UPK Batang Padang

UPK Batang Padang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from UPK Batang Padang, Government Organization, Tanjung Malim.

04/04/2023

Perhatian kepada pengendali makanan , pastikan anda tidak memakai gelang emas atau aksesori semasa mengendalikan makanan.

Terdapat banyak kotoran dan kuman yang berkumpul dicelah-celah aksesori tersebut dan ini boleh menyebabkan pencemaran makanan berlaku.

08/03/2022

Berita baik untuk ibu bapa. Sekiranya anak anda perlu dikuarantin bagi penyakit berjangkit (seperti C-19) , anda boleh mendapatkan kemudahan cuti menjaga anak yang dikuarantin (maksima 5 hari)

Sebelum ini hanya ada 6 penyakit berjangkit yang tersenarai, tambahan “lain lain penyakit berjangkit” memberi lebih banyak kemudahan untuk ibu bapa yang bekerja.

Sumber dan soalan lazim,

https://www.jpa.gov.my/surat-edaran/tahun-2022/2458-penambahbaikan-kemudahan-cuti-kuarantin

08/02/2022

Tahukah anda , jangkitan Rabies adalah satu penyakit yang menyebabkan kematian 100% jika tanda-tanda penyakit telah timbul!

Penyakit rabies adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan Lyssavirus dari haiwan seperti anjing yang dijangkiti rabies.

Rabies berjangkit melalui luka gigitan, luka terbuka pada kulit dari air liur, cairan atau tisu tubuh dari haiwan tersebut kepada manusia.

Tetapi tidaklah seperti dalam filem zombie dimana mangsa ada gejala selepas beberapa saat di gigit, inkubasi rabies adalah 3 minggu hingga 2 bulan dari gigitan haiwan rabid hingga timbul gejala.

Individu yang dijangkiti rabies akan mengalami tanda klinikal seperti demam, sakit badan dan kepala, hidrofobia, lumpuh dan koma.

Untuk pencegahan,

Dapatkan rawatan segera ke klinik kesihatan atau hospital terdekat jika telah mengalami gigitan anjing peliharaan yang agresif atau anjing liar;

Pastikan anjing peliharaan telah mendapatkan suntikan anti-rabies di klinik haiwan terdekat dan elakkan kontak bersama anjing liar;

03/12/2021

Apa yang anda lihat dalam gusti bukan realiti, hakikatnya chokehold akan menyebabkan bekalan darah ko otak dihimpit. Ia bukan sahaja menyebabkan mangsa pitam, malah menyebabkan kematian.

Pasti anda pernah mendengar pergerakan "I can't breath" di US. Pergerakan ini adalah tindakan protes daripada perkump**an di sana kepada pihak polis yang tercetus apabila, Eric Garner, yang terbunuh akibat tindakan mencekik oleh anggota polis di New York. Beliau meronta "saya tidak boleh bernafas!" sebanyak 11 kali. Namun keluhan Garner tidak dipeduli dan beliau pengsan dan meninggal.

Kes ini telah memberikan impak yang besar kepada jabatan polis di sana disebabkan kemarahan orang ramai terutamanya daripada pergerakan Black Lives Matter. Lebih kurang 70% jabatan polis di seluruh negara telah mengharamkan tindakan mencekik dan kebanyakan yang lain p**a dengan kondiisi bersyarat.

Pengajaran yang boleh dapat dari di sini, amalan sebegini perlu dielakkan dalam apa jua situasi. Ia satu perkara yang merbahayakan dan boleh menyebabkan keluarga kehilangan orang yang mereka sayangi.

03/12/2021

Pagi ini jika ada pergi ke kedai untuk sarapan pagi, lihatlah produk ini masih berleluasa digantung di belakang kaunter bayaran.

Akuilah bahawa penguatkuasaan terlalu lemah sehingga produk yang telah di haramkan sekian lama masih dijual dengan mudah.

Ramai individu yang pernah minum kopi ini mengadu berasa pening atau sakit kepala selepas minum kopi ini. Ada yang perlu di papah keluar dari kedai makan dan tidak dapat memandu p**ang ke rumah.

Ini kerana kopi ini mengandungi bahan beracun berjadual jenis Sildenafil iaitu bahan yang menyebabkan saluran darah mengembang dan menyebabkan tekanan darah turun mendadak.

Jika anda tidak bernasib baik, bekalan darah ke jantung dan otak boleh berkurangan dengan mendadak dan jantung boleh berhenti berdegup.
Jika anda masih mengamalkan minuman ini sila berhenti dan dapatkan pemeriksaan segera. Jika anda masih menjual dan mengedarkan produk ini hentikan segera.

28/11/2021

IPOH - Polis akan melakukan siasatan secara menyeluruh berhubung insiden sebuah helikopter yang melakukan penerbangan rendah ketika perarakan pengebumian mayat di Little India Ipoh di sini pada Sabtu.

28/11/2021

Banyak rupanya khasiat sotong. Sumber nutrient untuk ibu mengandung, kesihatan jantung, kulit dan kuku, dan juga meredakan gejala pesakit rheumatoid athritis.

14/11/2021

Perkara ini bukan sahaja penting untuk ibu bapa tahu, tapi paling penting kena beritahu dan pesan pada anak 🙏🏻

Jarak 10 kaki dari kenderaan adalah zon bahaya terutamanya di kawasan titik buta (zon merah)iaitu di hadapan kenderaan dan sisi belakang.

Selepas kenderaan berhenti, lihat kiri dan kanan dan terus keluar dari zon bahaya (lihat zon hijau). Sama juga ketika hendak naik bas/ van.

Ingatkan anak anak untuk elak dari mengutip barang yang terjatuh. Apabila mereka tunduk mengutip barang, pemandu tidak akan nampak langsung.

Peranan pemandu juga penting. Ingat, ada puluhan nyawa anak anak kecil dibawah tanggungjawab anda.

14/11/2021

BACHOK - Bermula dengan sekadar minat, tiada siapa menyangka seorang pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini mampu meraih pendapatan sehingga mencecah lima angka sebulan hasil daripada ternakan ‘kambing kayangan’.

14/11/2021

Ini adalah imej keratan rentas paru paru seorang kanak kanak yang maut akibat tercekik.

Kanak kanak berusia 4 tahun ke bawah masih belum pandai mengunyah dengan betul. Hati hati ya.

Kongsikan

Klinik Kesihatan Tanjung Malim,
08/09/2015

Klinik Kesihatan Tanjung Malim,

Address

Tanjung Malim
35900

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UPK Batang Padang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to UPK Batang Padang:

Share