Ustaz Muhaimin

Ustaz Muhaimin Pengerusi Perikatan Nasional Parlimen Tapah
YDP PAS Kawasan Tapah
Penyelaras Dun Ayer Kuning

13/05/2026

kome selalu hilang barang? jenuh mencari, tapi takkkk jumpa-jumpa..

Jom kita sama-sama amalkan doa ni ya 😄

12/05/2026

SAYA memandang serius perkembangan semasa sektor pembuatan dan perindustrian negara, termasuk di Negeri Perak, yang kini semakin terkesan akibat ketidaktentuan global pasca konflik di Asia Barat.

Berdasarkan dapatan terkini Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM), majoriti pengilang di Malaysia kini berdepan tekanan yang semakin ketara termasuk peningkatan kos logistik, gangguan rantaian bekalan, kekurangan bahan mentah, serta tekanan aliran tunai. Lebih membimbangkan, terdapat syarikat yang mula mengurangkan pengeluaran, membekukan pengambilan pekerja, dan ada yang mempertimbangkan langkah pemberhentian.

Mengikut data, 72 peratus daripada 225 pengeluar melaporkan keadaan operasi semakin merosot sejak awal April 2026 akibat krisis Asia Barat yang bermula akhir Februari. Dalam beberapa laporan media, ~48 peratus pengilang mula mengurangkan pengeluaran menunjukkan tekanan nyata terhadap kapasiti operasi syarikat. 28 peratus syarikat telah atau sedang merancang pelarasan tenaga kerja kerana tekanan kos dan permintaan. Tindakan lain juga termasuk:

a. Pengurangan kerja lebih masa.
b. Pembekuan pengambilan pekerja.
c. Dalam kes terhad, 5 peratus telah melaksanakan pemberhentian pekerja.

Sudah pasti Perak tidak terkecuali. Negeri ini mempunyai ekosistem industri yang penting khususnya dalam sektor pembuatan, automotif, elektrik dan elektronik (E&E), logam, makanan dan minuman, serta industri sokongan yang bergantung kepada kestabilan rantaian bekalan global.

Sekiranya Kerajaan Negeri Perak terus mengambil pendekatan ‘tunggu dan lihat’, kesannya akan dirasai oleh rakyat secara langsung melalui:

a. Pemberhentian pekerja dan pengurangan gaji.
b. Peningkatan kos sara hidup akibat kenaikan kos pengangkutan dan barangan
c. Penurunan peluang pekerjaan baharu, khususnya untuk belia Perak.
d. Kemerosotan pelaburan apabila pelabur melihat negeri tidak responsif terhadap krisis ekonomi.

Hakikatnya, apabila sektor industri melemah, yang menanggung akibat paling awal ialah pekerja biasa, vendor kecil, kontraktor tempatan, dan peniaga kecil yang bergantung kepada kuasa beli pekerja kilang.

Saya ingin bertanya secara terbuka kepada Menteri Besar dan Exco berkaitan:

a. Apakah pelan tindakan segera Kerajaan Negeri bagi menghadapi kemungkinan kemerosotan industri ini?
b. Berapa banyak syarikat di zon perindustrian Perak yang telah melaporkan pengurangan operasi atau masalah bekalan?
c. Adakah kerajaan negeri telah mengadakan libat urus rasmi dengan FMM, pemain industri, dan kesatuan pekerja?
d. Apakah strategi kerajaan negeri untuk melindungi pekerjaan rakyat Perak?

Kerajaan Negeri tidak boleh terus beroperasi dalam mod retorik dan slogan, sedangkan realiti industri sedang berubah dengan pantas.

