Dewan Muslimat PAS Kawasan Tanjung Malim

Dewan Muslimat PAS Kawasan Tanjung Malim DMPKTM

Terus Istiqamah in shaa Allah
05/08/2026

Terus Istiqamah in shaa Allah

Ucapan penghargaan khusus buat jentera Muslimat PAS Tanjong Malim yang berkorban masa dan tenaga untuk sama-sama turun p...
13/07/2026

Ucapan penghargaan khusus buat jentera Muslimat PAS Tanjong Malim yang berkorban masa dan tenaga untuk sama-sama turun padang bagi membantu calon PAS yang bertanding dalam PRN Johor hingga ke saat akhir hari mengundi pada Sabtu, 11 Julai 2026.

Semoga amal ibadah ini menjadi saksi di akhirat kelak atas usaha diberikan dalam memartabatkan agama Islam.

بارك الله في جهودكم





Jom Keluar Mengundi.Jalankan tanggungjawab bangsa Johor di atas kertas undi esok, 11 Julai 2026!
10/07/2026

Jom Keluar Mengundi.
Jalankan tanggungjawab bangsa Johor di atas kertas undi esok, 11 Julai 2026!


𝗦𝗘𝗕𝗨𝗔𝗛 𝗥𝗔𝗬𝗨𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗦𝗘𝗟𝗨𝗥𝗨𝗛 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗡𝗗𝗜 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda, para sahabat serta mereka yang mengikuti jalan kebenaran hingga Hari Kiamat.

Allah SWT berfirman dalam Surah al-Nisa’, ayat 58, antaranya:

إِنَّ ٱللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا۟ ٱلْأَمَـٰنَـٰتِ إِلَىٰٓ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ ٱلنَّاسِ أَن تَحْكُمُوا۟ بِٱلْعَدْلِ

Maksudnya: 𝘚𝘦𝘴𝘶𝘯𝘨𝘨𝘶𝘩𝘯𝘺𝘢 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘮𝘦𝘮𝘦𝘳𝘪𝘯𝘵𝘢𝘩𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘶𝘱𝘢𝘺𝘢 𝘢𝘮𝘢𝘯𝘢𝘩 𝘥𝘪𝘴𝘦𝘳𝘢𝘩𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘦𝘳𝘩𝘢𝘬 𝘮𝘦𝘯𝘦𝘳𝘪𝘮𝘢𝘯𝘺𝘢, 𝘥𝘢𝘯 𝘢𝘱𝘢𝘣𝘪𝘭𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘦𝘵𝘢𝘱𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘴𝘶𝘢𝘵𝘶 𝘩𝘶𝘬𝘶𝘮 𝘢𝘵𝘢𝘶 𝘬𝘦𝘱𝘶𝘵𝘶𝘴𝘢𝘯 𝘢𝘯𝘵𝘢𝘳𝘢 𝘮𝘢𝘯𝘶𝘴𝘪𝘢, 𝘩𝘦𝘯𝘥𝘢𝘬𝘭𝘢𝘩 𝘥𝘪𝘭𝘢𝘬𝘴𝘢𝘯𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘢𝘥𝘪𝘭.

Saudara dan saudari yang saya kasihi,

𝗠𝗲𝗺𝗶𝗹𝗶𝗵 𝗽𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝗿𝗮 𝗸𝗲𝗰𝗶𝗹. 𝗜𝗮 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘀𝗮𝘁𝘂 𝗮𝗺𝗮𝗻𝗮𝗵.

Kita mungkin hanya mengambil beberapa minit untuk membuat pilihan, tetapi kesannya akan dirasai untuk tempoh yang panjang.

Atas kesedaran itulah, saya menulis perutusan ini dengan satu harapan dan satu rayuan yang sangat sederhana, tetapi amat penting:

𝗞𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗹𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗻𝗴𝘂𝗻𝗱𝗶.

Sepanjang bersama masyarakat, saya mendengar pelbagai keluhan dan harapan.

Saya melihat keresahan ibu dan ayah yang memikirkan masa depan anak-anak. Saya mendengar suara pekerja yang mengharapkan kehidupan lebih baik, peniaga kecil yang mahu terus bertahan, anak muda yang mencari peluang pekerjaan, serta petani dan nelayan yang mahu hasil usaha mereka dihargai.

