Briged Utara PGA

Briged Utara PGA Facebook Rasmi Bagi Briged Utara Pasukan Gerakan Am Polis DiRaja Malaysia
(1)

Penafian/Disclaimer:
Polis Diraja Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam Laman Rasmi Facebook PDRM ini. Royal Malaysia Police is not responsible for any loss or damages that may be incurred by the user as a result of using the information on this site.

LAWATAN RASMI YDH KOMANDER BRIGED UTARA KE BATALION 3 PASUKAN GERAKAN AM (PGA) MENYANTUNI PETUGAS SAR GUNUNG BATU PUTIHB...
08/06/2026

LAWATAN RASMI YDH KOMANDER BRIGED UTARA KE BATALION 3 PASUKAN GERAKAN AM (PGA) MENYANTUNI PETUGAS SAR GUNUNG BATU PUTIH

BIDOR, 8 Jun 2026 – YDH SAC Balveer Singh a/l Mahindar Singh, Komander Briged Utara Pasukan Gerakan Am telah mengadakan Lawatan Rasmi ke Batalion 3 PGA, Bidor, Perak bagi menyantuni pegawai dan anggota yang terlibat dalam penugasan Operasi Mencari dan Menyelamat (Op SAR) di Gunung Batu Putih.

Ketibaan beliau telah disambut oleh YDH Supt. Azhar bin Haji Hashim bersama barisan Pegawai Kanan Batalion 3 PGA sebelum sesi lawatan dimulakan dengan menandatangani buku lawatan dan seterusnya sesi perjumpaan bersama petugas Op SAR.

Dalam sesi tersebut, YDH Komander Briged Utara telah menyampaikan amanat dan nasihat yang sarat dengan penekanan terhadap aspek profesionalisme, kesiapsiagaan serta semangat pengorbanan dalam kalangan warga Pasukan Gerakan Am.

Beliau menegaskan bahawa keupayaan dalam operasi menyelamat tidak boleh bergantung kepada pengetahuan teori semata-mata, sebaliknya perlu diperkukuhkan melalui latihan fizikal yang khusus, realistik dan berterusan bagi memastikan setiap anggota benar-benar bersedia menghadapi cabaran di lapangan.

YDH Komander Briged Utara turut mengingatkan bahawa penggunaan peralatan yang dibekalkan hendaklah dimaksimumkan secara efektif, selain menekankan kepentingan latihan berterusan bagi memastikan tahap kesiapsiagaan pasukan sentiasa berada pada tahap tertinggi.

Dalam amanatnya juga, beliau menzahirkan penghargaan dan ucapan tahniah kepada semua petugas atas komitmen serta prestasi cemerlang yang dipamerkan sepanjang pelaksanaan Op SAR, sekali gus mengangkat imej Pasukan Gerakan Am sebagai pasukan yang disegani dan diyakini oleh masyarakat serta pelbagai pihak.

Beliau turut mengingatkan bahawa penugasan ketika cuti perayaan merupakan satu lumrah dalam perkhidmatan PDRM, dan setiap anggota seharusnya berbangga kerana diberi peluang untuk berbakti kepada negara dalam apa jua keadaan.

Selain itu, YDH Komander Briged Utara turut mendoakan agar semua petugas yang tercedera sepanjang operasi diberikan kesembuhan segera serta kekuatan untuk kembali bertugas.

Turut dipertontonkan tayangan video dan gambar sepanjang pelaksanaan Op SAR di Gunung Batu Putih, diikuti dengan penyampaian cenderahati kepada petugas yang tercedera sebagai tanda penghargaan atas pengorbanan mereka.

Lawatan diakhiri dengan sesi bergambar bersama pegawai dan anggota Batalion 3 PGA sebagai simbol semangat kebersamaan dan solidariti dalam pasukan.

Amanat dan nasihat yang disampaikan jelas mencerminkan kepimpinan yang tegas serta komitmen berterusan dalam memastikan Pasukan Gerakan Am sentiasa berada pada tahap kesiapsiagaan tertinggi.

Syabas dan tahniah kepada seluruh warga Batalion 3 PGA atas dedikasi dan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi.