Sebagai semak dan imbang yang konstruktif, saya menggesa Kerajaan Negeri Perak melaksanakan dua langkah berikut dengan segera:

1. Tubuhkan Jawatankuasa Khas Krisis Industri Perak.

Melibatkan kerajaan negeri, FMM, wakil industri, Ahli-ahli Dewan Negeri Perak, kesatuan pekerja, dan pakar ekonomi untuk memantau keadaan sebenar dan memberi respons pantas. Walaupun terdapat dua jawatankuasa khas yang diumumkan baru ini, namun satu jawatankuasa khas krisis industri ini juga amat penting untuk diberikan perhatian.

2. Minta untuk diadakan Sidang Dewan Negeri Khas untuk pihak kerajaan membentangkan Laporan Jawatankuasa Khas di Dewan Negeri Perak dan jikada keperluan untuk membawa usul bajet tambahan sebagai agenda utama mesyuarat untuk dibahaskan.

Saya menegaskan bahawa isu ini bukan isu politik sempit, tetapi isu periuk nasi rakyat. Namun, jika kerajaan negeri gagal bertindak, maka ia adalah kegagalan tadbir urus yang tidak boleh dimaafkan. Kerajaan negeri wajib memimpin dengan tindakan, bukan sekadar kenyataan.

Saya juga ingin memberi amaran bahawa jika trend pemberhentian pekerja meningkat, rakyat akan melihat jelas bahawa kerajaan negeri tidak bersedia menghadapi cabaran ekonomi global. Dalam keadaan ekonomi yang rapuh, kelemahan kepimpinan akan menjadi beban yang mahal kepada rakyat Perak.

Kami daripada pihak Pembangkang Negeri Perak akan terus memainkan peranan semak dan imbang dengan tegas, matang dan berprinsip. Kami bersedia menyokong sebarang langkah kerajaan yang benar-benar melindungi rakyat dan pekerjaan, namun kami tidak akan berdiam diri jika kerajaan terus lalai dan gagal bertindak.

Rakyat Perak berhak kepada sebuah kerajaan negeri yang cekap, tangkas, telus dan berwibawa.

Sekian, terima kasih.

RAZMAN ZAKARIA
Ketua Pembangkang Dewan Negeri Perak

Selamat Hari Jururawat saya ucapkan kepada semua jururawat-jururawat di Tapah dan di Malaysia secara amnya.Semoga terus ...
12/05/2026

Selamat Hari Jururawat saya ucapkan kepada semua jururawat-jururawat di Tapah dan di Malaysia secara amnya.

Semoga terus kuat untuk berkhidmat menjaga kesihatan dan menjalankan tugas-tugas kejururawatan.

Tahniah Ayahanda, dianugerahkan sebagai Anugerah Khas Jasa Bakti Pendidikan 1- Bukan semua insan diberi kekuatan untuk t...
09/05/2026

Tahniah Ayahanda, dianugerahkan sebagai Anugerah Khas Jasa Bakti Pendidikan

1- Bukan semua insan diberi kekuatan untuk terus mendidik ketika usia semakin dimamah waktu.
Namun ayahanda kami, Ustaz Haji Abd Malek Mohd, memilih jalan itu sejak tahun 1979 — hingga hari ini, pada usia 72 tahun, masih setia di meja kuliah, di pejabat kerajaan, di masjid dan di mana sahaja ada ruang untuk menyampaikan ilmu kepada umat.

2- Sempena Sambutan Hari Guru PASTI SRITI Kawasan PASTI SRITI Kawasan Tapah, penganugerahan Tokoh Pendidik ini bukan sekadar penghormatan kepada seorang guru… tetapi penghargaan buat insan yang menghabiskan umur demi mencerdikkan manusia dengan ilmu dan agama.

3- Kami enam beradik menjadi saksi bagaimana ayah dan umi mendidik tanpa jemu.
Sebelum kami melangkah masuk ke sekolah, rumah kami terlebih dahulu menjadi madrasah kehidupan.
Didikan tidak rasmi itulah yang membentuk jiwa, adab, disiplin dan kecintaan kepada agama.
Hari ini kami memahami
bukan semua harta boleh diwariskan,
tetapi ilmu, adab dan doa daripada ibu bapa soleh akan hidup jauh lebih lama daripada usia manusia.