Di sebalik setiap undi, ada harapan sebuah keluarga.
Kerana itulah saya merayu kepada seluruh Bangsa Johor, sama ada ibu dan ayah, warga emas, anak muda, pengundi kali pertama, pekerja, peniaga, petani, nelayan dan keluarga muda:

𝗝𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘀𝗶𝗮-𝘀𝗶𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗵𝗮𝗸 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗱𝗮 𝗱𝗶 𝘁𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗸𝗶𝘁𝗮.

Kepada mereka yang kecewa dengan politik, saya memahami perasaan itu.

Namun, 𝗷𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮 𝗸𝗲𝗰𝗲𝘄𝗮 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸, 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗺𝗲𝗺𝗶𝗹𝗶𝗵 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗺𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗽𝗶𝗹𝗶𝗵𝗮𝗻.

Jangan kerana penat, marah atau kecewa, kita menyerahkan masa depan negeri kepada keputusan orang lain. Gunakanlah hak yang ada untuk membuat pilihan yang kita yakini lebih baik.

Buatlah pilihan dengan ilmu, pertimbangan dan hati nurani.

Dalam Surah al-Qasas, ayat 26, Allah SWT menyebut satu prinsip yang besar nilainya:

إِنَّ خَيْرَ مَنِ ٱسْتَـْٔجَرْتَ ٱلْقَوِىُّ ٱلْأَمِينُ

Maksudnya: 𝘚𝘦𝘴𝘶𝘯𝘨𝘨𝘶𝘩𝘯𝘺𝘢 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘪𝘬-𝘣𝘢𝘪𝘬 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘪𝘢𝘮𝘣𝘪𝘭 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘣𝘦𝘬𝘦𝘳𝘫𝘢 𝘪𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘶𝘢𝘵 𝘭𝘢𝘨𝘪 𝘢𝘮𝘢𝘯𝘢𝘩.

Ayat ini mengajar kita bahawa antara asas penting dalam memberikan sesuatu tanggungjawab ialah kemampuan dan amanah.

Maka, tanyalah diri kita dengan jujur.

Adakah calon yang kita pilih seorang yang amanah, bersih dan berintegriti?

Adakah dia mempunyai kemampuan untuk bekerja, memahami denyut nadi rakyat, mudah ditemui dan berani membawa suara rakyat?

Adakah dia berani menolak rasuah dan salah guna kuasa, serta mempunyai kesedaran bahawa setiap amanah akan dipersoalkan di hadapan Allah SWT?

Kita tidak mencari manusia yang mengaku dirinya sempurna. Tetapi rakyat berhak memilih mereka yang jujur, amanah, berkemampuan dan bersungguh-sungguh untuk berkhidmat.

𝗝𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗺𝗲𝗴𝗮𝗵𝗮𝗻. 𝗝𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗶𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗮𝗺𝗮𝗻𝗮𝗵.
𝗞𝘂𝗮𝘀𝗮 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝘀𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁𝗮𝗻 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗸𝗲𝗽𝗲𝗻𝘁𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗿𝗶. 𝗞𝘂𝗮𝘀𝗮 𝗶𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘁𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗴𝗷𝗮𝘄𝗮𝗯 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗲𝗹𝗮 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁.

Rakyat memerlukan wakil yang bukan sahaja hadir ketika pilihan raya, tetapi terus bersama mereka selepas amanah diberikan.

Saudara dan saudari yang saya kasihi,

Setelah kita membuat pertimbangan dengan ilmu, menilai calon dengan hati nurani dan memikirkan masa depan Johor, saya ingin menyampaikan pendirian dan rayuan saya dengan jelas.

Saya tidak meminta saudara dan saudari membuat pilihan secara membuta tuli. Nilailah, fikirkanlah dan pertimbangkanlah dengan matang.