Seluruh warga Briged Utara Pasukan Gerakan Am, dengan penuh hormat merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepadaYDH IG TAN S...
01/06/2026

Seluruh warga Briged Utara Pasukan Gerakan Am, dengan penuh hormat merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada

YDH IG TAN SRI
HJ. MOHD KHALID BIN HJ. ISMAIL
Ketua Polis Negara

atas penganugerahan Darjah Kebesaran
Panglima Mangku Negara (P.M.N)
yang membawa gelaran Tan Sri

sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Sesungguhnya penganugerahan ini adalah satu pengiktirafan yang amat tinggi terhadap jasa, kepimpinan serta sumbangan beliau dalam memacu kecemerlangan Polis Diraja Malaysia dan menjaga keselamatan serta kedaulatan negara.

Semoga YDH Tan Sri terus dikurniakan kesihatan yang baik dan kekuatan dalam meneruskan amanah serta tanggungjawab demi agama, bangsa dan negara.

Ikhlas daripada,
YDH SAC Balveer Singh a/l Mahindar Singh
Komander Briged Utara PGA

&

YBhg Puan Rajvinder Kaur a/p Didar Singh
Pengerusi PERKEP Briged Utara PGA

SELAMAT MENYAMBUTPESTA KAAMATAN & HARI GAWAI 2026Selamat menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai kepada seluruh warga Po...
31/05/2026

SELAMAT MENYAMBUT
PESTA KAAMATAN & HARI GAWAI 2026

Selamat menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia, khususnya Briged Utara Pasukan Gerakan Am, serta rakyat Malaysia yang meraikannya.

Semoga perayaan ini membawa kebahagiaan, kemakmuran dan kesejahteraan kepada semua, di samping terus memperkukuh semangat perpaduan, keharmonian serta saling menghormati dalam kepelbagaian budaya di negara ini.

Perpaduan dalam Kepelbagaian, Kekuatan Negara.

Ikhlas daripada,
YDH SAC Balveer Singh a/l Mahindar Singh
Komander Briged Utara PGA

&

YBhg Puan Rajvinder Kaur a/p Didar Singh
Pengerusi PERKEP Briged Utara PGA

SELAMAT HARI WESAK 2026Selamat menyambut Hari Wesak 2026 kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia, khususnya Briged Ut...
30/05/2026

SELAMAT HARI WESAK 2026

Selamat menyambut Hari Wesak 2026 kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia, khususnya Briged Utara Pasukan Gerakan Am, serta rakyat Malaysia yang meraikannya.

Semoga sambutan Hari Wesak pada tahun ini membawa kedamaian, kesejahteraan dan keharmonian kepada seluruh penganut yang meraikannya serta memperkukuh semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini.

Marilah kita bersama-sama terus memupuk nilai toleransi, saling menghormati dan hidup dalam suasana aman demi kestabilan serta kemakmuran negara yang tercinta.

Damai di Hati, Harmoni di Dunia.

Ikhlas daripada,
YDH SAC Balveer Singh a/l Mahindar Singh
Komander Briged Utara PGA

&

YBhg Puan Rajvinder Kaur a/p Didar Singh
Pengerusi PERKEP Briged Utara PGA

LAWATAN KEBAJIKAN DAN MENYANTUNI WARGA BATALION 2 PGA KULIMKANGAR, 29 MEI 2026 – YDH SAC Balveer Singh a/l Mahindar Sing...
29/05/2026

LAWATAN KEBAJIKAN DAN MENYANTUNI WARGA BATALION 2 PGA KULIM

KANGAR, 29 MEI 2026 – YDH SAC Balveer Singh a/l Mahindar Singh, Komander Briged Utara PGA bersama isteri, YBhg Puan Rajvinder Kaur a/p Didar Singh, Pengerusi PERKEP Briged Utara telah melaksanakan Lawatan Kebajikan bagi menyantuni pegawai serta ahli keluarga Batalion 2 PGA Kulim yang sedang diuji dengan masalah kesihatan.

Lawatan melibatkan dua penerima iaitu ASP Mior Abdul Khalil bin Abdul Azid yang menghidap kanser paru-paru serta Puan Halijah binti Hamidon, ibu kepada Kpl Azmir Riza bin Ani yang mengalami jangkitan kuman pada buah pinggang.

