29/11/2025
πππππππ πππππππ ππππππππππ πππππ ππππ πππ πππππππ πππππ ππππ
Program Santuni Masyarakat Orang Asli RPS Jernang telah berlangsung dengan jayanya pada 28 November 2025 bertempat di SK Jernang. Program ini dianjurkan khusus untuk mendekati serta menyantuni masyarakat Orang Asli di RPS Jernang melalui pelbagai aktiviti berbentuk kemasyarakatan dan sukan.
Pelaksanaan program ini turut mendapat sokongan dan penyertaan daripada beberapa agensi kerajaan serta pihak berkaitan, antaranya JAKOA Negeri Perak dan Kedah, JAKOA Daerah Batang Padang Dan Muallim, Rejimen 503 Askar Wataniah, SK Jernang, Pejabat ADUN Behrang, dan Pejabat Parlimen Tanjong Malim. Kerjasama pelbagai pihak ini telah menyumbang kepada kelancaran serta kejayaan keseluruhan program.
Program dimulakan dengan aktiviti senamrobik pagi, diikuti pelbagai acara menarik seperti sukaneka, pertandingan tarik tali antara agensi dan komuniti, serta perlawanan bola sepak yang berjaya menceriakan suasana dan mengukuhkan hubungan antara peserta.
Dianggarkan seramai 800 orang penduduk RPS Jernang hadir bagi memeriahkan program tersebut. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menggembleng tenaga, masa dan komitmen bagi memastikan penganjuran program ini mencapai matlamatnya.
Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang demi memperkukuh hubungan erat antara masyarakat dan agensi setempat. Terima kasih warga RPS Jernang!
JAKOA Batang Padang & Muallim
JAKOA Perak dan Kedah
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)