISAN MADANI PERINGKAT NEGERI PERAK 2026
7-8 Ogos 2026
SK Matang Gerdu, Bagan Serai
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT,
Dengan penuh semangat, keyakinan dan kesungguhan, pasukan SKPC telah berjaya meraih TEMPAT KELIMA
dalam pertandingan yang menghimpunkan bakat-bakat terbaik dari seluruh negeri Perak.

Sesungguhnya, tempat kelima di pentas negeri bukan sekadar sebuah kedudukan, tetapi bukti bahawa anak-anak SKPC mampu berdiri sama tinggi, bersaing dan mengangkat keindahan seni bahasa serta warisan budaya bangsa.

Dari Muallim melangkah ke persada negeri,
SKPC membawa nama dan maruah diri.
Setiap bait dilafaz penuh berani,
Syabas pasukan, harum namamu di negeri!

Tahniah buat semua peserta, guru pembimbing dan seluruh warga yang telah memberikan sokongan serta doa.

PERTANDINGAN GEMA PANTUN WARISAN MADANIPERINGKAT DAERAH MUALLIM TAHUN 202615 JULAI 2027PUSTAKA ABDUL ZUBIAR, SK PROTON C...
10/08/2026

PERTANDINGAN GEMA PANTUN
WARISAN MADANI
PERINGKAT DAERAH MUALLIM TAHUN 2026
15 JULAI 2027
PUSTAKA ABDUL ZUBIAR, SK PROTON CITY

PENCAPAIAN :
🥇 JOHAN PERTANDINGAN
🏅 PEMANTUN TERBAIK – AHMAD QAIS AUFA BIN YUZAIDI

Senarai Pemantun SK Proton City:

1. Ahmad Qais Aufa bin Yuzaidi
2. Ahmad Ammar Al Farabi bin Mohd Ali
3. Aqeela Hana binti Ahmad Syahir
4. Nurul Iffah Karimah binti Mazdi
5. Nur Aliya Syafia binti Mohd Nor Faizal

KARNIVAL SUKAN PRASEKOLAH PERINGKAT DAERAH MUALLIM 202629 dan 30 Julai 2026Gelanggang Politeknik Sultan Azlan Shah(Futsa...
10/08/2026

KARNIVAL SUKAN PRASEKOLAH
PERINGKAT DAERAH MUALLIM 2026
29 dan 30 Julai 2026

Gelanggang Politeknik Sultan Azlan Shah
(Futsal)

Dewan Semai Bakti Felda Sg. Behrang (Bola Jaring)

Pencapaian :
1) Futsal (suku akhir)
2)Bola Jaring (Naib Johan kumpulan)

KLINIK KIDS ATHLETIC PERINGKAT NEGERI PERAK 20266 Ogos 2026Kompleks Sukan Bagan DatukPencapaian: Sijil Penghargaan (Lulu...
10/08/2026

KLINIK KIDS ATHLETIC PERINGKAT NEGERI PERAK 2026
6 Ogos 2026
Kompleks Sukan Bagan Datuk

Pencapaian:
Sijil Penghargaan (Lulus)

Nama Murid:
1. Siti Aisyah Aafiyah binti Muhamad Fazli
2. ⁠Nur Tiara Alissa binti Mohamad Adahar
3. ⁠Mohammad Hakim bin Mazlan Hafiz
4. ⁠Muhammad Azfar Khuzairi binti Mohd Khazin

Tahniah kepada atlet cilik prasekolah SKPC yang terpilih dan berjaya dalam perujian yang diadakan.

Address

Proton City
Tanjung Malim
35900

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Laman Rasmi Sekolah Kebangsaan Proton City posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share