4- Kadang-kadang manusia sibuk mengejar dunia sampai lupa membina jiwa.
Sedangkan satu didikan ikhlas daripada seorang guru mampu mengubah seluruh masa depan seseorang.

5- Dan sesungguhnya…
kalau hubungan dengan Allah tidak dijaga, jangan terlalu berharap hidup akan tenang walaupun memiliki segalanya.
Kerana keberkatan hidup lahir daripada hati yang dekat dengan Tuhan, dan guru-guru yang ikhlaslah antara insan yang sentiasa mengingatkan manusia kepada jalan itu.

6- Terima kasih ayahanda.
Mungkin penatmu tidak pernah diceritakan,
tetapi ilmu yang ayah sebarkan sedang berjalan sebagai pahala yang tidak pernah berhenti.

7- Semoga Allah memelihara usia dan kesihatan ayahanda serta menghimpunkan kita semua dalam kemuliaan ilmu dan agama.

08/05/2026

Cantik sangat Wedding Hall ni. Berseri sangat! Aircond nyaman je. Memang best! sangat puas hati!

Alhamdulillah, hari ni saya memenuhi jemputan ke Majlis Sambutan Hari Guru PASTI dan SRITI Tapah 2026.

Selesai program tadi, kita bantu promo pemilik Seri Izwina Wedding and Event Hall ni. 🥰

yang berminat, boleh Search tempat ni ya 😊

"Jangan kita anggap sambutan ini sebagai rutin tahunan semata-mata. Memenuhi takwim tahunan""Hakikat yang sebenarnya, ki...
08/05/2026

"Jangan kita anggap sambutan ini sebagai rutin tahunan semata-mata. Memenuhi takwim tahunan"

"Hakikat yang sebenarnya, kita bersungguh sambut hari guru ini sebagai tanda penghargaan kepada para guru yang telah memberikan khidmat bakti yang terbaik kepada sistem pendidikan Islam ini."

Sekalung penghargaan diucapkan kepada para guru PASTI dan SRITI Kawasan Tapah yang telah berkhidmat kepada dengan cemerlang.

Mudah-mudahan terus dalam redho Allah SWT.

Tahniah kepada jawatankuasa program iaitu Sektor Pendidikan Dewan Pemuda PAS Kawasan TAPAH yang telah berjaya melaksanakan Majlis Sambutan Hari Guru PASTI dan SRITI Tapah dengan gilang gemilang.

07/05/2026

Kesungguhan menuntut ilmu pasti menatijahkan kejayaan, insyaAllah!!

Rangkuman ziarah anak-anak solehah yang berjaya dalam SPM lalu bersama Ameerah PAS Kawasan TAPAH DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN TAPAH

Moga kejayaan ini menjadi inspirasi, dan terus melangkah dengan ilmu, iman dan akhlak.

Tahniah! 🌟


MasyaAllah. Anak yang berjaya ialah daripada hasil didikan ibu ayah dan guru-guru yang hebat. Alhamdulillah 🤍Saya bersam...
06/05/2026

MasyaAllah. Anak yang berjaya ialah daripada hasil didikan ibu ayah dan guru-guru yang hebat.
Alhamdulillah 🤍

Saya bersama Ameerah Tapah menziarahi murid cemerlang SPM 2025 sebagai tanda penghargaan atas usaha dan kesungguhan mereka.

Turut disampaikan cenderahati daripada Ameerah Tapah dan Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Tapah sebagai simbol sokongan dan galakan buat anak-anak yang berjaya.

Moga kejayaan ini menjadi inspirasi, dan terus melangkah dengan ilmu, iman dan akhlak.

Tahniah! 🌟


Address

Kampung Cahaya Muda Jalan Bidor
Tapah
35000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ustaz Muhaimin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share