𝗗𝗶 𝗸𝗮𝘄𝗮𝘀𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝘁𝗮𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴𝗶 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗡𝗔𝗦𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟, 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝘂𝗵 𝗿𝗲𝗻𝗱𝗮𝗵 𝗵𝗮𝘁𝗶 𝗺𝗲𝗿𝗮𝘆𝘂 𝗮𝗴𝗮𝗿 𝘀𝗮𝘂𝗱𝗮𝗿𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝘀𝗮𝘂𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗲𝗿𝗰𝗮𝘆𝗮𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝘂𝗻𝗱𝗶 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗰𝗮𝗹𝗼𝗻 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗡𝗔𝗦𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟.

Dalam pilihan raya ini, PAS diwakili oleh 11 calon yang membawa amanah perjuangan dan khidmat kepada masyarakat. Saya memohon agar rakyat memberikan peluang dan kepercayaan kepada mereka.

𝗗𝗶 𝗸𝗮𝘄𝗮𝘀𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗱𝗶𝘁𝗮𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴𝗶 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗰𝗮𝗹𝗼𝗻 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗡𝗔𝗦𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟, 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝘂 𝘀𝗮𝘂𝗱𝗮𝗿𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝘀𝗮𝘂𝗱𝗮𝗿𝗶 𝘀𝘂𝗽𝗮𝘆𝗮 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮𝗻 𝘂𝗻𝗱𝗶 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗰𝗮𝗹𝗼𝗻 𝗕𝗔𝗥𝗜𝗦𝗔𝗡 𝗡𝗔𝗦𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟.

Seruan ini lahir daripada pertimbangan yang kami yakini lebih baik untuk kepentingan rakyat, kestabilan dan hala tuju Johor.

Saudara dan saudari yang saya kasihi,

𝗜𝗻𝗶𝗹𝗮𝗵 𝗿𝗮𝘆𝘂𝗮𝗻 𝘀𝗮𝘆𝗮.

Keluarlah mengundi.

Bawalah ibu dan ayah kita. Ajaklah anak-anak muda dalam keluarga. Hubungilah saudara dan sahabat. Bantulah mereka yang memerlukan bantuan untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

𝗧𝘂𝗻𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗮𝗺𝗮𝗻𝗮𝗵.

Jangan biarkan orang lain menentukan masa depan negeri ini sedangkan kita sendiri memilih untuk berdiam diri.

Satu undi mungkin kelihatan kecil, tetapi arah sebuah negeri dibentuk daripada himpunan keputusan rakyatnya.

𝗝𝗼𝗵𝗼𝗿 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗻𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗸𝗶𝘁𝗮. 𝗠𝗮𝘀𝗮 𝗱𝗲𝗽𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘁𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗴𝗷𝗮𝘄𝗮𝗯 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮.

Dengan penuh rendah hati, saya merayu kepada seluruh pengundi Johor: keluarlah mengundi.

Pilihlah dengan ilmu, hati nurani dan penuh tanggungjawab.

Nilailah amanah, akhlak, kemampuan dan kesungguhan calon dalam membela rakyat.

Saya berdoa semoga Allah SWT memelihara Negeri Johor dan seluruh rakyatnya, mengurniakan kebijaksanaan kepada kita dalam membuat pilihan serta menghadirkan pemimpin yang amanah, adil dan bersungguh-sungguh membela rakyat.

Semoga Johor terus aman, stabil dan sejahtera. Semoga hubungan antara masyarakat sentiasa terpelihara, dan negeri yang kita cintai ini dijauhkan daripada rasuah, salah guna kuasa, kezaliman, permusuhan dan perpecahan.

𝗞𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗹𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗻𝗴𝘂𝗻𝗱𝗶.
𝗧𝘂𝗻𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗮𝗺𝗮𝗻𝗮𝗵.

𝗕𝘂𝗮𝘁𝗹𝗮𝗵 𝗽𝗶𝗹𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗶𝗹𝗺𝘂, 𝗵𝗮𝘁𝗶 𝗻𝘂𝗿𝗮𝗻𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝘂𝗵 𝘁𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗴𝗷𝗮𝘄𝗮𝗯 𝗱𝗲𝗺𝗶 𝗺𝗮𝘀𝗮 𝗱𝗲𝗽𝗮𝗻 𝗝𝗼𝗵𝗼𝗿 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗰𝗶𝗻𝘁𝗮𝗶 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮.

