25/02/2022
بِسۡــمِ اللَّــهِ ٱلـرَّحۡـمَـٰـنِ ٱلـرَّحِـيمِ
𝗟𝗮𝗽𝗼𝗿𝗮𝗻 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗧𝗮𝗳𝗮𝗾𝗾𝘂𝗵 𝗙𝗶𝗱𝗱𝗶𝗻 𝗚𝘂𝗿𝘂 𝗧𝗮𝗸𝗺𝗶𝗿 𝗣𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 𝗗𝗮𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗧𝗮𝗽𝗮𝗵,𝗠𝘂𝗮𝗹𝗹𝗶𝗺,𝗛𝗶𝗹𝗶𝗿 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗸 & 𝗕𝗮𝗴𝗮𝗻 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝟮𝟬𝟮𝟮
𝟭𝟳 𝗥𝗲𝗷𝗮𝗯 𝟭𝟰𝟰𝟯 𝗛𝗶𝗷𝗿𝗮𝗵 / 𝟭𝟴 𝗙𝗲𝗯𝗿𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟮 , 𝗝𝘂𝗺𝗮𝗮𝘁 , telah berlangsungnya program 𝗟𝗮𝗽𝗼𝗿𝗮𝗻 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗧𝗮𝗳𝗮𝗾𝗾𝘂𝗵 𝗙𝗶𝗱𝗱𝗶𝗻 𝗚𝘂𝗿𝘂 𝗧𝗮𝗸𝗺𝗶𝗿 𝗣𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 𝗗𝗮𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗧𝗮𝗽𝗮𝗵,𝗠𝘂𝗮𝗹𝗹𝗶𝗺,𝗛𝗶𝗹𝗶𝗿 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗸 & 𝗕𝗮𝗴𝗮𝗻 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 dengan tema “𝗠𝗲𝗺𝗽𝗲𝗿𝘁𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗣𝗿𝗼𝗳𝗲𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹𝗶𝘀𝗺𝗲 𝗚𝘂𝗿𝘂” 𝗱𝗶 𝗠𝗮𝘀𝗷𝗶𝗱 𝗔𝗯𝘂 𝗛𝘂𝗿𝗮𝗶𝗿𝗮𝗵 , 𝗕𝗶𝗱𝗼𝗿.
Program ini mendapat kerjasama intergrasi sinergi Unit Takmir, Bahagian Pengurusan Masjid Negeri Perak , Bahagian Pendidikan Pejabat Pentadbiran Agama Islam Tapah & pentadbiran Masjid Abu Hurairah.
Majlis dimulakan dengan ucapan Al Fadhil Ustaz Haji Muhammad Imran Bin Haji Ibrahim merangkap Penolong Pengarah Kanan Takmir , Bahagian Pengurusan Masjid Negeri Perak yang menjelaskan dengan lebih terperinci berkenaan peranan Guru Takmir lantikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di setiap daerah dalam Negeri Perak dan majlis diserikan lagi dengan kehadiran Y.D.H. Toh Paduka Indera Dato' Haji Mat Rasid Bin Ayob DPMP, AMP iaitu Orang Besar Jajahan Batang Padang dan merangkap sebagai pengerusi Masjid Abu Hurairah sekaligus memberikan ucapan serta merasmikan majlis ini yang merupakan program pembukaan sambutan ulangtahun pertama Masjid Abu Hurairah , Bidor.
Majlis diteruskan dengan pengisian yang disampaikan oleh Dato` Haji Asad Bin Awang yang merupakan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak dengan menggunakan Kitab Hadis 40 Imam Nawawi berkenaan Biodata Abu Hurairah Radhiallahu Anhu dan kupasan hadisnya .
Majlis ini turut disertai oleh Al Fadhil Ustaz Rozaini Bin Haji Ibrahim iaitu Pegawai Tadbir Agama Daerah Tapah, Ustaz Mohd Shukor Abdillah Bin Razali iaitu Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah Hilir Perak , Ustaz Mohamad Faishal Akhtar Bin Imam Sarkowi iaitu Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah Bagan Datuk , Ustaz Muhammad Afiq Bin Azhar
Iaitu Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah Muallim & Ustaz Anwar Bin Ahmad Fauzi iaitu Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah Tapah.
Taklimat ini telah berjaya mengumpulkan seramai lebih 103 peserta orang yang terdiri daripada Guru latar belakang pengajian Islam diantaranya Guru Takmir lantikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) seramai 24 peserta termasuk 4 daerah , Guru K.A.F.A Jabatan Agama Islam Perak Daerah Tapah iaitu seramai 79 peserta dan diserikan dengan kehadiran ahli qaryah Masjid Abu Hurairah yang memeriahkan majlis ilmu ini.
Laporan disediakan oleh
𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿 𝗕𝗶𝗻 𝗔𝗵𝗺𝗮𝗱 𝗙𝗮𝘂𝘇𝗶
𝗣𝗲𝗻𝘆𝗲𝗹𝗮𝗿𝗮𝘀 𝗣𝗲𝗻𝘁𝗮𝗱𝗯𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗠𝗮𝘀𝗷𝗶𝗱 𝗗𝗮𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗧𝗮𝗽𝗮𝗵