Program turut diisi dengan bacaan doa dan penyampaian sumbangan kebajikan sebagai tanda sokongan serta keprihatinan pihak pengurusan terhadap kebajikan warga pasukan.

Turut hadir:
YDH P/Supt. Ooi Jin Bing (Pegawai Pemerintah Bn 1 PGA), DSP Mohd Khairi bin Abdullah (Penolong Pegawai Pemerintah Bn 2 PGA), ASP Ab Rahim bin Mohammad (Ajutan Bn 2 PGA), ASP Tajul Izzuddin bin Ramli (Penolong Kompeni Komander A Bn 2 PGA) serta pegawai-pegawai kanan, anggota dan wakil PERKEP.

Semoga kedua-dua penerima dikurniakan kesembuhan yang sempurna dan dipermudahkan segala urusan rawatan. Inisiatif ini diharap dapat terus memperkukuh semangat kebersamaan dan ukhuwah dalam kalangan warga PGA.

“Ya Allah, sembuhkanlah mereka dengan kesembuhan yang sempurna.”

SOLAT SUNAT AIDILADHA DAN PROGRAM MELAPAH LEMBU IBADAH KORBAN PERDANA BERSAMA PARLIMEN TAMBUNULU KINTA, 27 MEI 2026 – Ma...
27/05/2026

SOLAT SUNAT AIDILADHA DAN PROGRAM MELAPAH LEMBU IBADAH KORBAN PERDANA BERSAMA PARLIMEN TAMBUN

ULU KINTA, 27 MEI 2026 – Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Briged Utara PGA telah menganjurkan Solat Sunat Aidiladha disusuli dengan Program Melapah Lembu sempena Ibadah Korban Perdana bersama Parlimen Tambun.

Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga pasukan serta masyarakat setempat yang hadir bagi menunaikan solat sunat Aidiladha secara berjemaah dan seterusnya menyertai aktiviti korban.

Solat sunat Aidiladha telah diimamkan oleh Ustaz Mohd Nasir manakala bilal bertugas ialah Ustaz Muhammad Siddiqin. Selesai solat, program diteruskan dengan jamuan hari raya sebelum aktiviti melapah lembu korban dilaksanakan melibatkan sebanyak 9 ekor lembu.

Pelbagai pengisian turut diadakan termasuk cabutan bertuah serta gimik penyerahan daging korban oleh Pegawai Khas Parlimen Tambun kepada wakil penerima, YDH ACP Jafri bin Muhamad, Timbalan Komander Briged Utara PGA.

Program diakhiri dengan jamuan makan tengah hari dan solat Zohor berjemaah, sekali gus menyemarakkan lagi semangat kebersamaan dan ukhuwah dalam kalangan warga pasukan.

Penganjuran program seumpama ini bukan sahaja menghidupkan syiar Islam, malah memperkukuh hubungan silaturahim serta nilai keprihatinan dalam kalangan warga PGA dan komuniti setempat.

LAWATAN KEBAJIKAN DAN MENYANTUNI WARGA SERTA KELUARGA BATALION 2 PGA KULIMKULIM, 27 MEI 2026 – Keprihatinan terhadap keb...
27/05/2026

LAWATAN KEBAJIKAN DAN MENYANTUNI WARGA SERTA KELUARGA BATALION 2 PGA KULIM

KULIM, 27 MEI 2026 – Keprihatinan terhadap kebajikan warga pasukan terus menjadi keutamaan apabila Batalion 2 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kulim melaksanakan Program Lawatan Kebajikan bagi menyantuni anggota serta ahli keluarga yang sedang diuji dengan masalah kesihatan.

Program ini diketuai oleh YDH SAC Balveer Singh a/l Mahindar Singh, Komander Briged Utara PGA bersama YBhg Puan Rajvinder Kaur a/p Didar Singh, Pengerusi PERKEP Briged Utara, dengan penyelarasan oleh pihak Batalion 2 Pasukan Gerakan Am Kulim.

Kehadiran delegasi bukan sahaja sebagai tanda sokongan moral, malah mencerminkan komitmen berterusan kepimpinan dalam memastikan kebajikan warga pasukan sentiasa terpelihara dan diberi perhatian sewajarnya.

