Parti Keadilan Rakyat Cabang Tapah

Parti Keadilan Rakyat Cabang Tapah Parti Keadilan Rakyat Cabang Tapah Official

PROGRAM JELAJAH KASIH CABANG KEADILAN TAPAH 04/08/2026Alhamdulillah,Program Jelajah Kasih Cabang Keadilan Tapah diterusk...
04/08/2026

PROGRAM JELAJAH KASIH CABANG KEADILAN TAPAH 04/08/2026

Alhamdulillah,Program Jelajah Kasih Cabang Keadilan Tapah diteruskan dengan menyantuni ahli lama sebagai tanda penghargaan atas jasa dan pengorbanan mereka dalam perjuangan parti.

Sumbangan berupa barangan makanan mentah daripada Ketua Cabang Keadilan Tapah saudara Azam Afandi telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Cabang,Saudara Sunder bersama barisan Ahli Jawatankuasa (AJK) Cabang.

Semoga sumbangan yang dihulurkan sedikit sebanyak dapat meringankan beban dan mengeratkan lagi ukhuwah dalam keluarga besar Keadilan.

02/08/2026

PROGRAM ZIARAH KASIH MADANI CABANG KEADILAN TAPAH BATU 13/14

PROGRAM ZIARAH KASIH MADANI CABANG KEADILAN TAPAH BATU 13/14Cakna terhadap kebajikan masyarakat,Cabang KEADILAN Tapah te...
02/08/2026

PROGRAM ZIARAH KASIH MADANI CABANG KEADILAN TAPAH BATU 13/14

Cakna terhadap kebajikan masyarakat,Cabang KEADILAN Tapah telah mengadakan Program Ziarah Kasih MADANI dengan menyantuni dua orang pesakit terlantar di Kampung Batu 13 dan Kampung Batu 14.

Dalam program ini,Ketua Cabang KEADILAN Tapah,Saudara Azam Afandi,telah menyalurkan sumbangan berupa pampers,kotak makanan serta sedikit sumbangan kewangan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga pesakit.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Setiausaha Cabang KEADILAN Tapah bersama barisan Ahli Jawatankuasa dan Biro Cabang KEADILAN Tapah.

Semoga sumbangan yang dihulurkan dapat memberi sedikit kelegaan kepada para penerima serta menjadi bukti bahawa semangat kebersamaan terhadap masyarakat sentiasa menjadi keutamaan.

Pihak Cabang KEADILAN Tapah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh penduduk Kampung Batu 13 dan Batu 14 atas sambutan yang amat mesra.

Ucapan terima kasih yang istimewa juga kepada Cikgu Ayub dan Fendi atas layanan yang sangat baik serta jamuan buah durian yang dihidangkan kepada rombongan.

"Bersama Membela Rakyat,Memperkasa Komuniti."

PROGRAM JELAJAH KASIH CABANG KEADILAN TAPAH 27/07/2026Alhamdulillah,Program Jelajah Kasih Cabang Keadilan Tapah diterusk...
27/07/2026

PROGRAM JELAJAH KASIH CABANG KEADILAN TAPAH 27/07/2026

Alhamdulillah,Program Jelajah Kasih Cabang Keadilan Tapah diteruskan dengan menyantuni ahli lama sebagai tanda penghargaan atas jasa dan pengorbanan mereka dalam perjuangan parti.

Sumbangan berupa barangan makanan mentah daripada Ketua Cabang Keadilan Tapah saudara Azam Afandi telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Cabang,Saudara Sunder bersama barisan Ahli Jawatankuasa (AJK) Cabang.

Semoga sumbangan yang dihulurkan sedikit sebanyak dapat meringankan beban dan mengeratkan lagi ukhuwah dalam keluarga besar Keadilan.

25/07/2026

ZIARAH KASIH MADANI KEADILAN CABANG TAPAH

ZIARAH KASIH MADANI KEADILAN CABANG TAPAH Petang ini, 25/07/2026,wakil Ketua Cabang Keadilan Tapah saudara Azam Afandi y...
25/07/2026

ZIARAH KASIH MADANI KEADILAN CABANG TAPAH

Petang ini, 25/07/2026,wakil Ketua Cabang Keadilan Tapah saudara Azam Afandi yang terdiri daripada AJK Keadilan Cabang Tapah telah hadir menziarahi saudara Muhammad Faizal bin Mohamed yang sedang berdepan masalah kencing manis kronik serta menyampaikan sumbangan berupa kotak makanan dan sedikit bantuan kewangan daripada Ketua Cabang Keadilan Tapah.