𝘞𝘢𝘣𝘪𝘭𝘭𝘢𝘩𝘪 𝘵𝘢𝘶𝘧𝘪𝘲 𝘸𝘢𝘭 𝘩𝘪𝘥𝘢𝘺𝘢𝘩.
𝘞𝘢𝘴𝘴𝘢𝘭𝘢𝘮𝘶𝘢𝘭𝘢𝘪𝘬𝘶𝘮 𝘸𝘢𝘳𝘢𝘩𝘮𝘢𝘵𝘶𝘭𝘭𝘢𝘩𝘪 𝘸𝘢𝘣𝘢𝘳𝘢𝘬𝘢𝘵𝘶𝘩.

𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗚𝗨𝗥𝗨 𝗗𝗔𝗧𝗢’ 𝗗𝗥. 𝗛𝗝. 𝗠𝗔𝗛𝗙𝗢𝗗𝗭 𝗕𝗜𝗡 𝗠𝗢𝗛𝗔𝗠𝗘𝗗
𝗣𝗲𝘀𝘂𝗿𝘂𝗵𝗷𝗮𝘆𝗮 𝗣𝗔𝗦 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗝𝗼𝗵𝗼𝗿

10 Julai 2026



Tips Hiking 📌
30/05/2026

Tips Hiking 📌

Khidmat Malaysia menzahirkan rasa dukacita atas insiden kehilangan beberapa peserta hiking yang berlaku baru-baru ini..

Buat mereka yang masih berhajat melakukan aktiviti hiking, pastikan keselamatan sentiasa menjadi keutamaan.

Ambil perhatian terhadap laluan, cuaca, keadaan fizikal dan jangan sesekali mendaki bersendirian tanpa persediaan lengkap.

Sedikit tips keselamatan kami kongsikan sebagai peringatan bersama.

Apa pun ikhtiarnya, jangan lupa sentiasa berzikir, berdoa dan memohon perlindungan daripada Allah sepanjang perjalanan.

BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN .. BERAMAL KERANA ALLAH

SALAM TAKZIAHإنا لله وإنا إليه راجعونSalam takziah diucapkan buat ahli keluarga Allahyarhamah Nur Izzati Humaira binti A...
27/05/2026

SALAM TAKZIAH

إنا لله وإنا إليه راجعون

Salam takziah diucapkan buat ahli keluarga Allahyarhamah Nur Izzati Humaira binti Azizul yang telah ditemui meninggal dunia pada Selasa, 26 Mei 2026 jam 12.50 tengahari selepas hilang ketika mendaki di Bukit Changkat Asa, Tanjung Malim.

Semoga Allah ampunkan dosa beliau, rahmatinya dan kumpulkan bersama orang-orang soleh. Al-Fatihah.


Selamat Tahun Baru Cina 🎊
18/02/2026

Selamat Tahun Baru Cina 🎊

In shaa Allah kami bersedia ✊🏻
25/01/2026

In shaa Allah kami bersedia ✊🏻

AYUH JADIKAN BAKAT, SEBAGAI SAKSI DI AKHIRATPernah terfikir tak macam mana skill 'editing', 'copywriting', atau ambil ga...
23/01/2026

AYUH JADIKAN BAKAT, SEBAGAI SAKSI DI AKHIRAT

Pernah terfikir tak macam mana skill 'editing', 'copywriting', atau ambil gambar korang boleh jadi saham akhirat?

Inilah masanya!

​Kami tengah cari Muslimat yang bersemangat nak bantu sebarkan kebaikan melalui media. Tak perlu jadi pro, janji ada minat nak belajar dan menyumbang.

Sama-sama kita penuhkan masa dengan perkara yang bermanfaat.

​Kelebihan bersama dalam Skuad Media:
1. ​Vibe team yang 'supportive' & 'ukhuwah circle' yang baik.
2. ​Asah 'skill' media sambil beramal.
3. ​Ruang kreativiti tanpa batas.

Daftar segera di sini :
https://forms.gle/fykErxVa7CwdVWzu8

Sebarang persoalan boleh berhubung dengan Puan Aini www.wasap.my/60123800256.





Address

Tanjung Malim
35900

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Muslimat PAS Kawasan Tanjung Malim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Dewan Muslimat PAS Kawasan Tanjung Malim:

Shortcuts

Share