Antara lokasi dan penerima lawatan adalah seperti berikut:

📍 Blok 30, Batalion 2 PGA Kulim
KPL 186980 Mohamad Akmal Ariff bin Abd Rahman (37 tahun)
Mengalami serangan awal jantung

📍 Wad 6, Hospital Kulim
Puan Anjang Safiah binti Yop Mohammad (82 tahun)
Ibu kepada SJN 136785 Mohd Fairuz bin Abdullah
Mengalami pendarahan serius akibat terjatuh tangga

Setiap lawatan dimulakan dengan bacaan doa oleh anggota BAKA Bn 2 dan diikuti dengan penyampaian sumbangan kebajikan sebagai tanda sokongan, keprihatinan serta solidariti kepada penerima dan ahli keluarga.

Turut hadir:
YDH P/Supt. Aswadi bin Seman (Pegawai Pemerintah Bn 2 PGA)
ASP Ab Rahim bin Mohammad (Ajutan Bn 2 PGA)
ASP Mohd Saiful Adli bin Mohd Asni (Kompeni Komander B Bn 2)
Ustaz Muhammad Syakirin bin Harun (BAKA Bn 2)
Pegawai kanan, anggota serta wakil PERKEP

Semoga KPL Mohamad Akmal Ariff bin Abd Rahman dan Puan Anjang Safiah binti Yop Mohammad dikurniakan kesembuhan yang sempurna serta dipermudahkan segala urusan rawatan.

**Sesungguhnya kebajikan adalah asas kekuatan organisasi, dan semangat kebersamaan inilah yang terus memperkukuh keutuhan Pasukan Gerakan Am dalam menghadapi apa jua cabaran.**

“Ya Tuhan manusia, lenyapkanlah penyakit, sembuhkanlah; Engkau Maha Penyembuh, tiada kesembuhan melainkan daripada-Mu.”

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026MKepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya warga Briged Utara...
26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M

Kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya warga Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA), serta warga awam dan seluruh rakyat Malaysia.

Aidiladha yang disambut ini mengingatkan kita akan erti sebenar pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab. Semoga semangat ini terus menjadi pemangkin dalam memperkukuh jati diri, perpaduan serta komitmen kita dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada agama, bangsa dan negara.

Semoga Aidiladha ini menyemai nilai pengorbanan, keikhlasan dan membawa keberkatan, kedamaian serta kebahagiaan kepada kita semua.

Ikhlas daripada,
YDH SAC Balveer Singh a/l Mahindar Singh
Komander Briged Utara PGA

&

YBhg Puan Rajvinder Kaur a/p Didar Singh
Pengerusi PERKEP Briged Utara PGA

PERHIMPUNAN BULANAN BRIGED UTARA PGA BAGI BULAN MEI 2026Ulu Kinta 21 Mei 2026 – Telah berlangsung Perhimpunan Bulanan Br...
21/05/2026

PERHIMPUNAN BULANAN BRIGED UTARA PGA BAGI BULAN MEI 2026

Ulu Kinta 21 Mei 2026 – Telah berlangsung Perhimpunan Bulanan Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) bagi bulan Mei 2026 dengan penyertaan pegawai kanan, pegawai rendah polis serta pegawai awam dari Briged Utara dan batalion-batalion terlibat.

Dalam ucapannya, YDH SAC Balveer Singh a/l Mahindar Singh, Komander Briged Utara PGA menekankan Misi beliau iaitu pertama keberhasilan atau kejayaan dalam operasi, kedua integriti dan yang ketiga kebajikan kepada Pegawai dan anggota.

Keberhasilan Briged Utara PGA telah mencatatkan pencapaian membanggakan apabila berjaya merekodkan rampasan dan tangkapan pelbagai kes jenayah rentas sempadan dengan nilai keseluruhan mencecah RM272 juta bagi tempoh Januari hingga Mei 2026, membuktikan keberkesanan operasi serta komitmen berterusan dalam membanteras jenayah oleh semua Pegawai dan anggota semua formasi di bawah Briged Utara PGA.