Antara perkara yang dibualkan sepanjang ziarah adalah keadaan kesihatan saudara Faizal serta keadaan orang tuanya yang turut mengalami masalah mata kronik pada sebelah mata.

Saudara Faizal kini sudah tidak dapat bekerja kerana mengalami masalah serius pada kaki akibat penyakit yang dihidapinya.Beberapa jarinya telah dipotong dan keadaan tersebut menyebabkan beliau tidak mampu berdiri dengan baik apatah lagi untuk bekerja seperti biasa.

Kami turut bertanyakan mengenai bantuan PERKESO.Menurut beliau,permohonan sebelum ini telah ditolak.Pihak Cabang menyarankan agar beliau membuat permohonan semula dan tidak berputus asa dalam mendapatkan bantuan yang sewajarnya.

Dalam kesempatan ini juga,saudara Faiz telah membantu mengisi borang Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta memberikan panduan berkaitan dokumen yang diperlukan.Pemohon seterusnya perlu mendapatkan pengesahan doktor dan melengkapkan proses permohonan untuk dihantar kepada pihak JKM.

Pihak Cabang Keadilan Tapah akan terus mengambil berat dan cuba membantu sedaya upaya melalui saluran yang ada,khususnya dalam usaha mendapatkan bantuan kebajikan yang bersesuaian untuk saudara Faizal dan keluarganya.

Semoga dipermudahkan segala urusan,diberikan kekuatan serta kesembuhan kepada saudara Faizal dan keluarganya.

Keadilan Bersama Rakyat

19/07/2026

Program Ziarah Kasih Madani Cabang Keadilan Tapah

PROGRAM ZIARAH KASIH MADANI CABANG KEADILAN TAPAH Alhamdulillah,pada hari ini Ahad 19/07/2026 Cabang Keadilan Tapah tela...
19/07/2026

PROGRAM ZIARAH KASIH MADANI CABANG KEADILAN TAPAH

Alhamdulillah,pada hari ini Ahad 19/07/2026 Cabang Keadilan Tapah telah mengadakan Program Ziarah Kasih MADANI dengan menziarahi saudara Nordin A/L Bah Lintang,seorang pesakit terlantar di Batu 15,Jalan Pahang,Tapah.

Rombongan bertolak pada jam 10.00 pagi dan tiba sekitar jam 11.00 pagi.Dalam program ini,Ketua Cabang Keadilan Tapah,Saudara Azam Affandi,telah menyalurkan sumbangan yang kemudiannya disampaikan oleh wakil Ahli Jawatankuasa (AJK) Cabang Keadilan Tapah kepada saudara Nordin.Sumbangan tersebut berupa sedikit bantuan kewangan,pampers dan sebuah kotak makanan sebagai tanda simpati serta sokongan kepada saudara Nordin dan keluarganya.

Semoga sumbangan yang dihulurkan dapat meringankan sedikit beban yang dihadapi.Kami turut mendoakan agar saudara Nordin diberikan kesembuhan,kekuatan dan dipermudahkan segala urusan.

Dalam kesempatan ziarah ini,rombongan juga telah diraikan dengan hidangan durian yang disediakan oleh penduduk Kampung Batu 15.Terima kasih atas layanan mesra dan sambutan yang begitu baik.Semoga ukhuwah serta semangat kebersamaan dalam masyarakat terus diperkukuhkan.



Program Pemukiman Komuniti Madani Negeri Perak Di  Kinta Riverfront Hotel & Suites Ipoh
18/07/2026

Program Pemukiman Komuniti Madani Negeri Perak Di Kinta Riverfront Hotel & Suites Ipoh

Address

Jalan RAJA
Tapah
35000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 12:00
15:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Parti Keadilan Rakyat Cabang Tapah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Parti Keadilan Rakyat Cabang Tapah:

Shortcuts

Share