Muhaimin Malek

Muhaimin Malek Saya mungkin tak mampu selesaikan semua, tapi saya takkan sekali-kali buat tak tahu

πŸŽ‰ SELAMAT MAJU JAYA! πŸŽ‰Buat semua peserta Alam Ria PASTI Kawasan Tapah 2026, teruskan melangkah dengan penuh semangat, ke...
14/08/2026

πŸŽ‰ SELAMAT MAJU JAYA! πŸŽ‰

Buat semua peserta Alam Ria PASTI Kawasan Tapah 2026, teruskan melangkah dengan penuh semangat, keyakinan dan kesungguhan! πŸ’ͺ✨

Semoga segala usaha, latihan dan persediaan yang dilakukan membuahkan hasil yang terbaik. Menang atau kalah bukan ukuran utama, tetapi pengalaman, keberanian dan semangat untuk mencuba itulah yang paling bermakna. 🌟

🀲 Semoga dipermudahkan segala urusan, diberikan ketenangan dan keyakinan, serta dikurniakan kejayaan dalam setiap acara yang disertai.

Berikan yang terbaik! Anda semua adalah juara! πŸ†

β€οΈπŸ€πŸ’™πŸ’› Alam Ria PASTI Kawasan Tapah 2026 πŸ’›πŸ’™πŸ€β€οΈ

Ikhlas daripada,
Muhaimin Malek





Semalam seharian dalam Liqa' Fikri PAS Pusat di Bangi. Harini bersama sahabat-sahabat Perwakilan PAS Kawasan TAPAH ke Ko...
09/08/2026

Semalam seharian dalam Liqa' Fikri PAS Pusat di Bangi.

Harini bersama sahabat-sahabat Perwakilan PAS Kawasan TAPAH ke Konvensyen PAS Perak di Taiping.

InsyaAllah segala pengisian dan pengarahan akan dibawa pulang ke kawasan untuk disusunatur gerak kerja dengan lebih baik.

SELAMAT BERJAYA, WIRA-WIRA SRITI! πŸ†Selamat maju jaya buat anak-anak SRITI AT-TAQWA dan SRITI GENIUS AULAD Bidor yang ter...
07/08/2026

SELAMAT BERJAYA, WIRA-WIRA SRITI! πŸ†

Selamat maju jaya buat anak-anak SRITI AT-TAQWA dan SRITI GENIUS AULAD Bidor yang terpilih mewakili SRITI Perak ke Kejohanan Sukan dan Olahraga (KESUGA) SRITI Malaysia 2026!

Bertandinglah dengan penuh semangat kesukanan dan disiplin yang tinggi. Menang atau kalah bukan ukuran utama, yang penting berikan 100% usaha dan nikmati setiap detik perjuangan!

πŸ’š Bawa nama SRITI Perak!
πŸ’ͺ Bertanding dengan berani!
πŸ† Semoga kejayaan menjadi milik kita!

Semoga Allah permudahkan urusan kalian dan terus dalam redho Allah

Daripada:
Ustaz Muhaimin Malek
YDP PAS Tapah

Dapat perkhabaran petang tadi, Cikman telah pergi meninggalkan kita. Seorang pelakon yang hebat. Dalam masa yang sama sa...
05/08/2026

Dapat perkhabaran petang tadi, Cikman telah pergi meninggalkan kita.

Seorang pelakon yang hebat. Dalam masa yang sama sangat baik dengan para alim ulama'.

Tadi tengok video di PAS Kawasan TAPAH , ada video yang beliau sebut "kita jumpa di syurga!" seperti macam tahu beliau bakal bertemu dengan Allah SWT dalam masa terdekat.

Damailah tuan di sana. Moga ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

03/08/2026

Perkongsian santai, tazkirah serta kupasan isu semasa bersama PAS Bidor.

Berjiwa besar betul deme ni. Walaupun takde le ramai, tapi tetap kuat menuntut ilmu.

Dari Negeri Sembilan, terus memecut ke Bidor.Malam ni alhamdulillah saya dapat bersama sahabat-sahabat PAS Bidor PAS Kaw...
03/08/2026

Dari Negeri Sembilan, terus memecut ke Bidor.

Malam ni alhamdulillah saya dapat bersama sahabat-sahabat PAS Bidor PAS Kawasan TAPAH dalam program Kuliah Haraki Bulanan.

Sedikit tanda ada. InsyaAllah bakal berkembang dakwah dan tarbiyyah disini InsyaAllah πŸ˜€


01/08/2026

Johor dah, Negeri Sembilan dah..

So next PERAK. Ada bran?

alhamdulillah!
01/08/2026

alhamdulillah!

KENYATAAN MEDIA

TERIMA KASIH NEGERI SEMBILAN

Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pengundi Negeri Sembilan atas kepercayaan yang diberikan kepada Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Keputusan ini merupakan suatu isyarat jelas bahawa rakyat menerima usaha penyatuan ummah yang berteraskan keadilan, kesejahteraan dan keharmonian masyarakat majmuk.

Insya-Allah, kejayaan ini akan menjadi pencetus kepada gelombang perubahan yang lebih besar dalam usaha memulihkan negara, di samping membina sebuah pentadbiran yang bersih, prihatin, dan stabil.

PAS menginsafi besarnya tanggungjawab dan kepercayaan ini. Keutamaan adalah untuk mengisi kemenangan melalui agenda berkebajikan, berintegriti dan adil kepada semua.

Saya turut merakamkan penghargaan kepada seluruh kepimpinan Perikatan Nasional dan Barisan Nasional, para calon, petugas serta jentera parti yang telah bekerja dalam satu saf bagi memastikan kejayaan PN-BN pada hari ini.

Semoga Allah SWT memberikan petunjuk dan kekuatan kepada kita untuk menunaikan amanah rakyat dengan sebaik-baiknya.

"KEMBALI KEPADA PENYELESAIAN ISLAM"

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 17 Safar 1448 / 1 Ogos 2026

Address

Kampung Cahaya Muda Jalan Bidor
Tapah
35000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Muhaimin Malek posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share