Perkara yang kedua ialah aspek integriti dan disiplin dalam kalangan warga pasukan. Statistik semasa menunjukkan penurunan kes KST dan KET yang dibuka oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) bagi tempoh Januari hingga Mei 2026, sekali gus mencerminkan tahap pematuhan,integriti dan penyeliaan yang semakin baik.

Selain itu, perkara yang ketiga ialah aspek kebajikan turut diberi perhatian apabila penyaluran peruntukan bagi pembangunan serta kerja-kerja pembaikan kuarters dan pejabat meliputi Batalion 1, 2, 3 dan 18 PGA serta Ibu Pejabat Briged Utara telah dilaksanakan dan kini sedang giat dijalankan bagi memastikan kesejahteraan serta keselesaan warga pasukan terus terpelihara.

Majlis turut menyaksikan penyampaian sijil penghargaan kepada pegawai dan anggota yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam perkhidmatan.

Perhimpunan diakhiri dengan sesi bergambar dan jamuan ringan.






LAWATAN KERJA STRATEGIK MENTERI DALAM NEGERI KE BATALION 3 PGA, BIDORBIDOR, 18 Mei 2026 – Yang Berhormat Datuk Seri Saif...
18/05/2026

LAWATAN KERJA STRATEGIK MENTERI DALAM NEGERI KE BATALION 3 PGA, BIDOR

BIDOR, 18 Mei 2026 – Yang Berhormat Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri (MDN) telah mengadakan Lawatan Kerja Strategik ke Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA), Bidor, Perak.

Lawatan ini turut dihadiri barisan kepimpinan tertinggi Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia khususnya Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA), antaranya YBhg. Datuk Haji Makhzan bin Mahyuddin, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) KDN; YDH CP Dato’ Sri Mohd Yusri bin Haji Hassan Basri, Pengarah JKDNKA; YBhg. Datuk Zulkifli bin Abidin, Setiausaha Bahagian, Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, KDN; YDH DCP Dato’ Mohamad Suzrin bin Mohamad Rodhi, Timbalan Pengarah (PGA) JKDNKA; serta YDH DCP Dato’ Haji Noor Sham bin Md Jani, Komander Pasukan Gerakan Udara.

Ketibaan YB Menteri telah disambut oleh YDH SAC Balveer Singh a/l Mahindar Singh, Komander Briged Utara PGA bersama YDH Supt. Azhar bin Haji Hashim, Pegawai Pemerintah Batalion 3 PGA serta barisan pegawai kanan Briged Utara dan batalion.

Lawatan dimulakan dengan sesi menandatangani buku lawatan sebelum YB Menteri dibawa ke Bilik Mesyuarat bagi mendengar taklimat pengoperasian oleh YDH Komander Briged Utara. Taklimat merangkumi struktur organisasi, kekuatan pasukan, pencapaian operasi serta isu dan cabaran semasa termasuk hal ehwal kebajikan dan skim pangkat Orang Asli (OA).

Dalam ucapan beliau, YB Datuk Seri MDN memaklumkan beberapa perkara penting antaranya:

• Semakan semula skim pangkat OA termasuk keperluan penambahan slot jawatan
• Cadangan mempercepatkan tempoh kenaikan pangkat daripada 3 tahun kepada 1 tahun
• Pengurusan pelarian Myanmar serta peranan UNHCR dan MKN
• Pelaksanaan program dokumentasi pelarian (EGD/EGDN)
• Isu keselamatan ekonomi melibatkan ketirisan bahan api
• Pemantauan 170 stesen minyak di kawasan sempadan secara berterusan oleh PDRM

Lawatan diteruskan ke Drillshed bagi sesi pertemuan bersama warga Batalion 3 PGA khususnya Senoi Praaq, di mana YB Menteri turut beramah mesra serta menyampaikan amanat kepada anggota.

Program diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan jamuan. Lawatan tamat pada 1.30 petang dalam keadaan lancar, terkawal dan mencapai objektif.

Lawatan ini turut memperkukuh hala tuju strategik serta kesiapsiagaan Pasukan Gerakan Am dalam mendepani cabaran keselamatan semasa.

Address

Tanjung Rambutan

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Briged Utara PGA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Briged Utara PGA:

Share